Assalammualaikum
Mendonut lagi kite hari ni dengan resepi donut madihaa...donut labu yang sedap, gebu dan lembut. Gambar asli dari kite sendiri cuma resepi kite copy paste dari blog MaDiHaA.....tqvm.
Jom layan gambar gambar yang tertera dibawah ini.
Donut Labu by MaDiHaA @ mamawandiha
Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
1 ½ cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
2 sudu besar gula
2 teaspoon mauripan
620 gm tepong gandum (jika labu rebus agak lembik & menyerap air.. boleh tambah tepong dalam 20 ~ 30 gm lagi!)
secubit garam
Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut
Cara2 Menyediakan
[menggunakan bread maker (BM)]
1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM. Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan. Tekan setting untuk doh (no. 8 / bergantung BM masing2) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).
[menguli dengan tangan / cara manual]
1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.
2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. ) Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Membentuk doh
1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.
2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).
3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.