Followers

Sunday, November 28, 2010

Penggemar Teh Tarik....Waspada

TEH TARIK PERISA BABI
Memang ada logo halal JAKIM...tapi kata kawan logo tu pun boleh jual beli (diperdagangkan). Dan jikalau tengok logo dan nama (trade mark) tu memang meragukan (syubahah). Kalau ada orang lain nak beli n minum juga apa yang kita boleh buat.
Memang kecoh emultional E471 ni sejak bertahun2. Ada yang kata kod itu untuk lemak babi (sama status dgn khinzir). Agen E471 berperanan kasi tahan lama (tak basi) so tempoh luput boleh dilanjutkan.

Nota kaki : Nasib baik tak terbeli... last minute munna ambil teh tarik power root
tq Munna80 for sharing....frm manmunna.blogspot.com

Honey Banana Pancake

Salam semua....Goodnight
Hujan lebatnya diluar...lapar pulak..
Tapi tak kan nak makan lempeng ... malam2 ni
he he...sebenarnya ini masakan kitepagi tadi

Honey Banana Pancake
senang aje buat dia...ambil pisang masak dilecek...campurkan dengan susu pekat, gula pasir,baking poder,madu dan tepung gandum yang telah diayak.
gaul rata...jika agak keras adunan bolehlah dicampurkan sdikit air...perapkan selama 20 min.
panaskan kuali leper...ambil 2 sendok tuang kedalam kuali...leperkan
jika sebelah dah kecoklatan, balekkan ...angkat setelah masak
hias ikut suke.

kakak dgn adik yg suke makan pancake...
jom makan....makan.... lempeng pisang bermadu.....



Bahaya Wahabi - Siri Menambah Ilmu

Sanggah Fatwa Wahabi Bodo "Takbir Raya Berjemaah Bid'ah MASUK NERAKA"


( http://www.binbaz.org.sa/mat/8690 )

Jangan percaya apapun yang datang dari Wahabi kerana mereka adalah golongan yang telah diisyaratkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad SAW bahawa di Najd terbitnya tanduk syaitan dan Wahabi bermula ajaran mereka disana. Wahabi juga gemar mengebom mati umat Islam dan membunuh ulama Islam.

Manakala hukum bertakbir raya pabila waktu menjelang masanya pada raya puasa dan raya haji adalah disyariatkan, digalakkan dan juga disunatkan. Antara dalilnya adalah ;

- Imam Bukhary meriwayatkan dalam sahihnya pada Kitab Jum'ah bahawa Saidina Umar bertakbir dikubahnya ketika di Mina kemudian umat islam ahli Masjid turut bertakbir begitu juga mereka yang di pasar sehingga kawasan Mina dipenuhi laungan bersama dengan bunyi takbir.

- Imam Bukhary juga meriwayatkan dalam sahihnya pada Kitab Al-'Idain bahawa Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah mereka berdua keluar ke pasar pada hari ke sepuluh zulhijjah (raya korban)lantas mereka berdua bertakbir dan kemudian masyarakat bertakbir bersama takbir keduannya (iaitu takbir berjemaah).

- Dalam kitab dan bab yang sama juga Imam Bukhary meriwayatkan lagi bahawa Maimunah bertakbir pada hari raya korban dan wanita-wanita bertakbir bersama belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz pada malam-malam tashriq bersama para jemaah lelaki dan masjid.

- Ummu 'Athiyyah (sahabiah Nabi)berkata: Kami diperintah untuk keluar pada hari raya sehingga anak dara juga keluar dan juga wanita haid kemudian berada di belakang orang ramai dan wanita bertakbir beramai-ramai bersama takbir mereka (lelaki2). Dalam riwayat Muslim (hadith nom 890) menyebut mereka bertakbir beramai-ramai bersama-sama para jemaah lelaki.

Kesemua di atas merupakan dalil bahawa harus dan digalakkan bertakbir secara berjemaah bahkan disunatkan seperti mana ia zahir dari dalil2 tersebut.

Kemudian pandangan dalam mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafie&Hambali) membuktikan bahawa hukum bertakbir raya beramai-ramai berjemaah merupakan sesuatu yang diharuskan bahkan digalakkan.

1- Mazhab Hanafi: "Bertakbir pada hari Tasyriq merupakan satu kewajipan keatas lelaki dan wanita sekali dan jika melebihi sekali ia lebih afdhal dan takbir raya itu dilakukan secara BERJEMAAH atau berseorangan" Rujuk Hasyiah Ibnu 'Abidin 'Ala Ad-Durri Mukhtar 2 m/s 177-179.

2- Mazhab Maliki: Bertakbir raya disisi kami (mazhab malikiyyah) adalah dilakukan oleh semua orang secara berseorangan atau BERJEMAAH. Rujuk Majmu' Syuruh Muwattho' j 11 m/s 405.

3- Mazhab Hambali: Bertakbir secara jahr (nyaring) merupakan sunnah. Rujuk Matolib Ulil Nuha 1/802.

4- Mazhab kita Mazhab Syafie' : Syeikh Islam Zakaria Al-Ansari, Imam Nawawi bahkan Imam Mujtahid Mutlaq Imam Asy-Syafie sendiri menyatakan bahawa bertakbir raya beramai-ramai secara berjemaah di masjid atau selainnya merupakan sesuatu yang digalakkan, di haruskan disunatkan juga pada selepas setiap kali solat 5 waktu pada hari2 raya tersebut. Rujuk Al-Um jilid 1 ms 264,275, 276, Asna Al-Matalib j 1ms 284 & Syarh An-Nawawi ' Ala Muslim j 6 ms 179.

Maka selepas ini Wahabi perlu menahan lidah mereka dengan mengigitnya agar tidak cepat menghukum umat Islam sebagai pelaku bid'ah sedangkan Wahabi lah ahli bid'ah yang suka mengkafirkan umat Islam dan mmbawa akidah tashbih kononnya Allah itu lemah serupa dengan makhluk. Awas! jangan ikut Wahabi!.
wassalam.

Di sebarkan oleh abu-syafiq.blogspot.com---silalah ke blog beliau untuk penerangan lanjut tentang wahabi

Saturday, November 27, 2010

Penggemar2 Ikan Keli...Waspada

Perbezaan Ikan Keli Memakan Bahan Haram dan Halal
Kiriman in datangnya dari rakan Buaya Merah.....Sebagai berkongsi info...
n tq to Buaya Merah from me....



Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

1• Kepala berbentuk 'V'
2• Bentuk badan mirip torpedo
3• Badan berwarna hitam berkilat
4• Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
5• Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
6• Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)



1• Kepala berbentuk 'U'
2• Bentuk badan tirus
3• Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
4• Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
5• Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
6• Digoreng tidak meletup

Tetamu Yang Tak Diundang

 Assalamualaikum ...... morning3 to all bloggers.....

Monkeys In The Town

yea...lihatlah siapa yang datang bertamu.....dirumah jiran depan rumah kite kat Ampang....
dalam hujan renyai2 petang semalam kelihatan beberapa ekor  sedang bergembira bergayutan diruang menyidai kain rumah tu...nasib baikla tak ada kain baju yang tersidai....kalau tak.....
1st time kite jumpa mereka2 ni datang sini.....kesian mereka ni mencari makanan yang hapir pupus ditempat mereka.....
ya lah diatas sana berhampiran Kelab Golf Darul EhsanTaman TAR Ampang Jaya....tempat tinggalnya hampir terang....jadi terpaksalah mereka2 ni ke town pulak tuk cari makanan....tak teringin ke nak ambik jadikan anak angkat...he3...


Friday, November 26, 2010

Hati Ku Yang Retak

Assalamualaikum....
Ceria malam sabtu yang berhujan lebat......
Hati Ku Yang Retak...betul ke? Ooooooo...tak de saje gempak..sebenarnya kite nak menceritakan tentang Nilai Sekeping Hati yang ditulis dan diambil dari blog 'ymsagasama.blogspot.com'.

Nilai Sekeping Hati




Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalmu." [Riwayat Muslim]

Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada. Bagaimanapun Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.

Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kekotoran batin dan maksiat, padahal Allah SWT hanya memandang hati mereka seperti firman-Nya dalam Surah Asy-Syams, ayat 7 hingga 10."

Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan.

Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah SWT yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa Kah Dia



Anak siapakah ini ...pagi2 lagi dah muncul kat sini....
kesiannya.....