Followers

Sunday, March 18, 2012

I Missed U So Much

Assalamualaikum
laluan masuk ke Cafe n rumah atas bukit

 Rasanya lebih 5 tahun tak jumpa....bila jumpa dah bukak Cafe....Cafe yang berada dilaluan ke tempat mandi tempat perkelahan dan surrounded with jungles and mountains. Sungguh nyaman walaupun dah tengah hari....

Cafe D Lui at Sungai Lui, Hulu Langat Selangor.
Menu of the day....open on saturday and sunday only..nampak tak harga ikan Kelah fresh RM400 sekilo....maaf lah kalau nak makan Kelah bakar kena bawak duit lebih sikit...lagi2 lah kalau datang ramai2... 
Dato n Datin with their helper...Dato Ahmad Haron n Datin Zamzamah owner of Cafe D Lui. Dato sedang membungkus ikan untuk dibakar. Kebanyakan yang datang sini adalah regular customer yang datang dari jauh .... sejauh Singapore.
a lot of Kelah Fish inside this pond
pandangan depan Cafe..pernah masuk dalam rancangan NONA TV3
Lui Farm n Kelah Gallery owned by Dato Ahmad Haron
baru dibersihkan...keroh airnya

 
banyak kolam terdapat disini n ribuan ikan Kelah ada Kelah merah, biru,hitam n putih.... tapi yang paling sedap ikan Kelah Merah.

Ok setakat ni dulu kita sambung diepisod akan datang....missed u so much Kak Zam.











Friday, March 16, 2012

Sambungan

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran...bizi sangat2 selain tu diri pula tak berapa sehat... rehat serehatnya...baring...tidur.... sampaikan rasa sakit sangat belakang ni....

Kali ni kite nak sambung balik cerita jiran sebelah....cerita apa yang dialaminya dalam rumah dia...
pernah anak dia nampak bayang hitam seperti orang panjat dinding bilek dapur, macam spiderman...waktu tu jam 8 mlm. tengah tengok tv, masa dia nampak tu dia nak kedapur....kerana takut sangat dia lari kebilek ibunya.

Boleh dikatakan setiap malam jiran ni tak dapat tidur, terlalu bising dengan tapak kaki turun naik tangga ... hanya dia yang dengar, suami dengan anaknya tak dengar tidur lena lagi.... Dia tuduh anak jiran sebelah sana yang buat bising....apa yang kite tau rumah jiran tu baru renovate dengan tangga batu....takkan tangga batu ada bunyi...bukan lagi tangga kayu macam kita orang. Jiran sebelah rumah dia tu Imuda, pelakon pelawak terkenal tu....tak menasabah pulak anak dia buat bising.

Petang hari pula, waktu hampir maghrib, dia terhidu bau najis...terutama dalam bilek dia, hanya dia sorang yang bau....sedangkan dia baru balik kerja tak de orang dirumah....siapa pula yang membuang dalam bilek dia. Bila difikirkan memang tak masuk akal....

Banyak lagi yang berlaku pada diri dia, pernah dia panggil Ustaz terkenal datang rumah pulihkan ...tapi tetap juga berlaku.

Mat Som kata ada hantu raya duk rumah dia (dalam komen yang lalu), tak taulah pulak pasal jiran tu tak cakap pasal hantu...tapi kan Mat Som boleh tak cerita kat blog awak, tentang hantu raya ni. Maksud nya macam mana ciri2 orang yang ada hantu raya atau bela hantu raya... boleh ye....

Walau apa pun sebagai jiran..kite rasa tak selesa...banyak tidak tanduk dia yang amat menyakitkan hati kite sekeluarga...Sejak rumah ni dibena dalam tahun 80an kita tak pernah duk sini..hanya selepas sewakan dengan nurse ampang putri hospital...rumah kite rosak teruk...barulah kite duk sini...dah hampir 8 tahun. Kalau tak kenangkan hubby malas kite nak duk sini....





Friday, February 24, 2012

Bola Api Di Atas Bumbung Rumah

Assalammualaikum....
Apa khabar kawan2....harap hari ini membawa berkat pada kita semua... Dipetang hari yang tidak cerah ni (hujan)..kite nak kongsi cerita mistik yang terjadi dalam minggu ni....

ihsan google

Malam tadi diantara jam 11 hingga 12 mlm ketika hubby mengeluarkan barang-barang dari kereta, kelihatan jiran sebelah anak beranak kecoh-kecoh kat depan rumah. Hubby buat derk aje lah tak nak menyebok, masa tu kita kat dapor. Hubby letakkan semua barang-barang kat depan pintu, kite dgn anak pompuan kite tolong lah hubby angkat bawak kedapur.

Suami jiran sebelah tanya hubby dengar tak bunyi letupan kuat.......nampak tak bola api atas bumbung rumah dia.....diikuti percikan api masa letupan tadi. Hubby jawab tak dengar dan tak nampak....memang hubby tak nampak dan kami semua tak dengar bunyi letupan kuat mcm letupan bom. Hubby tanya mcm mana boleh tau sedangkan mereka dalam rumah. Dia kata jiran depan selang 4 pintu yang nampak .... sebab pada masa tu dia ada kat depan gate....tu yang dia suroh jiran sebelah keluar cepat tengok bola api  atas bumbung rumah.

Bila jiran sebelah anak beranak keluar... mereka nampak bola api sebesar bola tak tau lah besar bola sepak ke bola ping pong ke atas bumbung dia. Hubby diam aje lah tak mau komen apa-apa. Tapi bila kite n hubby nak tidur dalam kul 1.30 pagi kami dengar letupan kuat mcm letupan bom, 2 kali kat atas bumbung. Bila tengok kat tingkap tak ada apa-apa, rumah jiran depan semuanya dah gelap.Tak mau nak fikir ape..kami terus tidur. Bila subuh hubby pergi solat kat surau tanyalah jiran sebelah apa benda tu...dia jawab mercun....hubby diam aje.

Dua malam lepas tika kite nak hantar Zairine ke sekolah tusyen dlm kul 8 mlm...kite nampak kelibat orang kat belakang kereta jiran sebelah, dengar seret kasut lagi...(lampu porch bukak, terang benderang lah) pergi kat depan pintu dia ( pintu kami beradap cuma dipisahkan dengan tembok tinggi tapi kat porch hanya pagar dawai), masa tu kite nak pakai kasut. bila kite jengah rumah dia tak ada sesiapa. Dalam rumah dia pasang lampu tapi sunyi sepi mungkin semua kat bilek kot.

Meremang jugalah  tengkok kite...nak buat mcm mana diam ajelah...sebenarnya dah lama kite dengar mcm-mcm dari rumah dia terutama kalau mereka tak ada dirumah waktu tu.....

tapi ok lah lain kali kite cerita.....



Sunday, February 12, 2012

Donut Labu MaDiHaA


Assalammualaikum
Mendonut lagi kite hari ni dengan resepi donut madihaa...donut labu yang sedap, gebu dan lembut. Gambar asli dari kite sendiri cuma resepi kite copy paste dari blog MaDiHaA.....tqvm.
Jom layan gambar gambar yang tertera dibawah ini.


Donut Labu by MaDiHaA @ mamawandiha
Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus
1 ½ cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
2 sudu besar gula
2 teaspoon mauripan
620 gm tepong gandum (jika labu rebus agak lembik & menyerap air.. boleh tambah tepong dalam 20 ~ 30 gm lagi!)
secubit garam

Bahan2 lain
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor secukupnya untuk menyalut

Cara2 Menyediakan
[menggunakan bread maker (BM)]

1. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam BM. Masukkan ½ cawan air suam lebihan ke dalam jug blender tadi & kisar lagi supaya semua sisa labu yang melekat pada jug blender tadi larut bersama air [supaya tak membazir] & tuangkan air tersebut ke dalam BM. Masukkan ke dalam BM semua bahan2 cecair seperti minyak masak & susu pekat manis diikuti dengan gula, garam, tepong gandum & akhir sekali mauripan. Tekan setting untuk doh (no. 8 / bergantung BM masing2) dan biarkan BM siapkan kerjanya sampai doh naik (1 ½ jam).

[menguli dengan tangan / cara manual]

1. Campurkan mauripan dengan ½ cawan air suam (jangan panas sgt nanti yis mati) & 1 sudu kecil gula (ambil dari 2 sudu besar gula tadi) kacau hingga agak sebati. Biarkan sehingga bancuhan berbuih.

2. Blend/kisar labu rebus dengan 1 cawan air sehingga halus. Tuangkan ke dalam bekas menguli/besen yg sesuai. Masukkan kesemua bahan2 lain seperti minyak masak, susu pekat manis, gula, garam & bancuhan yis yang telah berbuih tadi. Kacau rata dengan tangan. Tambahkan tepong gandum sikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga mendapat doh yang lembut (doh yang lembut... menghasilkan donut yg lebih lembut & gebu) berkilat & tak melekat di tangan. (jika terlalu lembik boleh tambah sikit lagi tepong gandum tp jangan terlalu banyak yer.. ) Bulatkan doh & tutupkan bekas menguli dengan tuala bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.

Membentuk doh

1. Doh yang telah naik sekali ganda ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Jika doh terlalu melekat ditangan.. salut tangan dengan sedikit minyak masak semasa nak membentuk doh.

2. Timbang doh 40 gm setiap sebiji atau ikut saiz donut yang anda suka. Bulat2kan doh & leperkan sedikit seperti nak buat cucur badak. Susun di atas dulang yang telah disapukan minyak atau ditabur tepong terlebih dahulu. Jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya tidak melekat semasa proses perapan. Buat sehingga habis dengan timbangan berat yang sama bagi setiap biji donut. Perapkan donut sehingga naik sedikit (jangan terlalu naik kerana donut boleh merudum semula semasa kita nak goreng nanti).

3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali dengan api yang sederhana. Sediakan satu penutup esen (MaDiHaA guna penutup esen vanila). Bila minyak dah agak panas, ambil sebiji donut dan letakkan di atas telapak tangan kiri/kanan (ikut selesa masing2) lalu buatkan lubang dengan menekap donut menggunakan penutup esen tadi. Lepas tu terus masukkan ke dalam minyak yang panas.

4. Ulangi proses yang sama sehingga donut memenuhi kuali. Goreng donut kedua2 belah hingga kuning keemasan. Angkat & tos sebentar kemudian bolehlah disalutkan dengan gula kastor atau coklat ikut kesukaan masing2.

Friday, February 10, 2012

Keberkatan Hari Jumaat


Assalammualaikum
Selama ini apa yang kita semua tahu hari Jumaat adalah hari untuk solat Jumaat di masjid, tetapi sebenarnya banyak kelebihan dan keberkatan hari Jumaat yang kita perlu tahu. Disini kite nak kongsi tentang Fadhilat Jumaat....


Fadhilat Jumaat

Al-Bazzar meriwayatkan :
Bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab;
Tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda:
Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Wednesday, February 8, 2012

Kasih Yang Lupus

Assalamualaikum,
Selamat malam semua....jom kita sama sama menghayati doa ni sebelum tidor...mudah mudahan hidup kita lebih bererti...

Untuk kamu yang bergelar Suami


Wahai makhluk yang bernama lelaki…
Jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu :

Bawalah dia ke jalan Allah
Nasihatilah dia dengan penuh hikmah
Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah
Jagalah dia dengan sepenuh hati

Kasihanilah dia seadanya
Lindungilah dia sebaik mungkin
Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari
Hargailah dia selayaknya


Ucapkan terima kasih atas semua kelebihan dan jasa-jasanya
Bersabarlah dengan tingkah lakunya
Terimalah & redho lah dengan kekurangan yang ada padanya
Jadilah IMAM terbaik yang dapat membimbingnya


Ampun dan maafkanlah dia atas segala kesilapannya
Moga-moga dia menunggumu di SYURGA sebagai ketua bidadarimu…

Aamiiin…


by Super Nia Hana at vanillasky8.blogspot.com
 
Ketika kite berjalan-jalan petang hari menerawang kerumah teman-teman blogger terpandanglah doa ini. Bila diamati ... memang rasa sejuk dihati, rasa damai, rasa bertuah diri bila dapat suami yang begitu. Tapi apakan daya kan tak semua lelaki yang begitu prihatin terhadap wanita.
 
Ada tu masa muda disayang, ditatang bagai minyak yang penuh tapi bila dah tua, 'dah senja kata orang' tidak dipedulikan malahan dianiaya lagi. Banyak berlaku kat teman-teman kite...kite ni kan tempat dia orang mengadu tak kira lelaki atau perempuan...macam la kite ni ada magic yang boleh membantu mereka... Tapi setelah mereka meluahkan isi hati...mereka kembali normal...cuma tak sedapnya kite pulak yang angau...ha ha ha...gurau wei...

Tak pa la janji mereka bahgia, dapat meneruskan kehidupan harian mereka, dapat menjalankan amal ibadat dengan tenang, dan yang penting semoga orang yang disayangi mereka akan menyanyangi mereka kembali.....

TQ Nia Hana
 
 
 
 

Tuesday, February 7, 2012

Sedapnya...Sambal Tumis Bawang


Assalammualaikum
Kali ni kite nak siarkan gambarnya aje...Sambal Tumis Bawang.... sedikit ikan bilis tapi banyak bawang potong. Sama macam sambal tumis biasa.

merah menyala mak ngah.....
pekat dan sedap.......

berhari-hari nak kasi perhabis......

Friday, January 27, 2012

Petani Dengan Sayur Lemak

Assalammualaikum.....
Kali ini kite nak siarkan sayur lemak kesukaan petani kota raya (my hubby) dek kerana suka ke, atau kelaparan ke sampai tak berbaju mengadap sayur lemak tempe yang kite masak tadi.
Layan gambar ajelah ye...
bahan senang dan simple, tempe, kentang, keret dan tomato biji...dipotong ikut suka
tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.titikkan serai, rebus semua bahan dengan santan cair, bila kentang dah empuk barulah masukkan santan pekat dan garam. setelah mendideh sentiasa dikacau agar tak pecah santan. setelah masak angkat hidangkan.
Tuan Syeikh sedang menikmati makanannya.........lauk lain bo layan........

Hajarul Aswad - Apa Yang Misteri

Assalammualaikum
Ketika berlari lari dialam maya pagi ni, terjumpalah sesuatu yang dapat menambahkan ilmu didada. Dan ilmu yang kite dapat ni kite paparkan disini agar dapat dikongsi bersama.

Misteri Hajarul Aswad

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )


terima kasih kepada blog sekadar perkongsian biasa.







Tuesday, January 24, 2012

Pisang Kepok Rebus

Assalammualaikum
Hidangan makan malam yang dingin dengan hujan yang turun membuatkan kite masak makanan yang paling simple.
Pisang kepok rebus....tau tak apa pisang kepok tu apa.....kalau nak tau pisang kepok tu adalah pisang nipah. oleh kerana pisang tu dah lembik tak boleh digoreng jadi kite rebus aje...makan dengan gula...patutnya makan dengan kelapa parut yang digaul gula.....tapi dah malam malas nak pergi kedai...kite makan aje dengan gula...
sedap rasa dia manis manis masin....tambah lagi cecah dengan gula...tambah manis rasanya...
liesa n zairine berposing sebelum makan....
rebus dengan kulitnya sekali dan sedikit garam

masakan kegemaran masa kecik dulu....
segini aje pisangnya tak la sebanyak mana...cukuplah untuk makan berempat...

Sunday, January 22, 2012

Doa Bengkak Anggota Badan

Assalammualaikum,
Malam semalam kite kemajlis jamuan perkahwinan anak jiran sekampong, Taman Dato Ahmad Razali di Dewan Perdana Felda jalan Gurney K.L. Kite duduk semeja dengan jiran warga emas perempuan dari lorong sebelah rumah kite. Sementara menunggu pengantin kite bertanya keadaan dirinya, alangkah terperanjat kite lihat perut dan kaki dia yang bengkak.Memang dah lama tak jumpa, maklumlah masing2 sibuk dengan aktiviti harian, walaupun Hajjah  sakit tetapi dia tetap dengan urusan kateringnya, masih lagi pergi kepasar.

Dah puas Hajjah pergi jumpa doktor dan sering bertukar ubat tapi penyakit dia tak sembuh lagi bengkak adalah. Semasa tidur dia akan letakkan kaki atas bantal supaya kedudukan kaki lebih tinggi dari badan, tetapi bengkak tak mau surut. Kesian tengok dia, balik dari majlis, kite hubungi Capt (resepirahsiaku) minta doa yang boleh diamalkan bagi merawat penyakit ini. Alhamdulillah hari ini beliau menyiarkan diblog beliau blog resepirahsiaku....tqvm Capt.

Dan disini kite siarkan sepenuhnya apa yang beliau siarkan, semoga rakan2 dapat berkongsi amalan ini.

DOA UNTUK MERAWAT SAKIT BERKAITAN PERUT, BUSUNG, USUS BESAR, USUS KECIL, ULCER PERUT, GASTRIC DAN BENGKAK DI BAHAGIAN PERUT SERTA KAKI.
Salam Pembaca yang Setia,
Kali ini doa-doa untuk rawatan ini atas permintaan seorang hamba Allah SWT yang prihatin kepada jiranya seorang warga emas.

Assalam Capt minta jasa baik Capt untuk doa atau ubat bagi sakit bengkak perut hingga kaki.ada jiran warga emas yg idap sakit ni, dah pergi ke Ampang Putri bnyk x dan tukar ubat bnyk x tapi tak baik jg malah makin bengkak...tq

Masalah kegagalan jantung yang mengepam darah ke dalam tubuh meyebabkan air yang banyak terkumpul di dalam badan. Akibatnya, perut atau kaki menjadi bengkak. Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik menapis bahan cernaan boleh mengakibatkan bengkak dibahagian kaki dan buku lali. Kegagalan buah pinggang juga mengakibatkan air berkumpul di bahagian peritoneum dan bengkak pada kaki atau perut. Kesannya pada seluruh badan kelihatan kekuningan, hilang selera makan, gatal seluruh badan, sukar bernafas serta pengeluaran air kencing sedikit.

Cara-caranya:  Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Surah-surah yang dibaca:

1. Surah Asy-Syu'araa': Ayat 95-118.
2. Surah Ar-Ra'd: Ayat 30-34,
3. Surah Al-Buruj: Ayat 1-22.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dan sapu air pada bahagian yang membengkak setiap pagi dan sebelum tidur. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1.SURAH ASY SUA'RAA: AYAT 95-118
2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.
3. SURAH AL-BURUJ: AYAT 1-22

Kredit: Blog Resepirahsiaku.

Thursday, January 12, 2012

Mengulang Kaji Siri 1

Assallamualaikum

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa sibuk dengan berbagai acara, mungkin kita terlupa pada apa yang telah diajar oleh guru agama kita dulu. Walaupun masih ingat dalam bab SOLAT tapi dalam bab Ilmu Tauhid, Fekah, Adab mungkin banyak yang kita dah tak ingat lagi.

Sebelum semakin terhakis dari ingatan, marilah kita imbas kembali pelajaran-pelajaran tersebut.

ASAS AGAMA ISLAM

Hukum-hukum Islam tidak terkeluar dari 5 hukum sahaja. Iaitu;

1.  Fardu atau Wajib
2.  Sunat atau Mandub
3.  Makruh
4.  Haram
5.  Mubah

Fardu terbahagi dua, Fardu Ain atau Fardu Kifayah

Fardu Ain

Fadu Ain itu ialah pekerjaan-pekerjaan yang wajib dilakukan sendiri seperti sembahyang, puasa dan lain-lain. Apabila seseorang mengerjakan yang wajib ini ia mendapat pahala tetapi jika ditinggalkan dia mendapat dosa.

Fardu Kifayah

Pekerjaan yang wajib dilakukan sendiri tetapi jika dilakukan oleh orang lain maka gugurlah dosa daripadanya seperti sembahyang mayat, mempelajari ilmu-ilmu pertukangan, ilmu kedoktoran, tenun menenun dan lain-lain perkara yang berhubung dengan kehendak hidup manusia seperti bercucuk tanam, berternak dan sebagainya.

Sunat atau Mandub

Pekerjaan yang digalak melakukan seperti sunat-sunat sembahyang, apabila dilakukan sunat-sunat itu ia mendapat pahala, tetapi apabila ditinggalkan tidak mendapat dosa.

Makruh

Pekerjaan-pekerjaan yang dipuji meninggalkannya, seperti merokok, memakan bawang dan tiap-tiap benda yang bauan tidak menyenangkan seperti petai, jering dan sebagainya, jika ditinggalkan perkara makruh ini mendapat pahala dan jika diperbuat tidak mendapat dosa.

Haram

Pekerjaan-pekerjaan yang disuruh meninggalkan seperti meminum arak, memakan bangkai, mengumpat orang dan sebagainya. Jika diperbuat mendapat dosa jika ditinggalkan mendapat pahala.

Mubah:- artinya Harus

Pekerjaan-pekerjaan yang diharuskan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya. Apabila dibuat tidak mendapat pahala dan jika ditinggalkan juga tidak mendapat dosa.

Dari buku 'Fadilat Selawat & Rukun Islam' Ustaz Tarmizi Khamis

Wednesday, January 11, 2012

Apa Yang Patut Ku Buat

Assalamualaikum

 gambar hiasan
Tadika Taska dekat rumah kite ni cukup mencabar kesabaran kite dan jiran-jiran disekelilingnya... Dengan BABY yang dibiarkan menangis berejam-jam dibilik atas belakang....sampai macam nak terkeluar anak tekak... sedangkan kesemua penjaga ada didepan....bayangkan ...apakah dia orang tak de perasaan atau tak dengar.....tapi bila ibu bapa anak jagaan mereka datang petang....boleh pulak manisnya muka ... lembut gigi dari lidah...

Lagi satu dengan IBU BAPA kanak-kanak yang tak bertanggung jawab or no manners... meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.. depan rumah orang ... tak peduli buat derk aje, bila tuan rumah nak masuk rumah mereka...(bukan semua ye... ada yang baik)

Hari hari macam ni ... Aduhhh...Apa yang patut dibuat ye....kepada siapa nak mengadu..

Kerana tak tahan dengar BABY MENANGIS...kite tegurlah mereka agar lihat baby yang menangis dari pagi tadi masa kite jemur kain sampai hampir jam satu terbiar menangis.....

KEPADA IBU BAPA YANG TERPAKSA TINGGALKAN ANAK2 KAT TASKA ATAU TADIKA...DATANGLAH BUAT SPOT CHECK...JANGAN LAH LEPAS TANGAN. TOLONG LAH AMBIL TAHU APA YANG TERJADI KAT ANAK ANDA. DATANGLAH DENGARKAN TANGISAN BAYI ANDA....

ps: Tip untuk ibu bapa
  
Bila anak2 tak mahu atau menangis tak mahu pergi ke taska tu...cubalah selidik mesti ada yang tak betul dengan cara didikan di taska tu..

tip ni di beri oleh seorang guru teman kerja anak kite.

Sunday, January 8, 2012

Mari Berdoa


Assalamualaikum

Melihat senario politik dalam negara kita sekarang amat membimbangkan...kelam kelibut jadinya..kerana ingin menegakkan kebenaran.....sanggup buat apa saja....kalau menggunakan fikiran yang waras pun...akan tau siapa yang benar atau salah.....tapi nak buat macam mana.....

Kepada rakan rakan yang beragama Islam marilah kita semua berdoa dengan doa yang dibawah ini yang diambil dari ' blog resepirahsiaku 'mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah demi masa depan anak cucu kita ....

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berdoa agar negara yang tercinta ini berada dalam keadaan aman sentosa dan penduduk dimurahkan rezki. Dijauhkan dari kacau bilau pihak yang gila kuasa, tamak haloba. Dijauhkan pemimpin yang zalim. Semuga kita merasa aman dan tenteram dalam beribadat kepada Allah SWT.
ERTINYA:
Wahai Tuhanku! Jadikanlah ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.


Kredit to blog 'resepirahsiaku'



Sunday, January 1, 2012

Puteri Pink Salju

Assalamualaikum...

Happy New Year kepada semua rakan blogger.... semoga tahun 2012 menggembirakan dan memberangsangkan hidup kita semua dalam mengejar apa yang dicitakan....Berkat kerja keras insyaallah semuanya akan berjaya. 

Seharian ni kite tak kemana mana hanya berada didepan pc, kite sambil menikmati manisan yang lazat ni. Paling senag membuatnya....ikut saja apa yang tertera dibalik bungkusan....kemudian tuang dalam acuan dan sejukkan. setelah sejuk hidangkan mengikut rasa hati.....

Apakah dia itu...... tak lain tak bukan.....DADIH STRAWBERRY 

 Ditambah dengan susu cair dan ditabur dengan chocolate rice........mmmmm enaknya...

 makan semangkok tak cukup........

tambah lagiiiii dan lagiiii......

Silalah Mencuba....

Friday, December 30, 2011

Macam Nur Kama Dhia

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, akhirnya hari ni kite kembali lagi. setelah kesihatan kite kembali pulih..... Kali ni kite nak cerita tentang drama Tentang Dhia. bukan mengenai drama tu tetapi spesis dengan drama tu..drama kehidupan yang dilalui oleh sahabat kite lebih kurang sama dengan apa yang dilalui Dhia.



Jom ikuti cerita kite.....

Su dan El belajar disekolah yang sama dan dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga mereka sekelas.
Walaupun mereka sekelas tetapi mereka tidak pernah bertegur sapa kerana El teramat pendiam orangnya dan sentiasa bersendirian, manakala Su pula seorang yang aktif dalam sukan dan aktiviti yang diadakan sekolah.

Dalam diam rupanya EL meminati Su, berbagai cara dia cuba menarik perhatian Su, seperti menjatuhkan pensil, kertas, pemadam atau pencil box. Su akan mengutipnya kerana Su duduk disebelahnya dan mengembalikan pada El. Pada awalnya Su tak kesah, tapi lama kelamaan naik menyampah pulak dan Su juga tak tau yang El meminatinya, maklumlah Su ni ramai peminatnya. Dan ramai jejaka sekolah yang jatuh cinta kat Su...maklumlah dia kan aktif... dah tentu popular kan...

Ditingkatan empat dan lima Su dan El berpindah kelas dan aliran. El masuk aliran sains dan Su kealiran sastera. Dialiran sastera Su bertambah aktif dan sibuk dengan aktiviti disamping menjadi pengawas. Manakala El sibuk dengan buku buku pelajaran namun begitu sentiasa mengawasi Su tanpa pengetahuan Su. Setelah selesai Senior Cambrige El mendapat tawaran belajar ke tingkatan enam diEC dan Su pula ke Teacher's College. Disinilah episod cinta mereka bermula bila Su menerima warkah cinta dari El yang pada mulanya Su terperanjat tapi akhirnya Su membalas cinta El.

El mendapat tawaran belajar keutara Amerika dengan biasiswa 'Colombo Plan', hanya dua orang pelajar Melayu yang dapat biasiswa tersebut pada masa itu. Kritirea untuk mendapatkan biasiswa tersebut mestilah seorang pelajar yang super duper bijak dan pandai. Berangkat lah El kesana, selama lima tahun dia disana. El pulang dan bekerja disebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Tak lama kemudian El berkahwin dengan Su yang telah pun menjadi guru di tanah kelahiran dia.

Tak sampai dua tahun mereka berkahwin, El mendapat tawaran sambung belajar ditempat yang sama. Berangkatlah mereka kesana dan Su berhenti kerja walaupun ditentang hebat oleh keluarga Su. Kite tak ingat berapa lama mereka disana, tetapi mereka kembali dengan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hanya dua orang saja anak mereka kerana El tak suka anak ramai dan memaksa Su megikat saluran peranakan, mengikut Su hidup mereka aman damai disana dan begitu bahagia. Dan Su pula rajin mencari duit selain mereka terlalu berjimat.

Kembali ke Malaysia, mereka menetap di Kuala Lumpur kerana El bekerja ditempat yang sama dan mereka membeli rumah berhampiran tempat kerja El. Disinilah bermulanya kisah duka hidup Su dari angkara keluara El, mereka begitu mencemburui kesenangan hidup Su terutama adik beradik perempuan El.
El ni anak yang kelima, ada seorang abang dan tiga kakak diatasnya, tiga adik perempuan dan tiga adik lelaki dibawahnya, ayahnya seorang petani.Pada awalnya El tak mendengar hasutan adik beradiknya tapi lama kelamaan dia berubah juga terutama cerita yang dibawa oleh adik lelaki kedua bongsu. Akhirnya hubungan Su dan El bertambah renggang, El semakin jarang balek kerumah, adakalanya sampai berminggu tak balek Su tak tau kemana dia pergi.

Sudahlah jarang balek, malahan Su dan anak lelaki mereka sering ditengking herdik dan dipukul yang mana selama ini El tak pernah berkelakuan begitu.  Menurut Su bukan semua ipar ipar dia jahat, hanya seorang kakak, dua orang adik perempuan dan adik lelaki kedua bongsu El. Hidup Su semakin tertekan dengan bermacam macam perkara pelik berlaku bila El tiada dirumah. Pernah kata Su bila bangun tidor pagi terdapat bangkai burung merpati didepan pintu bilik dia, macam mana burung tu boleh masuk sedangkan tak ada ruang untuk masuk dan hanya Su dan anak2 kat rumah.

Hampir sepuluh tahun Su hidup begitu, sendirian membesarkan anak anak dia, ada suami pun macam tak ada suami. Akhirnya pada tahun kesebelas El kena berpindah keselatan tanah air, dia membeli rumah ditempat baru kemudian membawa Su dan anak anak kesana. Disini hidup Su bertambah malang, El hanya balek sehari seminggu itupun balek pukul sebelas malam pagi subuh dah pergi. Mereka sekeluarga bertambah renggang, anak anak Su cukup benci dengan keluarga El, Su pula selalu sakit. Su heran bila kedoktor, doktor kata tak sakit, tapi dia memang sakit. El pernah kata dia tak suka tengok Su kerana muka Su berkedut macam perempuan tua umur 100 tahun.

Akhirnya adik Su membawa dia berubat, disinilah baru terbongkar segala-galanya, keluarga El berusaha untuk menghapuskan hidup Su. Tetapi Allah maha kaya kan, apa yang mereka rancangkan tidak berjaya. Setelah anak anak Su belajar di universiti, tinggallah Su sendirian dirumah, bila malam Su selalu terdengar orang berjalan kat tingkat atas padahal tak ada sesiapa pun. Su memang dah lama tak tidur di master bedroom kat atas, dia lebih suka tidur diruang tamu. Ada kalanya Su nampak anak kucing diruang makan padahal Su tak membela kucing. Adakalanya bila Su sedar tengah malam nampak macam suaminya berdiri tinggi sampai kebumbung. Kadang kala bunyi orang buka pintu depan tapi bila Su jengok kat tingkap tak ada orang dan macam macam lagi benda pelik.

Boleh bayangkan kalau kite dah lama lari... itulah yang selalu kita cakap kat Su.Tetapi Su cukup tabah menghadapi dugaan hidup demi anak yang masih belajar. Apa yang kite tau Su sentiasa puasa dari hari isnin hingga khamis disamping solat, mengaji, solat tahajud tak tinggal. Hidup Su hanya dirumah membelai rumah dan kereta El yang lima biji tu, tanpa kawan tanpa saudara mara kerana El tak benarkan. Semasa bapa Su meninggal pun Su tak balek kerana El ada dirumah masa tu. nak jumpa Su pun terpaksa curik curik jangan sampai El tau, nanti kesian Su kena pukul. Itulah kali terakhir kite jumpa dengan Su pada tahun 1994 selepas tu tak pernah lagi dengar cerita dan kesah hidup dia.

Lima tahun lepas kite dikejutkan dengan berita yang Su telah melarikan diri dari rumah tanpa dapat dikesan oleh El. Puas El mencari dirumah ahli keluarga Su, tapi sorang pun tak tau kemana Su pergi, kite dapat tau pun dari adik Su. Baru El sedar kehadiran Su setelah berpuluh tahun menganiaya hidup Su, dibiarkan Su ibarat tunggul hanyut. Dan akhirnya mereka bercerai dalam usia 62 tahun, dan El berkahwin semula dengan perempuan Kelantan yang punya anak dara tiga orang. Hingga kini tak tau dimana Su berada samaada didalam negeri atau diluar negeri.

* Begitulah akhirnya hidup Su, sebenarnya Su memang isteri yang taat dan patuh pada suami tapi disebabkan setiap malam Su diganggu oleh jelmaan El yang cuba merogol dia, mungkin itu sebabnya Su melarikan diri dari El. Bukan saja diri Su malahan anak perempuan Su pun nak dirogol oleh jelmaan El. Semuga Su bahagia dan sentiasa dilindungi Allah...Amin



















Saturday, December 10, 2011

Berhati Hati...Jangan Kena Sembelih!!!

Assalamualaikum.
Kisah yang berlaku di Lebuhraya yang patut dikongsi bersama...berhati hati dengan orang yang cuba nak tolong kita dan pastikan bantuan yang datang dengan kereta yang bertulis plusronda.

Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.


Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.


Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju


Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.


Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.


Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.


Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."


Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.


Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."


Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.


Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!


Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.

Kredit to penarikbeca.blogspot.com

Wednesday, December 7, 2011

Donut Keledek

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Keenakan dan kegebuan Donut memang tidak dapat dinafikan...bila kita dapat buat gebu terasa amat seronok tapi bila bantat...aaii rasa nak baling aje ke dinding...marahh...rasa nak menangis pun ada....
tapi kenalah reda kannn...cari dimana silapnya....

Kali ni kite nak kongsi Donut Keledek yang kite dapat resepinya dari blog Mas Duniaku...tqvm Mas..


Donut Keledek

Sumber : Kak Nor
Resepi: Mas Duniaku
Bahan :
• 500 gram tepung gandum
• 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
• 4 sudu besar susu tepung - tak letak -kite pun tak letak(CO)
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• 200 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer Mas guna susu segar suam(ikut Mas-CO)
• 3 sudu besar marjerin
• 3 sudu besar gula - gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
• 3 sudu kecil yis
Caranya :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut keledek bersama serbuk gula . Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..











Friday, December 2, 2011

Dimana Matahati 1

pic. from google

Pagi yang cerah memeriahkan suasana alam, matahari memancar terang tanpa awan yang ingin menutupinya. Kampong Indah terasa sunyi, sunyi bila anak anak sudah ke sekolah dan yang dewasanya pergi bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Kebanyakkan yang tinggal di kampong ini adalah guru guru yang mengajar di sekitar bandar dan kampong di daerah ini . Ada juga bekerja di  kebun sendiri, ada yang mengambil upah membersihkan kebun orang, ada yang berniaga kedai makan, ada yang bekerja kerajaan, ada yang mengambil upah menjahit baju dan ada yang melongo sahaja. Macam macam perangai masyarakat kampong ni, tetapi ibu tak rajin bercampur dengan orang kampong, bukan sombong tetapi malas dan banyak kerja.

Setelah siap membasuh kain dan menyidainya, ibu mengambil penyapu dan tajak* lalu menajak rumput dihalaman rumah. Begitu tekun ibu menjalankan kerjanya tanpa sedar ada orang lalu didepan rumah dia.  Memang rumah ibu hampir dengan jalan, sesiapa yang ada didepan akan kenal orang yang melalui jalan tersebut.

'Menajak ke Cek Minah?' tegur Cikgu Esa pada ibu.

'Iye...dari mana Cikgu?'

'Dari Simpang beli barang sikit?' jawab Cikgu Esa, berhenti sebentar nak bersembang dengan ibu. Dari masa dia kerja lagi, kemana-mana hanya dengan basikal hinggalah dia pencen masih lagi berbasikal.

'Nak masak apa?'

'Entah Nun dengan Leha tu tak tau aku...aku pakai beli aje...engkau dah masak ke?'tanya Cikgu Esa lagi. Memang dah jadi tradisi Cikgu Esa akan masak banyak satu satu lauk yang di masak di sebabkan adik beradik dia akan datang makan setiap hari. Kakak dia Cek Mejah dan suami Pakcik Embok Lauk(tak tau nama sebenar)  yang tinggal sebelah rumah, Long Tina dan suami Paklong Rahmat yang tinggal di hilir berhampiran rumah emak dan Ngah yang tinggal dengan dia.Dalam keluarga hanya Cikgu Esa yang bekerja dengan kerajaan, Cek Mejah dan suami hanya menoreh getah dan Long Tina  mengambil upah kopek pinang muda. Selalu juga anak ibu yang tua Noriah, mengikut Long Tina mengopek pinang tapi bukan kerja, 'mengacau'.

'Belum...kejap lagi... Apek ikan dah lalu belum? memang ibu setiap hari akan membeli ikan dari Apek ni. Sebut aje ikan apa yang di kehendaki pasti Apek akan membawanya. Bukan saja ibu malahan sebahagian besar orang kampung akan berlanggan ikan dengan Apek ni termasuklah Cikgu Esa. Apek ikan akan pusing keliling kampong dengan basikalnya.

'Belum...Apek ikan lambat..tengah hari baru sampai... tak pelah Minah...aku balek dulu.' jawab Cikgu Esa...lalu mengayuh basikalnya pergi.

Ibu melengong sambil memerhatikan Cikgu Esa pergi, kawan baik abah dari muda hingga kini. Bertahun mereka mengajar di sekolah yang sama, sejak abah mula mengajar hinggalah Cikgu Esa pencen dan abah di tukarkan kependalaman. Walaupun abah jauh lebih muda dari dia namun keakraban mereka tidak dapat di pertikaikan, kemana pergi berdua, baik pergi mengajar atau menge'teh' di Simpang sambil berbasikal, abah pun hanya memiliki basikal aje. Bila di ajukan kenapa abah tak nak beli motor atau kereta, abah akan menjawab banyak burok dari baiknya... banyak belanja.

Semasa mengajar di pendalaman ni  pun abah hanya berbasikal, pergi di awal pagi yang masih gelap dan balek setelah zohor hampir menghilang. Abah akan singgah di surau untuk solat zohor dan bila hujan turun, maklumlah abah ikut jalan 'short cut' jalan benteng tali air. Jalannya tidak bertar, bila panas berdebu dan bila hujan berselut, kiri kanan jalan hanya semak samun. Rumah orang agak jauh di antara satu sama lain, demi tugas abah gagahkan juga.Begitulah rutin hidup abah sehari-hari, hampir dua tahun abah di sekolah tersebut, hinggalah abah jatuh sakit.

Ibu tersedar dari lengongan yang panjang, lalu menyimpan tajak dan penyapu yang tidak sempat di gunakan tadi. Sambil tu ibu mengintai jam di dinding dari tingkap dapur, dah hampir pukul sebelas pagi. Belum sempat ibu masok kedalam rumah, kedengaran bunyi loceng basikal, krinngg kringgg kringgg. Hah Apek ikan dah datang, bisik ibu dalam hati.

'Ikan ape Pek?' belum sempat lagi Apek tu turun dari basikalnya, ibu dah menyoal.

'Tinggat ikan tenggili....cencalu dengan gelama'. jawab Apek dengan pelat.

'Bagi lah gelama dua kilo'. ujar ibu.Ibu memang suka ikan gelama, kalau ada macam-macam cara ibu masak.

'Gelama ..tenggili tatak mau ke'. tanya Apek sambil mengambil dacing lalu di sangkutkan di bakul ikan, kemudian dia membungkus dan menimbang ikan, lalu di berikan pada ibu.

'Tak mau la... esok aje...ha jangan lupa Pek..esok bawak sekali ikan kembong ye'. jawab ibu

'Hah' jawab Apek sepatah lalu pergi.

Ibu masuk kedapur, meletakkan ikan di sinki lalu ke rak pinggan di  tepi pintu mengambil papan pemotong dan mangkok plastik. Habis menyiang dan membersihkan ikan, ibu menggaulkan ikan dengan kunyit dan garam lalu ibu biarkan ikan untuk diperap. Ibu naik keatas rumah untuk mengambil tuala dan kain batik lalu kebilek air untuk mandi. Selesai membersihkan diri dan berdandan, ibu kedapur semula untuk menggoreng ikan.

Dalam masa menggoreng, ibu sempat merebus keledek yang telah dikopek dan dipotong kecil-kecil, untuk dimasak dengan daun pucuk manis. Ibu bubuh sedikit ikan bilis, sedikit belacan, hirisan bawang merah dan bawang putih dan sedikit garam kedalam rebusan keledek tadi. Bila dah mendideh dan keledeknya empok, ibu masukkan daun pucuk manis dan menutup apinya.

Setelah semua ikan habis di goreng, ibu pun menyiapkan bumbu* untuk ikan masak kicap. Anak-anak ibu kecuali Amar,cukup suka dengan ikan masak kicap. Walaupun masakan ibu simple tapi sedap, ibu mengambil sedikit lada hitam, bawang putih, halia di tumbuk halus, bawang besar di hiris bulat setelah dibersihkan. Dengan kuali tadi yang telah ibu kurangkan minyak menggoreng , ibu tumis dulu rempah tumis yang terdiri dari cengkih, buah pelaga (ibu buang isinya), bunga lawang dan kayu manis. Setelah bangkit baunya, barulah ibu masukkan bahan yang di kisar dan di hiris tadi, di kacau supaya tidak hangit, begitu selalu pesan ibu kepada kami. Kemudian barulah masukkan air dan sedikit kicap cap rumah api kacau lagi. Masukkan cuka, baru ibu masukkan separuh ikan goreng, di gaul rata,  lalu di angkat. Masakan kicap ibu, tak kira ikan, ayam atau daging, memang cair kerana ibu tak suka pekat likat dan ibu tak suka kicap manis. Dulu ibu suka gunakan kicap cap rumah api, sekarang ni baru ibu tukar kekicap cap kipas udang.

Apa yang ibu masak, ibu akan lainkan sedikit untuk abah, kerana abah tak suka makan dengan anak-anak, hanya ibu yang akan makan bersama kami anak-anaknya. Setiap kali anak- anak tanya, kenapa abah makan sorang sorang, ibu akan menjawab yang abah tak biasa makan ramai ramai kerana dari kecil abah sering sendirian.Entahlah betul atau tidak jawapan ibu tu, tak taulah.

Setelah siap menghidang, ibu terus kebilek air mengambil uduk kerana waktu zohor semakin hampir. Kemudian ibu terus ke bilek ibu di atas, membentang sejadah lalu ibu duduk memegang tasbih sambil berzikir.Tepat jam satu setengah kedengaran azan zohor berkumandang dari masjid Simpang, ibu pun terus solat zohor. Begitulah rutin hidup ibu setiap hari, selesai solat dan berdoa, ibu akan berhias menantikan abah dan anak-anaknya balek dari sekolah.

=============
'Assalamualaikum...ibu...ibu...ibu kat mana? teriakan Ome tidak didengar oleh ibu.

'Ibuu...ibuu...ibuu....kat sini rupanya ibu...ingatkan kat rumah....apa yang ibu buat kat sini?' Ome meleteri ibu.

'Hah..terkejut ibu...tak de buat apa-apa, saje aje rimas kat atas tu...' Ibu menjawab leteran Ome. Memang menjadi kebiasaan ibu bila rimas kat atas rumah, dia akan ketepi sungai sebelah tanah ibu. Hilang segala ingatan pada kenangan lama, beterbangan dengan sergahan Ome.

'Kau dari mana Ome?' tanya ibu.

'Dari rumah...saje nak jengok ibu...sapa ada kat rumah bu'.

'Saayah dengan anak-anak dia...Zira pun ada' jawab ibu lagi.

'Ibu..ibu menangis ke?'

'Tak de lah' jawab ibu

'Apa yang ibu fikirkan' tanya Ome lagi.

'Tak de apa yang ibu fikirkan hanya teringatkan Cikgu Esa...lama dah dia meninggalkan kite semua.'

'Iye la bu...muksu Nun, kak Leha...semuanya dah tak de, tinggal anak dia Muna dengan Lela.  Bukan dia orang aje, adek beradek dia pun dah tak ada.' Cikgu Esa mempunyai tiga orang anak, Leha, Muna dan Lela dan seorang anak angkat Hamidah yang tinggal di Kuala Lumpur. Hamidah dah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dua perempuan seorang lelaki, dua anak perempuan dibela oleh Cikgu Esa manakala yang lelaki dibela olehnya.

'Dah tak de orang tua kat kampung ni ...ye bu'. kata Ome lagi.

'Muna pun hanya tinggal dengan anak-anak dia ...suami dia dah ikut prempuan lain...Lela pulak dah kat Kuala Lumpur.... kesian kat Muna..kerja tak ade, harapkan dari upah jahit baju nak membesarkan anak-anak.'

Ome hanya mendiamkan diri, baginya ibu lebih beruntung kerana masih punya pencen aruah abah, bukan saja anak-anak, cucu-cucu ibu malahan cicit-cicit  ibu pun merasa duit pencen aruah abah. Bertuah sungguh hidup ibu, punya pencen, rumah sewa walaupun hanya dua pintu, kebun sawit tujuh ekar dengan anak-anak bagi setiap bulan, cukup mewah buat ibu. Ibu pun bukannya ada anak yang bersekolah lagi cuma Zira, cucu ibu yang dibela dari kecil. Nasib baik ada Zira, dialah tempat ibu mencurahkan kasih dan rindu.

'Amar tak de talipon..bu..lama tak dengar khabar dia.'

'Tak de'. jawab ibu lemah aje suaranya. Rindunya pada Amar tak dapat nak dikatakan, rindu sangat-sangat, hampir lima tahun Amar meninggalkan Malaysia bekerja di negara Arab. Kerana mengejar imbuhan yang besar sanggup Amar tinggalkan ibu tua yang hanya menanti masa menyahut panggilan Ilahi. Kalau Amar selalu telepon ibu tak apalah juga, ini setahun payah sekali nak telepon, kalau ibu telepon nak cakap dengan Amar, isteri dia yang akan cakap. Itulah yang membuatkan ibu malas nak telepon, mesti tak dapat nak dengar suara Amar, ibu bukan nak dengar suara dia, ibu nak dengar suara Amar. Tapi kenapa Amar susah sangat nak telepon ibu, banyak kerja ke, mahal sangat ke bayaran teleponnya, tak ada duit ke, entahlah malas ibu nak fikir. Masa nak pergi dulu pun Amar tak beritau ibu, isteri dia telepon ibu, tu pun dah nak masuk dalam kapal terbang, sekejap sangat. Sempat ibu tanya mana Amar, dia kata kat sebelah tapi bila ibu nak cakap dengan Amar dia terus matikan telepon.

'Akak tak balek ke bu?'tanya Ome lagi,

'Tak...abang Nan banyak kerja..lagi pun anak-anak dia sekolah.'

'Yuk bu kite masuk...ibu pun belum makan kannn.'

'Lupa pulak, ibu memang belum makan...yuk lah...kite masuk.'