Followers

Friday, November 26, 2010

Karipap Pusing

ini bukan karipap kite buat sendiri
beli dari opah yg datang jual kerumah
dia bawak dua jenis produk beku...roti gulung sosej dgn karipap
rajin opah ni ... menjual dari rumah kerumah...selalunya tak sampai kejalan rumah kite...barangan diambil dari adik dia di Terengganu
suke dengan orang lama yang rajin mencari rezeki....tidak mengharapkan anak2 walaupun anak2 mampu menjaga mereka....

Saturday, November 20, 2010

Teka...Teki

Cuba Teka Apakah Ini.......
Siapa yang tau.....dapat hadiah
Hadiah dia apa......
Trip to Paris........
Ia ke
:
:
:
hahaha....manalah kite ada duit nak sponsor....
mcm Rizalman dapat sponsor trip to Paris..London
hu..bestnya....
:
:
:
kalau nak tau benda tu adalah roti prata yg digoreng dalam minyak yg banyak...ianya menjadi keras dan rangup tapi...ada tapinya
banyak minyak...kena toskan lama sikit
very nice..it's crunchy

Friday, November 19, 2010

Siapakah Anda DiDunia Ini

Salam Hari Jumaat......
kredit to muazkkgp.blogspot.com
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Jom kita nilai diri kita...dimana katogeri kita....

Wednesday, November 17, 2010

Ayam Masak Lemak Cik Milah

Assalamualaikum...Selamat Pagi
SALAM AIDIL ADHA
kepada semua sahabat handai dan taulan dialam maya ini dan diluar alam maya
semuga hari ini menceriakan anda semua.
Selamat berhari raya dikampung...jangan lupa makan BURASAK dan LEPAT LUEI ingatkan kite disini
Dipagi hari raya ni marilah kita masak
-------------------------------------------------------------
AYAM MASAK LEMAK CIK MILAH

Bahan2nya
1 ekor ayam-dpotong ikut suka, dibesihkan
2 biji bawang besar-dihiris bulat
5-10 biji cili merah-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
3" halia-dimayang halus
3 batang serai-dititik
sedikit kacang buncis
1 biji kelapa-diambil santannya
cili padi jika suka
sedikit air asam jawa,garam,gula dan minyak makan
Cara2nya
Ayam yang sudah dibersihkan digaul garam dan kunyit lalu digoreng jangan terlalu garing. Setelah itu ambil lebihan minyak goreng ayam tadi, tumiskan bahan2 hiris, halia dan serai hingga berbau wangi. Masukkan santan dan ayam goreng tadi jangan lupa dikacau selalu agar tidak pecah santan. Kemudian masukkan kacang buncis,garam,gula dan air asam. Boleh bubuh cili padi jika suka.Rasalah masam,masin dan manisnya barulah diangkat dan hidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas dan dimusim panas,boleh juga dimakan dengan roti...selamat mencuba...

menjadi kegemaran seisi keluarga.

Sunday, November 14, 2010

Seminit Berfikir

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bertemu kembali dipagi minggu ini...semuga kalian semua berada didalam kerahmatan ALLAH jua. Kali ini kita merenung dan mengambil iktibar dari tulisan aspanaliasnet.blogspot.com...tq .

Berfikir Sejenak Lebih Baik Daripada Beramal Sepanjang Malam

Bagi orang-orang yang zuhud dan yang muktabar mereka selalu mengajar murid-murid mereka supaya berusaha menjadi orang yang ikhlas dan jujur sesama manusia. Apabila kita jujur dengan manusia yang lain maka sekaligus kita adalah seorang yang jujur kepada yang Maha Esa. Tiada siapa yang mengetahui sejauh mana kejujuran seseorang itu melainkan diriNya yang sebenarnya.

Tahap kejujuran itu hanya akan sampai apabila kita telah melakukan penyucian terhadap diri kita melalui ibadah pada zahirnya dan amalan pada hakikatnya. Jika kain dan baju kita itu kotor maka cara membersihkannya ialah dengan membasuh dengan air dan sabun pencuci. Tetapi penyucian diri kita itu hanya boleh dilakukan dengan mengamalkan zikirullah secara intensif yang merupakan solat berterusan yang dinamakan dalam kajian hakikat sebagai Solatul Daimun.

Bertawajjuh dan bertawassul kepada Allah merupakan satu amalan yang dituntut bagi kita menjolok rahmat Tuhan dan seterusnya kita berharap dibukakan hijab untuk menjadi orang yang ikhlas dan jujur dalam semua penghidupan termasuklah bidang siasah dan politik yang melibatkan manusia ramai. Itulah amalan pemimpin-pemimpin besar Islam zaman dahulu dan kebesaran gagasan dan jajahan takhluk Islam dilakukan oleh pemimpin-pemimin yang sentiasa bersama Tuhan.

Lain-lain perkataan pemimpin-pemimpin Islam semasa itu sentiasa berada bersama Tuhan dalam segala kehendak kehidupan mereka. Kesebatian mereka dengan unsur ketuhanan mereka sangat tinggi; ibaratnya, kalau tidur dibuat bantal, kalau berjalan dibuat tongkat. Inilah pakaian hidup pemimpin-pemimpin besar Islam dahulu kala yang mampu menakhluki sebahagian besar dunia ini dan mengembangkan Islam di merata pelosok dunia ini.

Kita berbalik kepada unsur ikhlas tadi. Sifat ikhlas ini merupakan sifat Tuhan yang Maha Esa dan mereka yang zuhud sahaja yang boleh dikategorikan sebagai ikhlas. Walaupun ramai di antara kita yang mengaku bahawa mereka serta perjuangan mereka adalah ikhlas hakikatnya yang ikhlas hanya mereka yang sudah sampai kesucian batin dan qalbi mereka sahaja.

Tindakan seorang yang ikhlas itu bersandarkan kepada 4 landasan yang dibahagikan kepada 2 elemen yang berbeza:-  2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat dan 2 lagi yang kita mesti lupakan sepanjang kehidupan kita.

1. 2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat kita ialah baik orang kepada kita. Satu lagi ialah jahat kita kepada orang. Mengingati baik orang kepada kita itu merangkumi sifat berterima kasih dan sifat syukur. Mengingati jahat kita kepada orang lain sepanjang hayat kita ialah untuk membina sifat taubat dan menyesal di atas tindakan jahat kita kepada manusia lain.

2. 2 perkara yang kita mesti lupakan sepanjang hayat kita ialah baik kita kepada orang lain dan jahat orang kepada kita. Melupakan baik kita kepada orang lain merupakan sifat ikhlas dan jujur yang dituntut oleh Tuhan kerana jika kita ikhlas dan jujur segala perbuatan kita itu tidak minta diingati mahupun minta dibalas. Ianya semata-mata kerana keredhaan kita sebagai makhluk Tuhan yang dikatakan sebagai secantik-cantik kejadian. Melupakan jahat orang kepada kita ialah untuk membina sifat pemaaf atas kesalahan manusia lain terhadap kita.

Perkara-perkara yang disebutkan di atas ini merupakan elemen kesempurnaan sebagai insan yang diberikan tanggungjawab menjaga kesucian dan kerahsiaan Tuhan dan jika ada di kalangan kita mempunyai ciri-ciri ini dalam kehidupan kita maka kitalah sebenarnya yang menguasai segala apa yang baik yang diturunkan oleh Allah melalui Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi serta Aulia-Aulia dan Wali-WaliNya.

Dalam konteks ini maka kita lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin boleh bertafakkur walaupun sejenak untuk meletakkan kita di mana yang sepatutnya diletakkan. Bertafakkur dan berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam. Itulah satu dari Firman ALLAH SubhanaWataala.
Kredit to aspanaliasnet.blogspot.com

Preettt....Banguuun Cepattt



Sesiapa yang solat SUBUH berjemaah…

” Man sollal fajr fi jama atin fahuwa fi zimmatillah”. Ini hadis Rasulullah saw.

Sesiapa yang solat subuh berjemaah, dia akan berada dalam jagaan Allah sepanjang hari tersebut.

Ini yang perlu di letakkan dalam diri kita sebagai seoarang lelaki.

Cepat, cepat, cepat......jangan ketinggalan.....siang semakin teraaaanggg....

kutipan artikel dari al-Makki.wordpress.com...tqvm

Friday, November 12, 2010

Amaran...Amaran...Amaran

Assalamualaikum...

AMARAN PADA KAUM WANITA


Amaran pada kaum wanita dan kepada semua kaum perempuan yang memandu. Kes ni betul2 menakutkan. Kisah ini betul2 terjadi kat Penang. Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisahnya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak. Sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar, seorang pekerja kat situ buat pengumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit. Pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun. So perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik. Tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam.

Perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam. Sebaik aje dia masuk kat dalam dia mula marah kat pekerja tu, lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya. Nak tau apa? Sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis. Perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia.

Sekarang ni ada laporan yg mengatakan yg sekarang ni ada gang yang amik body part orang pompuan. Salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta orang perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!! kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu.

Satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang. Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri. Sila panjangkan entri/email ini pada sesiapa yg anda kenali. Bagi kaum perempuan elakkan keluar berseorangan diwaktu malam.

Ingatan dari sufyrayyan.blogspot.com...terimakasih.