Followers

Wednesday, October 20, 2010

Ayam Masak Asam Pedas

Assalamualaikum....Selamat Sejahtera
Apa khabar semua...semoga sehat2 sahaja....
Mai makan kite punye... Ayam Masak Asam Pedas
Bahan2 nya
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan ditoskan
10 biji cili merah - jika nak pedas bolehlah guna cili padi merah atau cili kering
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji tomato biji - belah 4
sedikit halia dan kunyit hidup
sepokok sawi dan sedikit daun kesom
garam, minyak makan dan air asam jawa
Cara2nya
Kisar halus cili merah, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
panaskan minyak makan diperiok, setelah itu tumiskan bahan kisar tadi...
setelah garing bahan tumis...itu masukkan ayam dan tomato...biarkan ayam kecut sedikit.
masukkan air paras ayam...didehkan... setelah mendideh baru masukkan garam, air asam jawa, sawi dan daun kesom....tutup periok sebentar kemudian angkat... hidangkan.
memang sedap kuah dia...terasa buah tomato yang dah hancur...masam2 lemak gitu...

Thursday, October 14, 2010

Pada MU Ku Bersujud

Pada MU Ku Bersujud
By Afgan Syah Reza

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama MU
YA ALLAH

 Esok ataukah nanti
 Ampuni semua salah ku
 Lindungilah aku dari segala
 FITNAH
                    KAU tempat ku meminta
                    KAU beri ku bahagia
                    Jadikan aku selamanya
                    HambaMU
                   Yang selalu bertaubat
                 
                   Ampuni ku YA ALLAH
                  Yang sering melupakan MU
                  Saat KAU limpahkan
                  Kurniaan MU
                  Dalam sunyinya ku bersujud
Esok ataukan nanti
Ampuni semua salah ku
Lindungi aku dari segala
FITNAH
                 KAU tempatku meminta
                 KAU beriku bahagia
                 Jadikan aku selamanya
                 HambaMU 
                 Yang selalu bertaubat

                 Ampuni ku YA ALLAH
                 Ya sering melupakan MU
                 Saat KAU limpahkan
                 Kurniaanmu
                 Dalam sunyinya ku bersujud
PADAMU

lagu yang begitu berkesan dihatiku

Sunday, October 10, 2010

Order Tart Nenas

Assalamualaikum dn Selamat Sejahtera
Hari Minggu ni tentu ramai kekawan yg mendapat jemputan kan... kite pun hari ni ada jemputan di Senawang N.S... dgn jemputan hari raya di Bangsar... nak pergi ke tak...
Ni gambar tempahan biskut raya yang tertunggak...

Tat nenas yg ditempah oleh jiran Sazrina untuk jamuan hari raya ... sebalang 50 biji - RM25
menggunakan butter dn inti jem nenas yang dimasak sendiri... untuk hari raya ni kite masak 7x35biji nenas yg besar...naik kejong tangan2 ni... tapi tak pa puas hati...

Saturday, October 9, 2010

Sayur Bening dan Pais Ikan

Salam semua kawan2...
edisi tertunggak...

Sayur bening kacang panjang dan pais ikan selar kuning
bagi masyarakat Jawa cukup terkenal dgn sayur masak bening yang sering dimasak ketika cuaca panas masakan ini cukup mudah hanya dgn merebus air ditambah sedikit ikan bilis,bawang merah, bawang putih serta garam.
Paling sedap jika dimakan dengan ikan masin goreng, sambal belacan atau sambal tumis. Boleh juga ditambah dengan telor goreng kampung.....hemmmm.... tak nampak mak mertua lalu atau nenek kebaya datang pun tak takut...

Sayur Bening Kacang Panjang

Pais ikan ni adalah masakan orang Banjar...
resepi asal dari Pn Rashidah isteri Tuan Haji Besumah Bandar Saujana Putra,
terima kasih kak Shidah...

Bahan2:
7 ekor ikan selar-boleh juga guna ikan kembong atau ikan yang disukai
cili merah atau cili padi merah-ikut suka
sedikit belacan dan asam jawa
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
garam
daun pisang

Caranya:
Ikan disiang dan dicuci bersih, letakkan didlm daun pisang
kisar cili,bawang merah,bawang putih dan belacan. kemudian gaulkan dengan air asam jawa dan garam
tuangkan keatas ikan, gulung daun pisang tadi dan bakar. sedap dimakan ketika panas2

Oder Biskut Raya

Tempahan biskut untuk anak2 yatim oleh Rina pada hari raya lalu,...tat nenas piring, biskut coklat dan biskut jazz


Friday, October 8, 2010

10 Laluan Bagi Insan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kawan2...
diambil dari blog norzailina.blogspot.com....satu artikel yg baik untuk renungan bersama...
semuga menjadi panduan dan pedoman dalam hidup kita...amin

1-LALUAN MENUJU KE KUBUR

Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)

2-LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3-LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4-LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5-LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6-LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7-LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8-LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9-LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W

10-LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya

dari blog terapi-alfatah.blogspot.com

Tuesday, October 5, 2010

Terluka Dan Rindu

Hati terlalu rindu....rindu serindu2nya.....
       Hati terluka..... teramat luka......
              Rindu..........luka......terluka....
                       Bilakah rindu ini akan berakhir......
                                   Bilakah luka ini akan berkubur......