Followers

Tuesday, June 15, 2010

Jodoh Yang Baik

Artikel yang baik untuk renungan kita bersama yang dipetik dari blog YM Abi Ghufran Al-Idrus.blogspot.com

Jodoh Yang Baik

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. (betul tu…jgn terpedaya dgn luaran - mariacuteoven)

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. (memang benar2 mengharapkan yg begini - mariacuteoven)

Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik...

I'm not sad.. but i'm hurt...

i'm not feel bad.. but i feel empty

i'm not lonely.. but i'm single...

Only if you could understand me in the hardest way...

Cinta itu anugerah yg tak ternilai so hargai la setiap saat bersamanya..

Sunday, June 13, 2010

Mezib Munchy's Layered Cake

Assalamulaikum….apa khabar semua…..selamat berhari minggu n selamat menghadiri majlis2 yg diadakan pada hari ini.  Ada jemputan utk kite n hubby pd hari ini di Jenjarom…tp kite kat Ampang kerana kat sini pun ada jemputan..aduhhhhh….

Kata kata indah dari Almarhum Prof Hamka yang diambil dari BlogRasmi YM Syed Abi Ghufran Al-Idrus….thanks for sharing. Kite memang peminat setia Almarhum Prof Hamka. Jom hayati apa yang tersirat semuga membawa berkat…
"...tidak usah kami diberi kata,
dipakai kata akan luntur,
 

tidak usah kami diberi nasi,
dimakan nasi akan habis,
 

berilah kami hati yg suci, muka jernih,
baik budi dibawa mati..."

 

~ Prof Hamka ~
-------------------------------------------------------------------------
Aktiviti masakan kite pada minggu lalu…layan jer gambar2 nie yer....

Renie Makaroni Goreng n Air Longan

Vege Fried Rice

BLUEBERRY CHEESE TART

New cake in the list
MEZIB MUNCHY’S LAYERED CAKE 
~ Chocolate, munchy’s mini cheese biscuits ~
U can really enjoy the taste of choc n cheese biscuits…emmmm....

 Order oleh Shazreen


Saturday, June 12, 2010

Wedding Reception

Majlis Makan Malam bersempena meraikan perkahwinan Nurartikah binti Tan Sri Dato' Seri Ilyas Hj Din dan Hafiz Safwan bin Aminordin pada hari Khamis 10 Jun 2010.  Sebahagian daripada gambar2 yang dirakam.....

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah Al-Haj sedang merenjis air mawar kepada kedua mempelai.




Bersama Puan Sri Datin Seri Meriam Harun (berdiri) dan Puan Latiffah (isteri kpd Kdr Che Pi) dimajlis perkawinan anak perempuan Puan Seri dan LaksamanaTan Sri Dato' Seri Ilyas Hj Din di Dewan Perdana Felda Jalan Maktab Kuala Lumpur. Semoga dilimpahkan rahmat dan berbahagia sekeluarga hendaknya...amin.

Thursday, June 3, 2010

Cerita Menarik - Sambungan

Api pelita tu semakin hampir dengan kami….lalu berhenti didepan kami…Ya Allah puaka apakah ini…yang datang ketika suamiku tiada. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah…aku menyebut nama ALLAH berulang kali sambil menangis menundukkan kepala. Api pelita tetap berada disitu seolah olah tahu aku sedang ketakutan yang amat sangat. Aku dan anak anak tidor diruang tamu…kerana disitulah kami selalu tidor bila balek kerumah ibu mertuaku. Kadang kadang ibu mertuaku akan turut sama tidor di situ….walaupun aku rasa kurang selesa tapi tak dapat nak buat apa.

Ketika aku mendongak keatas ternampak api pelita tu berjalan kedapur, berpusing pusing seolah olah mencari sesuatu. Setelah agak lama didapur, api pelita itu keluar dan menuju kearah bilik. Api pelita itu masuk ke bilik depan, kemudian keluar menuju ke bilik ibu mertuaku. Kedua dua bilek ini pintunya tidak bertutup.

Semasa di dalam bilek ibu mertuaku api pelita itu, berjalan keliling bilek, kemudian berada di atas katil. Dari ruang tamu memang jelas kelihatan apa yang ada di dalam bilek ibu mertuaku. Bayangkan api pelita itu seolah olah duduk atas katil…..lama juga berkeadaan begitu. Apakah api pelita itu mencari ibu mertuaku… dalam hatiku berkata-kata.  Dalam keadaan takut begitu aku sempat juga mengikuti pergerakan api pelita tersebut.

Kemudian api pelita itu keluar dari bilek ibu mertuaku, datang menuju padaku dan anak anak…..berpusing pusing mengelilingi aku dan anak anak. Aku meraung menangis ketakutan….kali ini tak dapat ku tahan tahankan tangisanku dan jeritanku. YA ALLAH tolonglah hambamu ini…aku merintih sendirian. Bila aku meraung….anak anakku juga turut meraung. YA ALLAH selamatkanlah kami…..tolonglah jangan diapa apakan kami....aku merayu seolah olah aku merayu pada api pelita tersebut.

Api pelita tetap juga begitu, berhenti berpusing dia akan diam memerhatikan kami seberapa ketika….kemudian berpusing lagi…..begitulah api pelita itu buat beberapa kali. Kemudian api pelita itu masuk semula ke bilek ibu mertuaku…. entah apa yang dicari tak taulah. Tak dapat nak di bayangkan rasa ketakutan aku ketika itu.......teramat takut.

Jam tua milik arwah bapa mertuaku berdeting lima kali menandakan dah pukul lima pagi. Pelan pelan aku lihat api pelita keluar dari bilek ibu mertuaku…. berjalan mendekati aku dan anak anakku…berhenti seketika lalu keluar menerusi pintu hadapaan tadi. Api pelita tu bejalan lagi keliling rumah, kemudian berhenti di depan rumah. Lama juga api pelita itu berhenti…….

Kemudian api pelita itu berjalan menuju kejalan besar….lalu ghaib dipertengahan jalan. Antara jalan besar menuju kerumah ibu mertuaku adalah kira kira 80 meter jaraknya. Di depan rumah ibu mertuaku terdapat beberapa pokok buah buahan yang telah besar dan rendang. Kalau siang memanglah redup di depan rumahnya….dan ada juga pokok kemboja yang selalu orang tanam di kawasan kubur... oleh abang Edham di kiri kanan jalan masuk juga telah besar pokoknya.

Ketakutan masih lagi menguasai diriku…aku tetap juga menangis. Terasa amat kesal balek ke rumah ibu mertuaku. Apakah ini petanda yang kudapati sebelum datang ke sini pagi tadi.… hanya mu YA ALLAH yang maha mengetahui ALLAHURABBI…. Aku menangis lagi…sedihnya teramat, sayunya rasa hati. Dalam pada itu aku teringatkan arwah ibu dan arwah ayah…ibu… ibu aku merintih memanggil ibuku. Walaupun aku hanya anak angkat tapi ibu terlalu sayangkan diriku kerana ibu tidak mempunyai anak. Aku terlalu manja dengan ibu dan ayah....aku mempunyai seorang kakak yang juga anak angkat...kedua dua kami adalah anak cina.

Hari beransur terang..subuh hampir luput…aku lepaskan pelukan anak anakku. Anak anakku baring semula…apa yang aku hairankan dua anakku yang kecil tidak sedikit pun tergugat tidornya. Aku bangun menuju ke bilek air…sambil tu aku buka suis lampu didapur. Aku masih tetap merasa takut sesangatlah takutnya…. lemah segala sendi sendiku…aku masuk ke bilik air…membersihkan diri dan mengambil wuduk…di sebelah anak anakku aku bersolat.

YA ALLAH BERILAH KEKUATAN BAGIKU…. Aku nak balek ke rumahku sebentar lagi janganlah kau lengahkan Ya Allah…janganlah kau timpakan musibah yang lain pula. Ya Allah aku mohon padamu Ya Allah selamatkanlah kami…Ya Allah selamatkanlah kami.....Ya Allah selamatkanlah kami....amin amin Ya Rabbal’alamin, aku berdoa sambil menangis.

Aku mengejutkan anak anakku menyuruh mereka membersihkan diri dan segera masuk ke dalam kereta. Sambil itu aku mengemaskan barang barangku, terlintas dihatiku untuk menalipon suamiku, tapi aku batalkan niatku. Banyak buruk dari baiknya…maklumlah…. Jadi biarlah aku rahsiakan dulu.

Setelah mengunci pintu aku beredar dari rumah ibu mertuaku menuju ke rumah jirannya. Beliau terkejut bila aku kata nak balek ke KL diawal pagi ….lalu aku menceritakan apa yang belaku pada malam tadi. Apa yang aku alami tidak menghairankan mereka kerana mereka sering ternampak api pelita berjalan pada waktu malam ke rumah ibu mertuaku bila mana ibu mertua ku tak ada di rumah. Dan mereka pernah menyiasat siapakah yang membawa api pelita tersebut...tapi mereka hampa kerana tiada berorang. Bila siang mereka ternampak macam ada orang di dalam rumah tapi bila mereka tinjau tak ada sesiapa.

Aku mengucapkan terima kaseh pada mereka dan cepat cepat berlalu dari situ. Tak sanggup aku nak mendengarnya.....tentu banyak lagi cerita yang nak disampaikannya padaku. Biarlah mungkin lain kali aku boleh mendengarnya setelah aku benar benar bersedia. Apa yang aku mahu aku selamat sampai ke rumahku di KL.

Tiba tiba handsetku berbunyi…aku hanya membiarkan sahaja walaupun aku tahu itu panggilan dari suamiku. Aku tak mahu hilang tumpuan dalam perjalananku…maklumlah perjalananku masih jauh. Berkali kali dia telefon…anak anakku pula menyambung tidor mereka. Biarlah kalau dia nak marah marahlah yang penting aku selamat sampai kedestinasiku.

Setakat ini dulu...yer... bye…….

Wednesday, June 2, 2010

Belimbing Buluh

Khas untuk Ibu Sayang@chukaiwithlove... inilah pokok belimbing buloh kat belakang rumah kite kat Ampang. Kalau Ibu Sayang ke KL silalah singgah...bolehlah ambik buat benih. Buat masa ni buah tak banyak lagi...selalunya lebat...jika nak dtg kol dulu yer....

POKOK BELIMBING BULOH

Aisyara Spice Layered Cake

Hi everybody....how is ur day today...may u all are in great health today...

AISYARA SPICE LAYERED CAKE
New cake in the list.....the very special spice layered cake.....with my own recipe of spices ordered by Sue.
Its soft, moist and the aroma.....hmmmmm.....u can feel the softnest of the texture in ur mouth.....while eating the cake.

ZAEQA CHOC LAYERED CAKE

Ordered by Sue.....another cake that u'll never forget.... its delicious......the choc, the raisins and the softnest of the cake.....mmmm...its a nice combination.

Tuesday, June 1, 2010

Udang Masak Lemak Sayur Campur

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh......beberapa hari tak update blog...merajuk ngan internet..sekejap ada sekejap tak ada mcm biskut pulak. Dapat berkunjung rumah sahabat tapi tak dapat nak sembang sembang.....lpas tu hilang...hai...

Hari minggu yang lalu kite masak udang masak lemak sayur campur....jom layan...


UDANG MASAK LEMAK SAYUR CAMPUR

BAHAN2NYA
300 gm udang sedang - dibersihkan dan ditoskan
100 gm kacang buncis
1 biji lada banggala (capsicum) merah
1 biji lada banggala (capsicum) kuning
1 biji bawang besar
2 biji tomato
2 biji cili merah
1 peket santan
Garam dan sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk ditumbuk
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit udang kering
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk

CARA2NYA
Lada banggala, cili, tomato dan kacang buncis dipotong ikut suka. Bawang besar dipotong empat.  Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan kesemua sayuran tadi, kacau rata. bila sayuran dah layu masukkan udang dan santan . Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak. Tambahkan garam, setelah mendideh dan udang masak, angkat dan hidangkan.