Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kawan2...
diambil dari blog norzailina.blogspot.com....satu artikel yg baik untuk renungan bersama...
semuga menjadi panduan dan pedoman dalam hidup kita...amin
1-LALUAN MENUJU KE KUBUR
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)
2-LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
3-LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati
4-LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH
5-LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat
6-LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
7-LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
8-LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH
9-LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W
10-LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya
dari blog terapi-alfatah.blogspot.com
Followers
Friday, October 8, 2010
Tuesday, October 5, 2010
Terluka Dan Rindu
Hati terlalu rindu....rindu serindu2nya.....
Hati terluka..... teramat luka......
Rindu..........luka......terluka....
Bilakah rindu ini akan berakhir......
Bilakah luka ini akan berkubur......
Hati terluka..... teramat luka......
Rindu..........luka......terluka....
Bilakah rindu ini akan berakhir......
Bilakah luka ini akan berkubur......
Monday, October 4, 2010
Perasan
Membaca e-novel alina haizar ETDUS-Enggang Terbang Di Ufuk Senja- bab 32 terasa bahgia….Bercinta dipertengahan usia tak sama dgn percintaan semasa remaja…apatah lagi dgn keperibadian Johari…mengingatkan kite pada seseorang yg pernah kite sayang.... Begitu penyayang...begitu sabar...bertolak ansur...sentiasa bertutur dgn lembut...menghargai keujudan pasangannya...pandai mengambil hati…membuat jiwa begitu damai bila membacanya…terusik rasa…terbuai sanubari…masih adakah lelaki yang seperti Johari…..
Mana ada wanita yang tidak terpesona dengan lelaki yang begitu handsome, macho,kaya, ahli perniagaan terkenal dan yang paling penting tinggi keperibadiannya dan begitu teguh dengan cintanya….
Hai…kalaulah diriku belum berpunya……cehhh...perasan

Labels:
e-novel
OP73 Raya Gathering
Assalamualaikum kawan2 semua….dah melenakan diri ke..
Kite baru saja balek dari OP73 Raya Gathering at Tarjine Restaurant Jln Delima Off Jln Bukit Bintang Ampang…. Ramai yang datang menghadirkan diri, ada dari Sabah, Sarawak, Perlis, dan lain2 tempat…. Bertemu rakan2 lama yang dah berpuloh tahun tak jumpa amat menyeronokkan…mengingatkan kembali kesah2 lama ketika bersama… ada rakan2 suami yang dah bertukar isteri… ada yang menambah isteri… ada yang masih single dan ada yang membujang kembali… cepat masa berlalu… banyak perubahan pada diri masing2…
Majlis di host kan oleh Dr Nordin Ahmad dan isterinya Pn Imouyah Naima…tqvm to them..

Reunion
Saturday, October 2, 2010
BESARNYA makna DOA - semasa duduk antara dua sujud
Untuk dikongsi bersama.....Perkongsian dari email..
Dalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah SWT
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak..,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil... Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.... Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.... Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewa kan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
Terima kasih teratakimpianibu.blogspot.com kerana berkongsi ilmu.

Renungan
Friday, October 1, 2010
luahan rasa
Salamunalaik semua rakan blogger
Lama tak jumpa….apa khabar , harap semua sehat2 belaka…maklumlah baru lepas raya…tentulah ramai yg put on weight kan… Cuma mungkin poket aja yang belum sehat sepenuhnya….namun tak pa lah as long as we are happy….
Petang tadi ada seseorang menelefon hubby…sungguh ceria dan bersemangat menceritakan hal salah seorang keluarga terdekat beliau….menceritakan keruntuhan rumahtangga dan terbinanya mahligai baru orang itu.
Hati kite sungguh sakit bila dengar apa yang dia cakapkan…kerana isteri orang itu adalah kawan baik kite…dan kite tau apa yang berlaku sebenarnya.
Sesungguhnya dialah salah seorang dalang dan penyebab runtuhnya rumahtangga orang itu yang terbina berpuloh tahun….dah ada cucu pun bayangkan…dan sekarang mendoakan pula hubby agar ada jemaah wanita yang terpikat dgn hubby sebelum dia letak telefon….hmmmm gerammmmnya….
Apa patut di buat dengan orang yang mca ni ye...bukan muda dah pencen dah punya cucu pun...

Subscribe to:
Posts (Atom)