Followers

Tuesday, May 18, 2010

Rindu itu Indah atau Seksa

Assalammualaikum…

Dipagi hari ni, marilah kita sama2 renungkan artikel di bawah ini yang dipetik dari blog coretanmayaku.blogspot.com. ‘Rindu Itu Indah Ke Seksa?’..tak kiralah rindu kat siapa…… APABILA RINDU DATANG MENYERANG TAK ADA APA YANG DAPAT DILAKUKAN….

Rindu Itu Indah Ke Seksa?

Bila kita dah menyayangi atau menyintai seseorang pastinya akan terbit rasa rindu kepada sidia kan. Tipulah kalau anda katakan tidak. Melainkan anda dah tak sayangkan dia lagi.

Mempunyai perasaan rindu memang sesuatu yang unik & pastinya bagi sesetengah orang ia adalah satu perasaan yang indah dan teramat indah. Betul ke?...betul bagi yang telah mangalaminya atau sedang mengalaminya atau pernah mengalaminya.

Kalau dua2 belah pihak sama2 sayang & merindui, memanglah indah. Tapi apa kesnya pula kalau anda bertepuk sebelah tangan. Merindui seseorang yang anda cintai…secara senyap2 sorang2. Indahkah rindu tu? Maybe juga kan……itupun mengikut pandangan masing…...tapi tidakkah itu memudaratkan diri namanya.

Kadang2 perasaan rindu ni menyeksakan juga. Lebih2 lagi bila si dia yang kita sayang jauh di mata & agak payah nak jumpa or tak akan jumpa…bahaya tu kalau tak akan jumpa lagi. Atau sidia adalah kepunyaan orang….apa yang perlu di buat…huhuhuhu menangis ajalah jawabnya. Namun kena kawal juga rindu tu, jangan sampai kerja terganggu. Nanti parah pula.

Kepada coretanmayaku maaf yer… ada tambahan pd artikel.

Monday, May 17, 2010

Pindang Udang

I like to share with u all….nice recipe from the state of Perak, given to me by my Perakian friend. Usually they serve this dish during a wedding ceremony or kenduri. And this is the recipe...

PINDANG UDANG

BAHAN2NYA
600 g udang sedang
1 camcateh garam
4 camcabesar minyak
7 ulas bawang merah – dihiris
8 btg serai – dihiris halus dgn pisau yg tajam(saya titik saja)
3 biji cili merah – dihiris serong
1 in kunyit hidup – digiling(saya hiris saja)
4-5 biji belimbing-dibelah dua(saya guna mangga muda)
½ biji kelapa parut(ambil 1 cawan santan)
½ camcateh garam

CARA2NYA
1.Udang dibuang kulitnya kecuali dibahagian ekor. Keluarkan uratnya dan dilumurkan dgn garam.
2.Pijarkan minyak dalam kuali, goreng bawang merah cili merah serai dan kunyit giling tadi.
3.Masukkan udang dan goreng sambil dikacau selalu. Campurkan belimbing atau mangga muda, tuangkan santan dan didihkan perlahan lahan.
4.Biarkan beberapa ketika, dan rasalah masinnya.
5.Angkat dan hidangkan.

Tanda Kenangan dari Tom Nakashima Kureno

Tanda Kenangan dari Tom Nakashima Kureno. Thank you very much.

Blog Paling Menyengat!

Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day

Assalamualaikum…Selamat Sejahtera
Today is TEACHER’S DAY….
HAPPY TEACHER’S DAY to all the teachers…may ALLAH BLESS YOU

Happy Teacher’s Day to my beloved daughter…Norhezrin(SMKSS Arau Perlis)

Happy Teacher’s Day to my DIL…Suhazarina (SMK Telok Panglima Garang Selangor)

Happy Teacher’s Day to my brother…Abd Shukor (SK Tampok Benut Johor)

HappyTeacher’s Day to my sister….Norazah (SM Aminudin Baki KL)

I would like to share this article with u all… taken from ‘kembara seorang penulis’. Thanks Nik Fauziah-muslimah.blogspot.com for sharing.

Da’ieyah, Murabbiyah dan Mursyidah!

Hmm tengok tajuk entry, bunyinya macam berat kan? Mendengarnya sahaja, pasti ramai yang akan mengatakan bagaimana mungkin untuk menjadi da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah sedangkan kita bukannya berlatar belakangkan pendidikan agama. Atau tegasnya kita bukan ustaz atau ustazah!

Namun sedar atau tidak, setiap wanita yang melahirkan anak (malah setiap wanita sebenarnya) adalah da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah! Dengan kata lain wanita adalah penyampai, pendidik dan penunjuk ajar kepada anak-anaknya (atau anak saudaranya).

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang sempat dikutip sewaktu kuliah Zohor, Jumaat 14 Mei 2010, kelas Dr. Robiah K.Hamzah, bersesuaian dengan hari guru yang disambut dalam hari ini (after all we are also teachers in our own ways, right?).

Sebenarnya suka atau tidak, bagi kita yang bergelar ibu, kita sebenarnya menjadi da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah kepada anak-anak. Selepas ‘dilantik’ menjadi isteri maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan hak kita sebagai isteri solehah dan kemudiannya menggalas jawatan sebagai ibu solehah.

Dan di sinilah bermulanya tugas kita sebagai da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah, untuk melahirkan dan membina anak-anak solehah. Memang menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah, namun apakah bentuk pengisian yang kita berikan kepada anak-anak?

Mengapa tanggungjawab mendidik anak itu terletak di bahu ibu? Bahkan kita sering mendengar ungkapan bahawa ibu adalah madrasah atau sekolah pertama bagi anak. Dengan sifat lembut dan sabar yang dianugerahkan Allah, maka tugas sebagai pendidik, pendakwah dan penunjuk ini sangat sesuai buat mereka.

Apabila disebut murabbiyah atau pendidik, ia bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari supaya mengenal pencipta-Nya. Dengan kata lain ia membangunkan keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya.

Justeru, untuk mengisi keperluan tersebut, sudah semestinya ia memerlukan kepada pengisian ilmu. Ilmu untuk mendidik dan ilmu untuk dipraktikkan. Maka, bertepatanlah dengan hadis bahawa, menuntut ilmu tidak terhenti apabila sudah graduate atau tamat persekolahan sahaja. Proses pembelajaran itu terus berjalan dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad – proses yang berterusan sepanjang kehidupan. Barulah dengannya melayakkan kita menjadi seorang mursyidah!

Mengapa kita lihat hari ini, anak-anak tidak mengikut kebaikan yang dibuat oleh ibu bapanya? Contoh biasa, mengapa kita melihat, ibu bapa yang bersolat tetapi anak tidak bersolat? Jawapannya kerana ibu bapa gagal menjadi da’ie, murabbi dan mursyid! Bagaimana kita ingin menjadi pendidik yang berjaya sedangkan kita sendiri gagal menghayati tugas dan tanggungjawab yang terpikul!

Sesungguhnya proses menjadi da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah ini memerlukan kita terus menuntut ilmu, dan kemudiannya belajar menjadi pendengar dan sahabat yang baik, mudah didekati, bersifat positif, dapat mendorong ke arah kebaikan dan seterusnya dapat mewariskan ilmu. Melalui proses menimba ilmu, kemudiannya diamalkan dan seterusnya diwariskan, maka akan berjalanlah proses pendidikan.

Semoga kita semua dapat membangunkan jiwa-jiwa murabbi tanpa mengira latar belakang pendidikan kita!

Friday, May 14, 2010

Mee Siam

Ari ni kt masak mi siam aja…jom lihat resepinya…..


MEE SIAM

Bahan2 nya:
2 paun udang kecil-sedang, dibuang kulit dan dibersihkan
½ ct garam + 1 ct kicap cair + sedikit lada sulah digaulkan dgn udang
30 tangkai cili kering- direndam dgn air suam
10 biji bawang merah + 2 in belacan-dikisar dgn cili kering
3 cb taucu
1 ½ cawan santan
6 kpg tahu
10 auns taugeh
5 auns kucai
1 paun beehoon
1 biji timun-dikupas dan dimayang
2 butir telor rebus-dipotong
2 biji cili merah- dimayang halus
10 biji limau kasturi-dipotong dua

Cara2nya:
Panaskan minyak di kuali dan goring bahan-bahan yang digiling sehingga wangi, campurkan sedikit santan. Masukkan udang dan goreng hingga elok, masukkan lagi santan. Campurkan tahu dan goreng lagi. Campurkan santan yang lebih dan biarkan mendidih.

Masukkan taugeh dan gaulkan hingga rata. Campurkan kucai dan kacau cepat-cepat. Akhir sekali masukkan bihun dan kacau hingga rata.

Letakkan di dalam pinggan hidang hiaskan dengan timun mayang, telur potong dan cili mayang. Hidangkan dengan limau kasturi.

CERITA CERITA MENARIK

ASSALAMUALAIKUM teman teman blogger sekelian…apa khabar dipagi Jumaat ini…AHAMDULILLAH semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya….

Today I like to share a true story of my friend’s experience….

Malam telah lama melabuhkan tirainya, tapi mataku tidak mahu lelap. Hatiku rasa tak sedap aja, berdebar debar, ntah kenapa agaknya….aku menoleh keanak-anakku yang sedang lena, terlalu lena… terlalu penat, disebabkan petang tadi bermain kejar kejaran. Terhibur hatiku bila melihatkan keriangan mereka.

Sendirian di rumah ibu mertuaku tanpa suami, sungguh tidak menyenangkan hati….walaupun bukan pertama kali, aku ditinggalkan sendirian bersama anak anak….tetapi kali ini hatiku benar benar resah. Perasaan bimbang, takut, rusuh silih berganti….dari sebelum datang ke sini pagi tadi lagi, aku dah berperasaan begini…didalam perjalanan dari KL ke KB, aku tak henti berzikir.

Dari datang tadi aku tidak menemui suamiku, kunci rumah pun aku ambil dari jiran ibu mertuaku yang selang dua bidang tanah dari rumah ibu mertuaku. Jiran yang baik hati yang sentiasa menolongku bila aku perlukan pertolongan…maklumlah aku tak biasa hidup di kampung. Di kiri kanan rumah ibu mertuaku tidak ada rumah hanya tanah semak yang tidak bertuan….hampir menjadi hutan.

Suamiku menemankan ibunya di hospital KB…ibunya yang jatuh di dapur terpaksa dimasukkan ke hospital kerana patah kakinya. Bila dia telefon ku pagi tadi dan menyuruhku balik ke sini….hatiku berat benar…malasnya. Dahlah kena drive sendiri…mana anak anak yang masih kecil lagi…kerja sekolah yang tak siap… rumah yang belum berkemas …..segalanya aku terpaksa urukan sendiri….tapi apa boleh buat aku terpaksa ikutkan juga.

Telah hampir lima tahun aku hidup begini, sendirian menguruskan anak anak dan rumahtangga… kadang kadang aku rasakan bagai tidak bersuami. Berbagai perasaan melanda hatiku…tapi disebabkan ibunya tidak mahu tinggal dengan anak yang lain, terpaksalah suamiku menjaganya….tambahan pula suamiku anak bongsu. Sudahlah begitu ibunya hanya nak tinggal di rumahnya… suamiku hanya balek kerumah ku selang tiga minggu sekali, kadang kadang sampai sebulan setengah baru balek…apa boleh buat, terpaksalah aku berkorban. Kesian diriku dan anak anak…mungkin ini yang dinamakan bermadu dengan ibu mertua, seperti apa yang pernah ku baca di akhbar.

Mempunyai anak sebelas orang, lima lelaki dan enam perempuan, sepatutnya ibu mertuaku tidak perlu tertumpu pada suamiku seorang, dia boleh bergilir gilir kerumah anak anaknya. Selama ini hanya suamiku, abang Amin, Kak Amah, Kak Mimi dan Kak Ani saja yang mengambil dia tinggal atau membelanya. Abang Edham iaitu abang yang kedua pernah tinggal bersama dengan ibunya berbelas tahun sebelum suamiku….sanggup meninggalkan isteri dan anak anaknya. Tapi oleh sebab satu sengketa antara dia, suamiku dan abang Amin dia meninggalkan ibunya di rumah kak Amah…kembali kepada isterinya. Kemudian kak Amah menyerahkan ibunya kepada suamiku kerana ibunya tak mahu tinggal di sana lagi.

Ibunya memang tak dapat tinggal di rumah anak lelaki sulongnya, abang Salim, kerana dia dah uzur selalu sakit. Lagipun dia hanya tinggal di flat dan mempunyai anak cucu yang ramai…macam mana dia nak tinggal dengan mereka. Dari muda lagi dia memang tak mahu atau jarang pergi ke rumah abang Salim, mungkin kerana abang Salim bergaji kecil.

Tetapi apa yang aku herankan kenapa abang Naim, anak lelaki yang ketiga tak pernah nak bawa ibunya ke rumahnya, jangankan nak bawa kerumah beliau, nak balek kampong menemani ibunya atau menjengok ibunya pun tak mahu…kenapa agaknya. Selalu aku bertanya dengan suamiku kenapa abang Naim begitu...tapi suamiku hanya diam sahaja. Dulu pernah aku menyuruh isterinya menjaga ibu mertua kami… tapi dia enggan, tak pula dinyatakan sebabnya. Setiap tahun pada hari raya, mereka hanya datang sekejap sangat…macam mintak mancis api …tak pernah membawa anak anaknya. Aku pun tak kenal anak anak mereka, macam mana rupa parasnya.…apa pekerjaan mereka…..kalau jumpa kat jalan pun memang tak kenal melainkan jika mereka bersama ibu bapa mereka.

Penat rasanya badan ni…tak terkatakan, aku beralih mengadap dinding. Aku melihat keluar dari tingkap kaca yang tidak berlangsir… kegelapan malam yang amat pekat…aku berkata dalam hati…kenapa malam ni lain sangat….tiada bintang dilangit …nak kata akan hujan tak terasa pulak bahang panas hari nak hujan.. tapi kenapa ya…memang menjadi kelaziman aku sekeluarga tak pernah pasang lampu bila tidur malam. Perasaan rindu pada suami tak dapat ditahan-tahan…dah hampir sebulan kami tak bersua…

Tiba tiba aku terpandangkan sesuatu….. kelihatan api pelita berjalan meliang liuk ditiup angin. Mulanya agak jauh dari rumah tapi makin lama makin dekat. Aku terus duduk…hatiku berkata kata siapakah malam malam begini yang datang kerumah ibu mertuaku, pakai pelita pulak tu. Seingatku mana ada orang pakai pelita dizaman letrik dan torch light ni…hatiku berdebar debar….

Api pelita tu semakin lama semakin dekat…..hampir benar dengan tingkap kaca tadi…seolah olah tau aku belum tidur lagi…..kemudian berjalan mengelilingi rumah ibu mertuaku. Rumah ibu mertuaku rumah bawah, kecil sahaja dengan dua bilik tidur, pintunya juga pintu kaca yang tidak berlangsir… jadi aku boleh nampak apa yang ada diluar rumah. Berkali kali api pelita tu mengelilingi rumah ibu mertuaku… macam bertawaf pulak.

Pelan pelan aku mengejutkan anak anak ku, sambil menyuroh mereka diam. …mereka bangun terpisat pisat. Aku tunjukkan api pelita yang sedang berjalan tu kepada mereka, mereka terus memelukku. Hanya dua orang anakku yang kecil sahaja, aku biarkan mereka tidur. Kami berpelukkan sambil mulutku tak henti berzikir dan membaca ayat ayat quran yang ku hafal. Api pelita itu menuju ke pintu rumah ibu mertuaku…..

YA ALLAH….api pelita tu masuk ke dalam rumah tanpa ada sesiapa pun memegangnya….aku terkedu…. Menggigil ketakutan….semakin erat pelukan kami bertiga…

Kepada rakan rakan blogger silalah sambung cerita ni……. Ini adalah cerita benar yang diceritakan kepada kite oleh sesaorang yang mengalaminya beberapa tahun yang lalu.

Apa kata kite mintak MR BEN ASHAARI untuk meneruskan cerita ni…..

Thursday, May 13, 2010

RENUNGAN

Assalamualaikum…..semoga semuanya didlm perlindungan ALLAH Subhanallahuwataala hendaknya…

HAPPY MOTHER’S DAY, HAPPY TEACHER’S DAY & HAPPY NURSES DAY….to all mothers, teachers and nurses…..you all deserved these special days.

Kepada yg telah Berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi…diucapkan tahniah...

Kepada yg belum Berjaya… cubalah berusaha lagi...

Kepada yg tidak Sehat….rajin2lah makan ubat...

Kepada yg mengalami Gundah Gulana…..marilah sama2 menghayati renungan di bawah ini….

Walau apa pun yg dihadapi…..selesaikan lah dgn bijak, tanpa membinasakan diri sendiri & orang di sekeliling ….. usahakanlah sebaik mungkin…semoga berbahagia di dunia dan di akhirat…amin.

Marilah kita sama sama merenung, menghayati dan mengambil iktibar daripada artikel yang diambil dari blog norahah, minta izin yer..Norahah.

BERMOHON HARAP HANYA PADA ALLAH SWT
~ "SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DI SERTAI KEMUDAHAN"~

Surah Al-Insyirah (Solace~peace in the heart~)
~(kelapangan hati)~

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).(8)
(Surah Al-Insyirah 94:1-8)

* Apabila semua serba tak kena, dan anda berada dalam keadaan tidak menentu, ingatlah... anda masih boleh berpaling dan bersandar pada DIA YANG SATU.
* Apabila h i d u p di selubungi kegelapan semuanya silap, carilah sinar itu, dari DIA YANG MEMBERI CAHAYA.
* Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA YANG MAHA PENGASIH.
* Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, janganlah berputus asa kerana DIA MAHA MELIHAT SEGALA-GALANYA.
* Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan dari DIA YANG MAHA PERKASA.
* Apabila h i d u p ini dirasakan seperti beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan cekal ,dan ingatlah bahawa itulah IRADATNYA.
* Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa yang sudi meneranginya, carilah jalan yang lurus dari DIA PEMBERI CAHAYA.
* Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan mu, jangan kecewa, kerana DIA MAHA PENDENGAR.
* Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada DIA YANG MAHA KAYA.
* Apabila dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada DIA YANG MAHA ESA.
* Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada DIA.... satu-satunya tempat yang boleh di gantungkan harapan.
* Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kembali, ingatlah bahawa DIA SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG SABAR.



B E R U S A H A , B E R D O ' A D A N B E R T A W A K K A L



K E P A D A TUHAN Y A N G M A H A B E R K U A S A,
ALLAH HU RABBI.