Followers

Friday, December 2, 2011

Dimana Matahati 1

pic. from google

Pagi yang cerah memeriahkan suasana alam, matahari memancar terang tanpa awan yang ingin menutupinya. Kampong Indah terasa sunyi, sunyi bila anak anak sudah ke sekolah dan yang dewasanya pergi bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Kebanyakkan yang tinggal di kampong ini adalah guru guru yang mengajar di sekitar bandar dan kampong di daerah ini . Ada juga bekerja di  kebun sendiri, ada yang mengambil upah membersihkan kebun orang, ada yang berniaga kedai makan, ada yang bekerja kerajaan, ada yang mengambil upah menjahit baju dan ada yang melongo sahaja. Macam macam perangai masyarakat kampong ni, tetapi ibu tak rajin bercampur dengan orang kampong, bukan sombong tetapi malas dan banyak kerja.

Setelah siap membasuh kain dan menyidainya, ibu mengambil penyapu dan tajak* lalu menajak rumput dihalaman rumah. Begitu tekun ibu menjalankan kerjanya tanpa sedar ada orang lalu didepan rumah dia.  Memang rumah ibu hampir dengan jalan, sesiapa yang ada didepan akan kenal orang yang melalui jalan tersebut.

'Menajak ke Cek Minah?' tegur Cikgu Esa pada ibu.

'Iye...dari mana Cikgu?'

'Dari Simpang beli barang sikit?' jawab Cikgu Esa, berhenti sebentar nak bersembang dengan ibu. Dari masa dia kerja lagi, kemana-mana hanya dengan basikal hinggalah dia pencen masih lagi berbasikal.

'Nak masak apa?'

'Entah Nun dengan Leha tu tak tau aku...aku pakai beli aje...engkau dah masak ke?'tanya Cikgu Esa lagi. Memang dah jadi tradisi Cikgu Esa akan masak banyak satu satu lauk yang di masak di sebabkan adik beradik dia akan datang makan setiap hari. Kakak dia Cek Mejah dan suami Pakcik Embok Lauk(tak tau nama sebenar)  yang tinggal sebelah rumah, Long Tina dan suami Paklong Rahmat yang tinggal di hilir berhampiran rumah emak dan Ngah yang tinggal dengan dia.Dalam keluarga hanya Cikgu Esa yang bekerja dengan kerajaan, Cek Mejah dan suami hanya menoreh getah dan Long Tina  mengambil upah kopek pinang muda. Selalu juga anak ibu yang tua Noriah, mengikut Long Tina mengopek pinang tapi bukan kerja, 'mengacau'.

'Belum...kejap lagi... Apek ikan dah lalu belum? memang ibu setiap hari akan membeli ikan dari Apek ni. Sebut aje ikan apa yang di kehendaki pasti Apek akan membawanya. Bukan saja ibu malahan sebahagian besar orang kampung akan berlanggan ikan dengan Apek ni termasuklah Cikgu Esa. Apek ikan akan pusing keliling kampong dengan basikalnya.

'Belum...Apek ikan lambat..tengah hari baru sampai... tak pelah Minah...aku balek dulu.' jawab Cikgu Esa...lalu mengayuh basikalnya pergi.

Ibu melengong sambil memerhatikan Cikgu Esa pergi, kawan baik abah dari muda hingga kini. Bertahun mereka mengajar di sekolah yang sama, sejak abah mula mengajar hinggalah Cikgu Esa pencen dan abah di tukarkan kependalaman. Walaupun abah jauh lebih muda dari dia namun keakraban mereka tidak dapat di pertikaikan, kemana pergi berdua, baik pergi mengajar atau menge'teh' di Simpang sambil berbasikal, abah pun hanya memiliki basikal aje. Bila di ajukan kenapa abah tak nak beli motor atau kereta, abah akan menjawab banyak burok dari baiknya... banyak belanja.

Semasa mengajar di pendalaman ni  pun abah hanya berbasikal, pergi di awal pagi yang masih gelap dan balek setelah zohor hampir menghilang. Abah akan singgah di surau untuk solat zohor dan bila hujan turun, maklumlah abah ikut jalan 'short cut' jalan benteng tali air. Jalannya tidak bertar, bila panas berdebu dan bila hujan berselut, kiri kanan jalan hanya semak samun. Rumah orang agak jauh di antara satu sama lain, demi tugas abah gagahkan juga.Begitulah rutin hidup abah sehari-hari, hampir dua tahun abah di sekolah tersebut, hinggalah abah jatuh sakit.

Ibu tersedar dari lengongan yang panjang, lalu menyimpan tajak dan penyapu yang tidak sempat di gunakan tadi. Sambil tu ibu mengintai jam di dinding dari tingkap dapur, dah hampir pukul sebelas pagi. Belum sempat ibu masok kedalam rumah, kedengaran bunyi loceng basikal, krinngg kringgg kringgg. Hah Apek ikan dah datang, bisik ibu dalam hati.

'Ikan ape Pek?' belum sempat lagi Apek tu turun dari basikalnya, ibu dah menyoal.

'Tinggat ikan tenggili....cencalu dengan gelama'. jawab Apek dengan pelat.

'Bagi lah gelama dua kilo'. ujar ibu.Ibu memang suka ikan gelama, kalau ada macam-macam cara ibu masak.

'Gelama ..tenggili tatak mau ke'. tanya Apek sambil mengambil dacing lalu di sangkutkan di bakul ikan, kemudian dia membungkus dan menimbang ikan, lalu di berikan pada ibu.

'Tak mau la... esok aje...ha jangan lupa Pek..esok bawak sekali ikan kembong ye'. jawab ibu

'Hah' jawab Apek sepatah lalu pergi.

Ibu masuk kedapur, meletakkan ikan di sinki lalu ke rak pinggan di  tepi pintu mengambil papan pemotong dan mangkok plastik. Habis menyiang dan membersihkan ikan, ibu menggaulkan ikan dengan kunyit dan garam lalu ibu biarkan ikan untuk diperap. Ibu naik keatas rumah untuk mengambil tuala dan kain batik lalu kebilek air untuk mandi. Selesai membersihkan diri dan berdandan, ibu kedapur semula untuk menggoreng ikan.

Dalam masa menggoreng, ibu sempat merebus keledek yang telah dikopek dan dipotong kecil-kecil, untuk dimasak dengan daun pucuk manis. Ibu bubuh sedikit ikan bilis, sedikit belacan, hirisan bawang merah dan bawang putih dan sedikit garam kedalam rebusan keledek tadi. Bila dah mendideh dan keledeknya empok, ibu masukkan daun pucuk manis dan menutup apinya.

Setelah semua ikan habis di goreng, ibu pun menyiapkan bumbu* untuk ikan masak kicap. Anak-anak ibu kecuali Amar,cukup suka dengan ikan masak kicap. Walaupun masakan ibu simple tapi sedap, ibu mengambil sedikit lada hitam, bawang putih, halia di tumbuk halus, bawang besar di hiris bulat setelah dibersihkan. Dengan kuali tadi yang telah ibu kurangkan minyak menggoreng , ibu tumis dulu rempah tumis yang terdiri dari cengkih, buah pelaga (ibu buang isinya), bunga lawang dan kayu manis. Setelah bangkit baunya, barulah ibu masukkan bahan yang di kisar dan di hiris tadi, di kacau supaya tidak hangit, begitu selalu pesan ibu kepada kami. Kemudian barulah masukkan air dan sedikit kicap cap rumah api kacau lagi. Masukkan cuka, baru ibu masukkan separuh ikan goreng, di gaul rata,  lalu di angkat. Masakan kicap ibu, tak kira ikan, ayam atau daging, memang cair kerana ibu tak suka pekat likat dan ibu tak suka kicap manis. Dulu ibu suka gunakan kicap cap rumah api, sekarang ni baru ibu tukar kekicap cap kipas udang.

Apa yang ibu masak, ibu akan lainkan sedikit untuk abah, kerana abah tak suka makan dengan anak-anak, hanya ibu yang akan makan bersama kami anak-anaknya. Setiap kali anak- anak tanya, kenapa abah makan sorang sorang, ibu akan menjawab yang abah tak biasa makan ramai ramai kerana dari kecil abah sering sendirian.Entahlah betul atau tidak jawapan ibu tu, tak taulah.

Setelah siap menghidang, ibu terus kebilek air mengambil uduk kerana waktu zohor semakin hampir. Kemudian ibu terus ke bilek ibu di atas, membentang sejadah lalu ibu duduk memegang tasbih sambil berzikir.Tepat jam satu setengah kedengaran azan zohor berkumandang dari masjid Simpang, ibu pun terus solat zohor. Begitulah rutin hidup ibu setiap hari, selesai solat dan berdoa, ibu akan berhias menantikan abah dan anak-anaknya balek dari sekolah.

=============
'Assalamualaikum...ibu...ibu...ibu kat mana? teriakan Ome tidak didengar oleh ibu.

'Ibuu...ibuu...ibuu....kat sini rupanya ibu...ingatkan kat rumah....apa yang ibu buat kat sini?' Ome meleteri ibu.

'Hah..terkejut ibu...tak de buat apa-apa, saje aje rimas kat atas tu...' Ibu menjawab leteran Ome. Memang menjadi kebiasaan ibu bila rimas kat atas rumah, dia akan ketepi sungai sebelah tanah ibu. Hilang segala ingatan pada kenangan lama, beterbangan dengan sergahan Ome.

'Kau dari mana Ome?' tanya ibu.

'Dari rumah...saje nak jengok ibu...sapa ada kat rumah bu'.

'Saayah dengan anak-anak dia...Zira pun ada' jawab ibu lagi.

'Ibu..ibu menangis ke?'

'Tak de lah' jawab ibu

'Apa yang ibu fikirkan' tanya Ome lagi.

'Tak de apa yang ibu fikirkan hanya teringatkan Cikgu Esa...lama dah dia meninggalkan kite semua.'

'Iye la bu...muksu Nun, kak Leha...semuanya dah tak de, tinggal anak dia Muna dengan Lela.  Bukan dia orang aje, adek beradek dia pun dah tak ada.' Cikgu Esa mempunyai tiga orang anak, Leha, Muna dan Lela dan seorang anak angkat Hamidah yang tinggal di Kuala Lumpur. Hamidah dah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dua perempuan seorang lelaki, dua anak perempuan dibela oleh Cikgu Esa manakala yang lelaki dibela olehnya.

'Dah tak de orang tua kat kampung ni ...ye bu'. kata Ome lagi.

'Muna pun hanya tinggal dengan anak-anak dia ...suami dia dah ikut prempuan lain...Lela pulak dah kat Kuala Lumpur.... kesian kat Muna..kerja tak ade, harapkan dari upah jahit baju nak membesarkan anak-anak.'

Ome hanya mendiamkan diri, baginya ibu lebih beruntung kerana masih punya pencen aruah abah, bukan saja anak-anak, cucu-cucu ibu malahan cicit-cicit  ibu pun merasa duit pencen aruah abah. Bertuah sungguh hidup ibu, punya pencen, rumah sewa walaupun hanya dua pintu, kebun sawit tujuh ekar dengan anak-anak bagi setiap bulan, cukup mewah buat ibu. Ibu pun bukannya ada anak yang bersekolah lagi cuma Zira, cucu ibu yang dibela dari kecil. Nasib baik ada Zira, dialah tempat ibu mencurahkan kasih dan rindu.

'Amar tak de talipon..bu..lama tak dengar khabar dia.'

'Tak de'. jawab ibu lemah aje suaranya. Rindunya pada Amar tak dapat nak dikatakan, rindu sangat-sangat, hampir lima tahun Amar meninggalkan Malaysia bekerja di negara Arab. Kerana mengejar imbuhan yang besar sanggup Amar tinggalkan ibu tua yang hanya menanti masa menyahut panggilan Ilahi. Kalau Amar selalu telepon ibu tak apalah juga, ini setahun payah sekali nak telepon, kalau ibu telepon nak cakap dengan Amar, isteri dia yang akan cakap. Itulah yang membuatkan ibu malas nak telepon, mesti tak dapat nak dengar suara Amar, ibu bukan nak dengar suara dia, ibu nak dengar suara Amar. Tapi kenapa Amar susah sangat nak telepon ibu, banyak kerja ke, mahal sangat ke bayaran teleponnya, tak ada duit ke, entahlah malas ibu nak fikir. Masa nak pergi dulu pun Amar tak beritau ibu, isteri dia telepon ibu, tu pun dah nak masuk dalam kapal terbang, sekejap sangat. Sempat ibu tanya mana Amar, dia kata kat sebelah tapi bila ibu nak cakap dengan Amar dia terus matikan telepon.

'Akak tak balek ke bu?'tanya Ome lagi,

'Tak...abang Nan banyak kerja..lagi pun anak-anak dia sekolah.'

'Yuk bu kite masuk...ibu pun belum makan kannn.'

'Lupa pulak, ibu memang belum makan...yuk lah...kite masuk.'

Penafian

Ini berita terbaru (pagi Jumaat ini) yang kite dapat dari Media Kedah, unitmediakedah.blogspot.com. Harap perkara yang berbangkit selesai...dan masyarakat Islam boleh mengambil makanan ini semula..... TQ Media Kedah

Fitnah yang di lakukan pihak tertentu terhadap produk Ramly.
Penafian dari empunya Syarikat Ramly


Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,
DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

Note CO: ALHAMDULILLAH







Aduhhh...Mengapa Ini Terjadi...

Assalamualaikum...

Baru petang tadi beli SOSEJ AYAM RAMLY BURGER dah datang berita yang sungguh tidak disangka-sangka...
Mengapa terjadinya begini....tak tau ke Pak Ramly...benda tu haram....kenapa sanggup buat begitu.....
mengapa sanggup menjual benda haram pada orang Islam....huhuhu.....

Nak beli Brand ape ye lepas ni....

Semasa kite beli BARANGAN RAMLY BURGER di kedai mereka diKG PANDAN bulan lepas, kite ada bertanyakan pada pekerja mereka mengenai kabar2 angin yang mengatakan SYARIKAT RAMLY BURGER telah DIBELI OLEH ORANG CINA....mereka beria ia menafikan...

Tetapi kenapa sekarang lain pulak.....

Kite nak kongsi apa yang baru kite baca di Blog RESEPIRAHSIAKU.COM dari Blog SEDAKA SEJAHTERA...siap dengan bukti buktinya.....

Keluhan dari tuan blog SEDAKA SEJAHTERA.

“BIAR BETUL!!!“ itulah perkataan pertama yang muncul dalam kepala otak aku bila terbaca tentang perkara ini. Syarikat Ramly Burger pun pakai DNA babi gak ker?

Mulanya susah aku nak percaya. Tapi bila lepas teliti surat-surat yang dilampirkan, lidah aku terkelu.

Aduhh…apa nak jadi la dengan dunia ni. Dah takde benda lain ker nak guna, sampai gunababi weyy? Apasal babi ni special sangat yerk? Asyik-asyik babi, babi.babi....

Aku dah lah suka makan hot dog brand Ramly ni…Uweekkk, bile teringat nak termuntah. Nampaknya aku kena buang habis semua stok yang ada kat dalam peti ais tu.

Sila Teliti Surat-surat berikut :




Sekarang, aku nak tuntut pihak Syarikat Ramly Burger untuk beri penjelasan tentang perkara ini. Kalau tak, kami BOIKOT!

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH bersyukur kepada ALLAH yang memberikan kemenangan kepada Malaysia.

Sana sini heboh dengan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia.....menenggelamkan kemenangan yang lain....tetapi kerana bolasepak adalah IBU segala pingat maka kemenangan amat dinanti...

TAHNIAH HARIMAU MUDA MALAYA
KUKUHKAN CENGKAMAN
TAJAMKAN TARINGAN
MAJU TERUS MAJU

Semoga semangat HARIMAU MUDA MALAYA menjadi inspirasi bagi RAKYAT MALAYSIA agar BERSATU PADU.

Saturday, November 19, 2011

Gempar...Gempar....!!!

Assalamualaikum....

Gempar...gempar....di belakang rumah kita ada kemalangan ngeri... mungkin mati...kite tak pergi... tengok dari rumah aje....

Cepat...Cepat ada orang kemalangan... kat jalan depan masuk Surau Al-Hidayah Taman Dato Ahmad Razali Ampang....banyak darah.....cepat - ada dari orang ramai yang telepon ambulan dan polis....

Tak lama kemudian datanglah ambulan bersama-sama doktor ketempat kemalangan.....

Azan maghrib dah berkumandang barulah polis datang...tapi kite tak ambik gambar polis... 

Yuk tengok gambar2 yg disiarkan....

 Sebelum penggambaran, lengang jalan belakang rumah kite...
 waktu sebelum asar
 lengang...kan depan surau..nampak tak kat dalam pagar ada lori..tu la lori katerer...
mula2 lori keterer tu sampai dulu
 kemudian krew dan pelakon sampai...nampak tak lelaki yang pakai songkok...tu la pelakon nya...
 hujan dah mula turun....
 nak tau siapa pelakon ...Fauzi Nawawi yang pakai songkok tu la dia...kurus aje orangnya...penuh parut kat muka... untuk scene ni aje diulang beberapa kali....susah juga ye jadi pelakon...
 van krew...betul2 depan pintu belakang rumah kite...
 Accident...orang mengerumun.....nampak tak lelaki kat pintu kereta tu...itulah pelakon lelaki...mungkin hero kot..tapi kite tak kenal siapa dia bersama dua pelakon wanita dalam kereta tu...

 mula2 accident mcm ni....tapi tak jadi.... 
 pemandu memperlahankan kereta mereka...
 hingga menyebabkan kesesakan
 tukar posisi kaki bawah kereta...orang semakin ramai dan......
 ambulan pun tiba.....
setelah diterangkan ini hanyalah penggambaran...mereka pun beredar......

Begitulah perihatinnya orang kita, nampak aje kemalangan ngeri terus aje telepon pihak2 berkaitan...petang Khamis malam Jumaat 17/11/2011.

Drama ini akan disiarkan pada Maal Hijrah nanti.

Thursday, November 17, 2011

Rendang Daging Sekilo Bawang Sekilo

Assalamualaikum...
Tertarik hati dengan nama rendang ni ..lalu kite pun masak la....emmm memang sedap, mudah dan murah harga bahannya. Jom singgah ke blog 'the story of amie's little kitchen'..disana lah terjumpanya resepi ni. Kite tak da la ikut semua resepi dia...sebab masa kite nak masak,  kat Max Valu tak da barang tu....Tq Amie..
baru saje ditumis
Zairine sedang mengacau..hehehe
ni la dapur baru kite...bukan nak show off ye...
hampir masak
Zairine bawa bekal kesekolah....
kite pulak tak sabar nak makan..sarapan pagi
emmm sedapppp....once again tqvm Amie

Rendang Daging Sekilo Bawang Sekilo
Amie's little kitchen

Bahannya
1 kg daging (potong kecil-kecil)           
500ml santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)    -bawang besar merah bukan putih mcm amie guna
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)       -kite guna cili kering blender, di Max Valu tak da jual masa tu
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu
4. Bila telah layu masukkan santan cair, tudung kuali.
5.Hendaklah dikacau selalu,agar tidak hangus.
6.Tuangkan santan pekat, gula, garam dan asam jawa.
7. Bila sudah pekat sesuaikan rasanya dan hidangkan.









Tuesday, November 15, 2011

Dimana Matahati

Ibu termenung dianjung rumah termenung dan termenung. Begitulah keadaan ibu sejak Amar pergi dari hidup ibu, ibu bagaikan tidak bernyawa lagi, apa yang ibu tau hanyalah termenung saja. Pagi selepas solat subuh ibu dah duduk dianjung, tanpa minum pagi ibu dah termenung. Bila azan zohor berkumandang barulah ibu bangun menuju kebilek air, mengambil uduk dan menunaikan solat kemudian barulah ibu makan.

Selepas makan ibu akan duduk dianjung lagi hinggalah kewaktu Asar, selepas solat Asar ibu akan duduk lagi dianjung sampailah waktu Magrib, begitulah rutin hidup ibu setiap hari. Sikap ibu yang begitu bagaikan hanya Amar sahaja anak dia, tidakkah ibu terfikir akan perasaan anak anak ibu yang lain. apakah anak anak ibu yang lain tidak berkecil hati dengan sikap ibu yang sentiasa melebihkan Amar dalam hidup dia.

'Assalamualaikum... buat apa tu Cek Minah?'

'Hiss..engkau ni Kiah...buat aku terkejut aja' Waalaikumussallam..'

'Apa yang Cek Minah menungkan ni....ingatkan Amar ye...'

'Entahlah Kiah...hati aku ni asyek teringatkan dia aja...'

'Sudah sudahlah tu Cek Minah... janganlah diingatkan orang yang dah pergi jauh tu... doakanlah agar dia bahagia disana...'

'Bukan aku tak doakan dia Kiah...setiap saat aku berdoa agar dia sekeluarga selamat....tapi aku sedih....kenapa dia buat begini kat aku...aku tak pernah masuk campur hal rumahtangga dia....aku tak pernah kacau anak bini dia...malahan kalau dia balek sini pun aku tak pernah suroh bini dia masak...sanggup aku suroh  Ome datang masak...'

'Ialah Cek Minah...kita ni siapa....isteri dia siapa...takkan sama dengan kita .... maklumlah orang kota'

'Tapi Kiah...bini dia kan anak ustazah....bapak dia pulak Pengarah badan berkanun kerajaan... takkan lah tak terfikir ..... apa hukumnya dia memisahkan anak dengan ibu....'

'Itu kata kita Cek Minah... kalau dia berfikir begitu ... dia takkan buat punya...'

'Entahlah Kiah...aku selalu terfikir apa salah aku pada dia orang...'

'Cek Minah tak salah apa apa....dahlah jangan fikirkan mereka... oklah Cek Minah saya nak balek dulu lah...hari dah nak gelap ni...nanti bermalam pulak saya disini...hehehe...'

'Kamu ni Kiah ada ada saja nak buat aku ketawa...'

'Ok Cek Minah saya balek dulu.... jumpa lagi ....lain kali kita sembang lagi ye...selamat malam...'

'Selamat Malam'