Followers

Saturday, October 29, 2011

Eei Gediknye

Assalamualaikum

Pagi Sabtu yang terang benderang dengan limpahan cahaya matahari kurniaan ilahi .... membuatkan sikecik ni memejamkan matanye....
silau dengan kilauan nye....getik memang getik.......eeiii geramnye.... ha ha ha bukan lah kilauan matahari tapi kilauan kamera....

Muhammad Aliff Zubaer

Lihat lah dunia ku beraksi........boleh jadi pelakon cilik tak???

Monday, October 24, 2011

Karipap Dan Kopi 'O' Berpisah Tiada

Assalamualaikum



Cehhh tajuk entri kite pagi ni macam 'irama dan lagu' pulak.... tapi kan memang betul makan karipap dengan air kopi.... cukup enak tambah lagi musim hujan.... mak mentua lalu pun tak sedar..hehehe..

Beberapa hari ni masa jejalan keblog rakan2, ternampaklah karipap 'Tun'.... femes betul... hingga mencabar keegoan kite... keegoan apa lagi kalau tak keegoan 'M' kite....penyakit yang kite alami sejak akhir2 ni... penyakit Malas....malas sangat2 nak buat makanan petang atau pagi... nak masak pun malas. Tapi bila nampak karipap ni aii..teruja pulak nak mencuba....cuma kite derhaka aje oleh sebab penyakit tadi...Ape ape pun jom tengok resepi yang diolah sendiri oleh tuan badan. Dan disni kite sertakan resepi asal yang diambil dari blog 'Tun'... tq Tun.


Karipap (resepi Tun)

Bahan2-nya
4 c tepong gandum             (1 kilo tepong gandum)
2 tbs margerin                    (1 tin kecil minyak sapi-dicairkan)       
1/2 c oil                              (kite tak guna)
3/4 c air                              (1 cwn air sejuk dari petiais)-tambahkan air jika perlu
1/2 tsp garam

cara-cara:
panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).dh sejuk siket, campur garam n air.Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..

Waspada, Waspada, Waspada!!!


Taktik Terbaru Penjenayah

-Untuk maklumat anda. (Sangat Penting!) -

Jika anda melihat seorang lelaki (terutamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta, -1 MaVellous-

Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.

Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).

Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama taktik kotor ini  adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.


Mohon sebarkan mesej ini kepada orang yang anda sayang

Dari blog Fantasi & realiti, duniaku: tq for sharing

Friday, October 21, 2011

Rakan-rakan Blogger Gathering Day

Assalamualaikum.
Kepada rakan2 blogger yang ingin menyertai jemputan Dr Faiz dan kakcik Seroja silalah keblog beliau untuk buat pengesahan. Disini kite sertakan jemputan dari Dr Faiz

Jemputan Rasmi Majlis Gathering: 23 Oktober 2011



Dengan ini, saya ingin menjemput rakan rakan blogger semua, untuk ramai ramai hadir memeriahkan majlis perjumpaan/gathering yang akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

23 Oktober 2011, Ahad


Dari jam 2pm - 7pm


Bertempat di rumah kakcik Seroja, Taman Kencana, Kuala Lumpur


Konsep: Pot luck


Sila ke Blog KakcikSeroja untuk melihat peta.
Untuk solat semua, jangan risau, rumah kakcik Seroja dekat dengan surau.
Semua dijemput hadir.
Di harap rakan rakan boleh beri pengesahan kehadiran samada melalui blog saya, atau blog kakcik Seroja.Tiada tarikh tutup pengesahan, sebab anda semua pasti perlu susun jadual masing masing. Cuma diharap boleh sahkan tidak terlalu lewat dari tarikh perjumpaan, 23 Oktober 2011.
Mungkin juga boleh war war kan nak bawa apa sempena pot luck ini ..hehehe..
Supaya dapat variety of foods :)
Macam Bujal, contohnya ..dia dah cop nak bawak spaghetti...ekekeke..

Saturday, October 1, 2011

Bidadari Ohh Bidadari!!!

Assalamualaikum.
Tajuk entri hari ni .... tajuk yang amat digemari oleh kaum adam tentunye dan sememang nye ditunggu tunggu oleh mereka.
Tetapi adakah semua mereka layak mendapatnye???  He he he he he....... janganlah mengharap sangat kerana orang yang layak adalah seperti orang yang dalam cerite dibawah ini... Jom baca......

Bersanding dengan Bidadari

gambar dari google

Diceritakan dari Abdul Wahid bin Zaid yang berkata: Dahulu aku pernah naik sebuah perahu. Tiba-tiba bertiuplah angin ribut, sehingga kami semua terdampar di sebuah pulau. Di sana aku sempat menjumpai seorang lelaki penyembah berhala.

Kami kemudian bertanya kepadanya, “Wahai Fulan! Siapakah yang sedang kamu sembah itu?”

Lelaki itu kemudian menunjuk ke sebuah berhala, dan kami kembali bertanya, “Di perahu, kami mempunyai seorang teman yang biasa membuat benda seperti ini (berhala). Akan tetapi, benda ini bukanlah merupakan sembahan sepertimana Tuhan!”

“Lalu, siapa yang kalian sembah?” tanya lelaki penyembah berhala itu.

“Allah,” jawab kami.

“Siapa Allah itu?” tanyanya.

“Zat di mana Arasy-Nya ada di langit, kekuasaan-Nya ada di bumi dan keputusan-Nya berlaku bagi yang masih hidup serta yang telah mati,” jawab kami semua.

“Bagaimana kalian dapat mengenali-Nya?” tanya lelaki itu lagi.

“Tuhan kami telah mengutus seorang utusan yang mulia dan beliaulah yang menerangkan semua itu,” jawab kami.

“Lalu, apa yang dilakukan oleh utusan itu?” tanyanya.

“Beliau telah menyampaikan risalahnya dan kemudian beliau pun wafat,” jawab kami serentak.

“Apakah beliau tidak meninggalkan sebuah bukti kepada kalian?” tanya lelaki penyembah berhala itu.

“Ya, beliau meninggalkan kitab Allah,” jawab kami lagi.

“Tolong perlihatkan kepadaku kitab Allah itu, aku yakin kitab-kitab Allah itu indah sekali,” kata lelaki tadi.

Kami pun mengambilkan sebuah mushaf. Setelah melihatnya, dia berkata, “Aku tidak pernah tahu kitab ini!”

Kami lalu membacakan sebuah surah Al-Qur’an dan ketika kami membacanya, dia pun menangis hingga kami selesai membaca satu surah. Selepas kami membacanya, dia pun berkata, “Sudah selayaknya Pemilik kalam ini tidak diderhakai.”

Akhirnya lelaki penyembah berhala itu pun masuk Islam, dan ikut bersama kami. Kami ajarkan hukum-hukum Islam serta sebahagian surah-surah Al-Qur’an kepadanya.

Saat malam tiba, selepas melakukan solat Isyak, kami merebahkan diri di pembaringan, lelaki itu kemudian berkata, “Wahai saudaraku! Apakah Tuhan yang telah kalian tunjukkan kepadaku ini ketika malam tiba Dia juga tidur?”

“Tidak, wahai hamba Allah! Dia adalah Maha Besar, Maha Berdiri sendiri dan tidak akan pernah tidur,” jawab kami semua.

“Kalau begitu. orang paling buruk adalah kalian semua. Kalian semua tidur, sedang Tuhan kalian tidak pernah tidur,” kata lelaki tadi.

Kami semua kagum oleh kata-katanya itu, maka ketika kami sampai di daerah Ubbadan, hal ini kuberitahukan kepada teman-temanku, “Dia baru saja masuk agama Islam.”

Kami mengumpulkan beberapa keping uang dirham, selanjutnya kami berikan kepadanya. Saat kami serahkan, dia berkata, “Apa ini?”

“Kami berikan ini kepadamu,” jawab kami.

“Laa ilaaha illallaah, kalian telah menunjukkan aku ke sebuah jalan yang selamanya belum pernah kalian lalui. Dahulu aku berada di sebuah jazirah dengan menyembah berhala, tetapi berhala itu tidak pernah membuat aku hidup miskin. Maka sekarang tidak mungkin Tuhan yang aku sembah ini akan membuat aku susah, sedang aku sendiri mengingati-Nya siang dan malam,” kata lelaki itu.

Selang beberapa hari, aku mendapat khabar bahwa lelaki itu menderita sakit parah. Aku datang menjenguk dan bertanya kepadanya, “Adakah yang dapat kubantu untukmu?”

“Yang dapat membantuku adalah orang yang bersama kalian ke jazirah tempat tinggalku,” demikian jawabnya.

Pada saat itu mataku terasa mengantuk sekali hingga akhirnya aku pun tertidur di sisinya. Di dalam tidur aku bermimpi bahawa di makam Ubbadan ada sebuah taman dan di taman itu ada sebuah kubah. Di dalam kubah tersebut ada sebuah pembaringan. Di atasnya duduk seorang bidadari jelita yang belum pernah kulihat sebelumnya.

Gadis itu kemudian berkata, “Demi Allah, aku memohon kepadamu agar dia datang secepatnya. Sungguh, aku telah rindu kepadanya!”

Aku pun terbangun dan ternyata setelah kuamati lelaki itu sudah meninggal dunia. Aku ikut merawat jenazahnya, mulai dari memandikan, mengafani, menyembahyangkan dan seterusnya menguburkannya.

Tengah malam aku bermimpi bertemu dengan lelaki itu, dia berada dalam kubah bersanding dengan bidadari yang kujumpai dalam mimpiku sebelumnya. Aku dengar lelaki itu sedang membaca ayat yang bermaksud: ….sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan), “Salamun ‘alaikum bima shabartum (salam sejahtera buat kalian semua atas kesabaran kalian semua).” Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Ar-Ra’d: 23-24)

Kredit untuk penulis...tak ingat dari mana kite ambil..terima kasih tidak terhingga pada beliau atas tulisan beliau.

Sunday, September 25, 2011

Kematian Yang Di Inginkan

Assalammualaikum semua rakan2 blogger....
bagaimana dengan sambutan puasa dan hari raya anda semua...tentu meriah kan...
tidak dilupakan juga dengan sambutan hari merdeka....

Kini kite kembali semula kealam maya.... setelah sekian lama menghilangkan diri...
berehat menanti siapnya rumah kite.....yang tergendala disebabkan kesilapan teknik.

Apa apa pun kali ini kite datang dengan berita yang amat baik untuk dikongsi bersama... mudah mudahan kite juga akan kembali dalam keadaan yang sama dengan pemuda tersebut...Amin.

Kisah pemuda meninggal dalam khusnul khatimah



Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi
Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..


Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal dunia kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan. Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup. Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.

Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah  telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.
wassalam

Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya.
ditulis oleh Abu Jihah

Note: diambil dari www.azrijohan.com...terima kasih atas artikel anda...

Friday, July 22, 2011

Komunis Alaf Baru

Assalamualaikum...
Sempena hari Jumaat yang mulia ini..kite nak kongsi apa yang kite dapati dari blog Cucu Sang Algojo, kite copy sepenuhnya artikel beliau... harapan kite agar pembaca dapat menafaat darinya demi masa depan anak cucu kita dan bangsa Melayu seluruhnya. Marilah sama sama berdoa kehadrat ALLAH S.W.T agar kita sentiasa dibawah perlindungannya...AMIN.

Menentang  Komunis Malaysia Versi Baru

Ramai MELAYU dibunuh komunis, hari ini mereka disanjung.

Secara tiba-tiba banyak cerita zaman komunis yang naik baru-baru ini. Hal RPK yang mengatakan Chin Peng pejuang kemerdekaan, kes perjuangan DAP dan MCA menuntut duit dari British tentang apa yang dikenali sebagai Batang Kali massacre, dan sudah tentu ulasan-ulasan dalam berbagai blog pasal hal ini. Benda ni bukan baru, malahan sesetengah orang macam bekas MP Kampar James Wong Wing-On dari DAP yang bekerja dengan Malaysiakini memang dari dulu sudah beria-ia memperjuangkan komunis dan bermati-matian mempertahankan Parti Komunis Malaya yang banyak membunuh Melayu Perak termasuk Melayu di kawasan Kampar sendiri. Tapi yang paling best dan paling kurang mendapat perhatian adalah aktiviti penjenamaan semula komunis dan Parti Komunis Malaya oleh sekumpulan anak-anak muda di Central Market lebih kurang dua bulan lepas.

Aku sebenarnya tak mahu masuk campur sangat kalau tiba-tiba ramai pulak bebudak Cina dengan India mahupun Melayu sekalipun yang tiba-tiba mahu memperherokan Chin Peng dan geng-geng komunisnya yang di tangan mereka bermandi darah Melayu di samping darah Cina dan India, sambil memperlekehkan dan membaruakan beribu pahlawan negara yang berjuang menjaga keamanan bangsa dan negara dalam pasukan polis dan tentera.

Nak buat macam mana, dah depa nak jadi macam tu, walaupun aku nak sangat tengok budak-budak ni buat pementasan macam ni dalam Bahasa Kebangsaan pulak kat kampung-kampung Melayu kat Sungai Manik ke, Batu Pahat ke, Gerik ke. Mesti orang-orang kampung suka dan teruja tengok show depa. Mesti orang-orang kampung turut menangis kasihan kepada komunis-komunis ini atas kesusahan dan perjuangan mereka.

Apa patutnya tindakan anak cucu mangsa komunis kepada bangsat-bangsat ini?

Amacam FiveArtsCentre, Wong Tay Sy, Grey Yeoh, Norman Teh, Fahmi Fadzil, Janet Moo Tein Ni, Lim Chung Wei, Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Fahmi Reza, Hari Azizan, chi too, David Xavier, Lau Mengq Yek, Renita Che Wan, Tan Zi Hao, Mark Teh, Amir Muhammad, Azmyl Yunor, Chu Chu Yuan, Hardesh Singh, Imri Nasution, Jerome Kugan, Leow Puay Tin, Azmi Sharom, Mavis Puthucheary, Tricia Yeoh, Marion D'Cruz, Elaine Pedley, Seng Yu Jin, Koh Nguang How, Amanda Low, Anne James, Bryan Chang, Faiqsyazwan Kuhiri, Jo Kukathas, Lew Chee Seong, Kee Thuan Chye, Malik Imtiaz Sarwar, Mislina Mustaffa, Yasmin Ahmad dan geng-geng lain, takkan tak berani kot? Tak pun buat kat dalam kem RAMD ke, PPH ke, Renjer ke.

Baru Berani! Baru Revolusi! Setakat main Bangsar, Brickfield, Bangsar, Brickfield je tak payah la.

Memang sebenarnya aku tak nak masuk campur, walaupun nak kata aku tak kesah tu tipu la. Tapi apa yang aku kesah adalah mana dia penentangan atau penjelasan dari ahli-politik Melayu pasal hal-hal berkaitan penjenamaan semula komunis ni. Yang ada cuma dari bloggers saja. Tahniah kepada Datuk Ron, Jebat Must Die dan Dari Kacamata Melayu kerana memberi penjelasan alternatif anda.
.................................................................
Sebelum apapun, elok kita mengimbau semula sejarah tanah air kita ini.

Satu kekeliruan yang sering ditimbulkan secara sengaja oleh banyak pihak ialah percubaan memaparkan bahawa sejarah tanah air kita ini bermula dari tahun-tahun kemerdekaan sahaja, seolah-olah sengaja mahu membuat anak-anak dan cucu kita malah generasi kita sendiri supaya mempunyai tanggapan bahawa hak kita di bumi ini hanya bermula baru-baru ini sahaja. Satu lagi kekeliruan yang suka ditimbulkan oleh pengacau-pengacau keamanan dan pengkhianat moden berbagai bangsa ini ialah bahawa komunis seperti Chin Peng itu ialah pejuang kebangsaan dan kemerdekaan.


Sebenarnya bumi ini telah lebih seribu tahun dihuni dan diperintah oleh bangsa nusantara, dan selama itu juga-lah telah dikenali sebagai bumi Melayu - Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).


Penjajah British hanya datang sebagai sebuah kuasa politik di tanah ini agak lewat iaitu pada tahun 1786, itupun di Pulau Pinang. Di negeri seperti Johor, penjajah British tidak pernah pun memerintah mahupun menguasai tanah itu. Manakala di banyak negeri lain, kehadiran kuasa asing hanyalah terhad kepada beberapa aspek tertentu sahaja. Hanya di negeri-negeri Selat sahaja penguasaan politik oleh British boleh dikatakan mutlak.


Orang Cina dan India pula hanya datang beramai-ramai pada awal abad ke 20, itupun atas kemahuan penjajah British untuk bekerja dalam syarikat perlombongan dan estet mereka dan bukannya atas kemahuan dan jemputan pemilik sebenar tanah air ini, iaitu orang-orang Melayu melalui Raja-Raja Melayu.


Walaupun di awal abad ke-20 ini, jumlah kaum Cina sangat ramai, hingga di sesetengah tanah Melayu seperti di Singapura, Pulau Pinang, Ampang, Taiping dan Lembah Kinta jumlah mereka melampaui rakyat negara ini sendiri iaitu orang Melayu, kaum Cina ini tidak pernah sebenarnya mempunyai apa-apa hak di negara ini. Kedudukan mereka sebenarnya lebih bawah dari kedudukan pendatang-pendatang asing Bangladesh dan Myanmar yang bekerja sebagai buruh binaan dan pelayan restoran dan security guard masa ini. Ini kerana pendatang asing hari ini dijemput oleh tuan tanah dan kerajaan yang berhak, sedangkan orang Cina dan India masa itu dibawa masuk oleh penjajah.


Sebaliknya Orang-orang Cina pendatang ini, yang kebanyakannya dari Wilayah-wilayah Kwangtung dan Fukien, hidup dalam dunia mereka sendiri sebagai sebahagian dari diaspora besar negara asal mereka, iaitu China. Di awal abad ke-20, isu paling besar bagi kaum Cina pendatang ini ialah berkaitan menggulingkan pemerintahan Dinasti Qing (kerajaan Manchu) di negeri China di bawah pimpinan Dr Sun Yat Sen. Dr Sun Yat Sen disokong kuat oleh kumpulan Liga Hung (Hung League) atau juga dikenali sebagai Heaven and Earth Society di China (yang selalu kita tengok dalam filem-filem kung fu lama China). Di Tanah Melayu, Heaven and Earth Society ini dikenali sebagai Ghee Hin, satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang belajar sejarah.


Apabila Dr Sun Yat Sen berjaya menghancurkan Dinasti Qing pada 1912 dan menubuhkan Kuomintang (KMT), ramai daripada mereka ini juga terlibat menubuhkan cawangan Kuomintang di Tanah Melayu pada 1913 dan bergerak sebagai sebahagian daripada politik tanah Besar China. Apabila komunis mula kuat di China mulai awal tahun 1920-an, ramai kaum Cina di Malaysia juga mula memegang idea komunisme dan menyusup masuk dalam KMT Tanah Melayu di samping bergerak cergas melalui kesatuan-kesatuan sekerja. Pada tahun 1931, iaitu tiga tahun selepas tertubuhnya perang saudara di China antara KMT dan komunis, Parti Komunis Malaya pula ditubuhkan.


Di awal penubuhan rasminya, PKM ini beroperasi memperjuangkan apa yang diarahkan oleh dasar Comintern pada masa itu, iaitu menegakkan negara komunis di negara tempat tinggal masing-masing, walaupun negara itu negara orang dan bukan negara mereka sendiri. Atas sebab ini dan di bawah bimbingan Biro Timur Jauh Parti Komunis Rusia yang beroperasi di Shanghai, PKM menentang British kerana British itu golongan kuasa paksi (Axis) dan bertentangan dengan ideologi mereka.


Apabila Perang Jepun-Cina meletus pada tahun 1937, seluruh diaspora Cina bersatu membenci dan menentang Jepun. Lalu apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941, PKM menentang Jepun secara bawah tanah. Oleh kerana objektif mereka sama dengan British, iaitu ingin menewaskan Jepun, sudah tentu sekali kumpulan Cina ini yang pada masa ini mula dikenali sebagai MPAJA, menerima bantuan British melalui bantuan senjata dan askar Force 136, bak kata pepatah “The enemy of my enemy is my friend”.


Dan apabila Jepun menyerah kalah akibat peristiwa bom atom Hiroshima dan Nagasaki, kaum Cina ini mula keluar dari hutan dan menunjukkan belang sebenar mereka. Tanpa memperdulikan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu, mereka mengisytiharkan bahawa Tanah Melayu ini sekarang milik mereka. Di bandar-bandar kecil yang telahpun ditinggalkan sepenuhnya oleh askar Jepun, mereka diarak dan diraikan. Orang-orang Cina membina pintu gerbang dan sepanduk melaungkan kejayaan komunis. Pada masa yang sama mereka mula membunuh ramai orang Melayu. Beribu-ribu orang Melayu dibunuh oleh komunis, hinggalah kedatangan semula British di bawah BMA (British Military Administration).


Apabila British masuk kembali dan enggan menyerahkan Tanah Melayu ke bawah pentadbiran MPAJA, kumpulan Cina ini kembali semula masuk ke hutan dan berperang pula dengan pentadbiran British. Kumpulan KMT pula, yang bila Jepun kalah mula bergaduh semula dengan musuh lama mereka komunis, menubuhkan MCA, dengan seorang kolonel Kuomintang, Tun Henry H.S. Lee menjadi menteri kewangan Malaysia yang pertama.
...........................................................................
Kisah di atas ini sebenarnya satu ringkasan sahaja apa yang berlaku, dan tujuannya hanya satu iaitu untuk menegaskan bahawa CINA KOMUNIS TIDAK PERNAH PADA BILA-BILA MASAPUN MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN BUMI TANAH MELAYU INI.


Sebaliknya tujuan mereka hanyalah berjuang untuk kepentingan mereka sendiri dan untuk kepentingan Tanah Besar China (bukan kepentingan Tanah Melayu) dan untuk kepentingan ideologi komunis dunia di bawah arahan Comintern. Motif mereka berdasarkan semangat cintakan tanah air China mereka (bukan semangat cintakan Tanah Melayu), semangat marah pada Jepun berikutan events di China (bukan di Tanah Melayu) dan untuk mengambil alih ketuanan dan kuasa di Tanah Melayu. Dan sudah tentu, dari dulu sampai sekarang, mereka memang pandai memutarbelitkan kata-kata (spin) seolah-olah merekalah pejuang, sedangkan sebenarnya mereka hanya pembunuh dan pengkhianat Tanah air ini.


Oleh itu, sesiapa sahaja yang memperjuangkan Chin Peng atau mana-mana komunis dari PKM adalah sama ada bodoh atau cuba untuk menipu. Apapun mereka harus ditentang. Kepada orang-orang Malaysia yang pernah saudara-mara mereka dibunuh dan dizalimi komunis, menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama bersuara menentang trend ini yang nampak gayanya semakin menjadi-jadi.


Kepada pemimpin politik Melayu, tidak kira lah dari parti apa, rentikanlah menjadi boneka dan kerbau puak-puak komunis ini. Jangan jadi pengkhianat bangsa zaman moden.


Dan kepada sesiapa yang terbaca artikel ini, sila copy dan pastekan di blog anda dan sebarkan. Sila juga link kan ke blog ini, kerana dalam artikel-artikel seterusnya saya akan terus menulis berkaitan hal-hal sebegini.