Followers

Monday, July 18, 2011

Kaya....Terkaya....

Assalammualaikum....
Apa khabar semua rakan2...moga di petang Isnin ini...  petang yang menggembirakan anda semua....
mengapa tidak... sebagai wanita kita sama2 tumpang gembira dan berbangga dengan rakan kita yang berada di Benua Australia...
Jom kita baca kisah beliau...semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi hidup kita...

Bakal Menjadi Wanita Terkaya di Dunia


Gina Rinehart, kepala Hancock Prospecting (www.news.com.au)

VIVANews - Seorang wanita pengusaha bijih besi di Australia dikatakan akan menjadi wanita terkaya di seluruh dunia. Keuntungan di tiga projek perlombongannya dikatakan akan mengatasi beberapa perusahaan lombong bijih besi ternama di bidang ini.

Dipetik dari laman News.com.au, Jumaat, 24 Jun 2011, Gina Rinehart, pemimpin perusahaan Hancock Prospecting Australia akan menjadi penguasa di bidang perlombongan bijih besi dunia. Menurut Citigroup, perusahaan lombong yang dipunyai Gina adalah salah satu dari lima perusahaan lombong terbesar dunia.

Selain Hancock Prospecting milik Gina, lima projek lain itu dipegang oleh perusahaan BHP Billiton, Rio Tinto, Xstrata dan AngloAmerican. Semua perusahaan ini dimiliki bersama oleh beberapa orang pemegang saham, namun Hancock Prospecting adalah milik Gina seorang. Sebagai pemilik saham tunggal, Gina bakal mendapat  keuntungan yang luar biasa.Tiga projek perlombongan  tersebut baru akan dimulai pada tahun 2013 dan 2014. Belum lagi dimulai, tiga projek ini telah pun masuk kedalam senarai 10 projek perlombongan terbesar dunia. Dianggarkan hasil yang akan diperolihi melangkau puluhan juta ton bijih besi.

Dengan kekayaan yang sedia ada, wanita berusia 57 tahun ini,adalah wanita pertama terkaya di Australia versi majalah Business Review Weekly (BRW) dengan jumlah kekayaannya AUS$10,3 juta atau lebih kurang RM25.75 juta.Tetapi dengan projek perlombongan ini pula, Citigroup meramalkan keuntungannya akan menjadikan Gina wanita terkaya di planet bumi ini.

Cuteoven: macam mana ye nak jadi seperti beliau....

Wednesday, July 13, 2011

Surah Yassin : Ayat Ke 58

Assalamualaikum....

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58...



Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58
surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak
7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan
Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku...
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai Islam...
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat...
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini...
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin ...
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin...
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnnn.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah."

Terima kasih pada yang empunya artikel...maaf lupa siapa dia

Monday, July 11, 2011

Al-Quran.

Kenapa Tony Blair Baca Al-Quran Setiap Hari ?


 Assalamualaikum....
Sesuatu yang patut kita kongsi bersama ....dan menjadikannya sebagai amalan kita sehari hari...
diambil dari blog 'ultrasia.blogspot.com.'

Minggu lepas Ustaz Rosli ada memberitahu di dalam kelas pengajian agamanya yang mantan perdana menteri Britain, Tony Blair sekarang nie tengah sibuk dok baca al-Quran setiap hari. Terkejut jugak aku dengar statement macam tu. Yelah, orang non-muslim membaca al-Quran tiap2 hari.So, aku terus search kat internet pasal isu nie. Rupa-rupanya ramai blogger dah tulis pasal isu nie. Agama Islam juga sekarang ini sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat dan Eropah. Ini mungkin disebabkan oleh kesan serangan secara haram kerajaan Amerika Syarikat terhadap negara-negara Islam Selepas Peristiwa 9/11. Lagi banyak diorang takluk negara Islam, Lagi ramai rakyat diorang yang masuk Islam. Mungkin inilah yang dikatakan rahmat dari Allah s.w.t.

Ok, berikut adalah petikan yang aku cedok dari kelab greenboc....

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama.

Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) - memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama.

Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti tersiar dalam DM. "Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif."

Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel.

Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Pada tahun 2006, beliau memuji al-Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan.

Lauren Booth
 Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya memeluk Islam setelah mengalami 'pengalaman spiritual' ketika melawat sebuah tempat suci di Iran. –VIVAnews

p/s: mudah-mudahan Allah beri petunjuk untuk si Tony Blair ni, Insyaallah...

cuteoven: Amin....tq ultrasia atas kesudian berkongsi maklumat...

Thursday, July 7, 2011

Terkejut!!!!

Assalamualaikum... Lamanya kite tinggalkan sini...rasa rasanye dah lebih sebulan tak update blog...huhuhuhu menangis kite....
rindu lama tak bersama kawan-kawan. Apa khabar u all selama ini....sehat ke kalian... moga2 kalian semua sehat walafiat...

Surau Tempat Ibadah

Tadi pagi selepas balek dari surau dibelakang rumah....hubby membawa berita yang sungguh mengejutkan......" Sepasang Teruna Dara Ditangkap Didalam Bilek Air Surau Petang Semalam" apa yang lebih mengejutkan .....mereka adalah pelajar dari sebuah Sekolah Agama Swasta di kawasan kediaman kite di Ampang. Perkara ni disedari oleh Pak Imam bila pasangan ini tak keluar keluar dari bilek air perempuan sejak dari Zohor hingga Asar. Setelah puas Pak Imam ketuk pintu suruh keluar, mereka tak keluar juga lalu dipanggil Polis...tapi mereka tetap berdegil tak mau keluar.

Bila Polis ugut nak panggil Bomba, barulah mereka buka pintu......Astagfirullah..terkejut sungguh Pak Imam dan semua yang ada..Budak Perempuan tu punyalah puteh melepak...puteh yang tak pernah Pak Imam lihat (mengikut kata dia)...begitu cantek. Setelah keluar mereka terus melutut kat Pak Imam agar tidak memberitahu ibu bapa mereka....lalu Pak Imam lepaskan mereka dengan amaran jangan buat lagi. (Pak Imam ni lembut hati bila dah merayu2 begitu).

Teringat kite dengan kawan kite En Mat....dia ni pernah bekerja di Telekom....ada seorang gadis tu berminat sangat kat dia,merayu rayu nakkan dia....sampai sanggup meminang dia. Gadis ni punyalah puteh melepak sampai nampak urat2 diwajah dia....cukup cantek...bukan saja cantek, pandai pula... lulusan dari Sekolah Maahad di Kelantan bertudung labuh dan dia orang Kelantan. Tapi sayang kawan kite ni tak berminat nak tambah isteri...walaupun masa tu isterinya kena stroke... bagi dia, dia hanya mencari rezeki bukan mencari isteri... sampai la ni pun dia tetap setia...isterinya pun dah sembuh.... Dia ni dulu aktif dalam perniagaan direct selling...dan gadis ni adalah down line dia.

Susah kan nak cari lelaki aka suami yang begitu....(bila ikan datang menyerah diri)

Saturday, May 14, 2011

Perginya Tidak Akan Kembali

Assalamualaikum....

Melihat dia bagaikan melihat Natrah diSingapura... anak orang putih yang dibesarkan oleh orang Melayu Mesing(kalau tak silap kite)....cantek dan manis orangnya... kariernya bukan lah sebagai penyanyi tetapi sebagai seorang pendidek(guru) kemudian beralih kebidang perniagaan makanan.. lagu 'Penawar Rindu' adalah lagu hit beliau.

Perginya sekuntum bunga yang tak akan kembali lagi...ORCKID ABDULLAH

Dari blog ibm-akusayangumno.blogspot.com...tq

ALFATIHAH.
Derita Orchid berakhir.........

Artis Veteran, Datuk Orchid Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang jam 12:30 tengah hari semalam.Beliau meninggal kerana menderita penyakit tumor sejak empat tahun lalu.
Menurut anak bongsunya, Nur Shafinaz Mokhtar, 31, ibunya dimasukkan ke hospital berkenaan jam 2 pagi setelah keadaannya semakin kritikal.

Menurutnya, selain tekanan darah yang rendah, kandungan gula dalam badanya juga semakin menurun walaupun telah dimasukkan glukos ke dalam badannya. Katanya lagi, sistem dalam badan ibunya bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hidup sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Orchid Abdullah di semadikan di tanah perkuburan Taman Keramat AU1.

IBM : Industri seni kehilangan seorang lagi bintang tersohor di era 60an. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh dan beriman. Amin..!!
Allahyaraham semasa terlantar di Hospital.

Dari Cuteoven: Beliau adalah kakak ipar kepada Datin Zamzamah Hj Omar...isteri Dato' Ahmad Haron... Dan beliau adalah isteri kepada Dato' Mokhtar Hj Omar
Takziah dari kami sekeluarga....ALFATEHAH...

Monday, May 9, 2011

Hati Ibu...Tiada Siapa Yang Tahu

Bila membaca cerita dari 'cetusanrasa-nba' terasa sebak dada ... menangis dalam hati ... sayu mengenangkan diri sendiri... apakah akan berlaku perkara yang sedemikian. Apakah anak cucu akan lebih memikirkan 'tembolok' mereka sahaja...dari orang yang lebih tua dari mereka...IBU dan AYAH.... hanya ALLAH yang maha mengetahui.. kite hanya boleh merancang dan berdoa serta berharap yang baik sahaja....Insyaallah...



Kerak Nasi Untuk Ibu



Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti


Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.


"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."


Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.


Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.


Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.


Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.


Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai... aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi. Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera ... semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..


Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku : Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."


Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"


Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."


Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."


Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'


"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'


Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.


Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..


Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..

"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

Cerpen ini dipetik dari http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/1391-kerak-nasi-untuk-ibu.html
Terima kasih dari cetusanrasa-nba.blogspot.
 
SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU ... untuk semua ibu-ibu di seluruh dunia...

Thursday, May 5, 2011

Jangan Terburu-buru

Assalamualaikum.....
Apa khabar rakan2 semua....
Dimalam yang hening dan syahdu ini, kite nak kongsi satu artikel yang boleh dijadikan panduan dan tauladan pada kita semua...terutamanya yang punya anak2 yang masih bersekolah..Tak kiralah sekolah tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah...
Walaupun perkara ini dah lama berlalu, kerana kite baru saja terjumpa jadi...ada baiknya kite siarkan...
Artikel yang kite ambil dari 'blog yangazmah.blogspot.com'  semoga apa yang ditulis beliau memberi menafaat pada kita semua.Terima kasih kepada beliau...

Didiklah Guru-Guru Kita ....


Untuk kepentingan Pendidikan Negara Malaysia yang tercinta, Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dicipta.

"Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika sedang menyiasat kes kecurian." Petikan dari blog terima kasih.

Berita ini sangat mengejutkan, bukan sahaja di Perlis tetapi gempar seluruh Negara. Dimanakah salah dan silapnya hingga terjadi kejadian demikian. Siapakah Yang Hendak Disalahkan? .

Guru tersebut ?


Murid tersebut ?

Keluarga murid tersebut ?


Pengetua sekolah tersebut ?


Guru2 sekolah tersebut ?


Sistem pengurusan sekolah tersebut ?


Sistem Pendidikan di negara kita ?


Kejadian telah pun berlaku, kita berdoa semoga tidak berlaku lagi hingga menyebabkan kematian kepada anak murid kita. Kita selalu beranggapan sekolah dan asrama adalah tempat yang selamat untuk anak kita.

Kita mengharapkan siasatan dapat dijalankan dengan penuh keadilan dan pihak berkuasa tentu dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. Menjadi pengajaran kepada semua pihak agar perkara ini tidak berlaku lagi.

Kisah ini berlaku pada anakku, Anakku dituduh oleh kawannya mencuri wangnya, kebetulan diletakkan dalam kotak pensilnya, sebanyak RM6.00. Guru kelas memanggil anakku, mungkin penyiasatan dijalankan .... bertubi-tubi kali tanya dan disoal. Mengikut anakku, dia menerangkan itu wangnya yang dikumpul dari wang belanjanya setiap hari. Kata gurunya memanglah orang mencuri mana mengaku dirinya mencuri. Ini menyebabkan anakku sangat sedih.... balik ke rumah masih sedih.


Perubahan itu memang ketara sekali, Aku pun menyoal siasat.. aku pun takut juga, Kut kut dia yang mengambil wang tersebut. Dia menerangkan setiap hari dia mengumpulnya. Aku tanya apa yang dibelanjanya setiap hari.... dan lain2 soalan yang relevan .


Apabila aku berpuas hati barulah aku ke sekolah berjumpa dengan gurunya. Aku sanggup membayarnya sekiranya guru terus menuduhnya, aku anggapkan sebagai sedekah.


Setelah guru menyiasat dengan saksi-saksi sekali barulah dapat keputusan yang anakku bukan mencurinya dan ada perkara lain yang menyebabkan duitnya hilang. Bagaimana sekiranya aku tidak ke sekolah berjumpa dengan gurunya.. tentulah dia yang dituduh.


Bagaimana dengan budak lain kalau sekiranya dituduh dan ada saksi2 yang palsu, tidak memberitahu ibu bapanya, tentulah ia akan menerima hukuman, walaupun ia tidak bersalah. Kadang-kadang penyiasat memaksa dia mengaku...inilah perkara-perkara yang perlu ditimbangkan dalam kes-kes demikian di sekolah.


Ini hanya satu kes kecil yang berlaku, nampaknya sangat ringan tetapi memberi impak yang sangat besar kepada kanak-kanak , kesan pada jiwa mereka, emosi mereka terganggu dan kemungkinan tingkahlaku mereka juga berubah.


Oleh yang demikian kita mengharapkan pihak sekolah memberi tunjukajar yang mantap kepada guru-guru agar mereka dapat Ilmu yang sepatutnya mereka ada. Jangan tangkapmuat saja bila melantik guru-guru berkaitan. Kita kena memberi keadilan kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa supaya tidak berlaku lagi perkara-perkara yang sepatutnya tidak berlaku di bsekolah sebagai tempat yang selamat untuk
murid-murid dan guru-gurunya.