Followers

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA

Assalamualaikum

ALHAMDULILLAH bersyukur kepada ALLAH yang memberikan kemenangan kepada Malaysia.

Sana sini heboh dengan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia.....menenggelamkan kemenangan yang lain....tetapi kerana bolasepak adalah IBU segala pingat maka kemenangan amat dinanti...

TAHNIAH HARIMAU MUDA MALAYA
KUKUHKAN CENGKAMAN
TAJAMKAN TARINGAN
MAJU TERUS MAJU

Semoga semangat HARIMAU MUDA MALAYA menjadi inspirasi bagi RAKYAT MALAYSIA agar BERSATU PADU.

Saturday, November 19, 2011

Gempar...Gempar....!!!

Assalamualaikum....

Gempar...gempar....di belakang rumah kita ada kemalangan ngeri... mungkin mati...kite tak pergi... tengok dari rumah aje....

Cepat...Cepat ada orang kemalangan... kat jalan depan masuk Surau Al-Hidayah Taman Dato Ahmad Razali Ampang....banyak darah.....cepat - ada dari orang ramai yang telepon ambulan dan polis....

Tak lama kemudian datanglah ambulan bersama-sama doktor ketempat kemalangan.....

Azan maghrib dah berkumandang barulah polis datang...tapi kite tak ambik gambar polis... 

Yuk tengok gambar2 yg disiarkan....

 Sebelum penggambaran, lengang jalan belakang rumah kite...
 waktu sebelum asar
 lengang...kan depan surau..nampak tak kat dalam pagar ada lori..tu la lori katerer...
mula2 lori keterer tu sampai dulu
 kemudian krew dan pelakon sampai...nampak tak lelaki yang pakai songkok...tu la pelakon nya...
 hujan dah mula turun....
 nak tau siapa pelakon ...Fauzi Nawawi yang pakai songkok tu la dia...kurus aje orangnya...penuh parut kat muka... untuk scene ni aje diulang beberapa kali....susah juga ye jadi pelakon...
 van krew...betul2 depan pintu belakang rumah kite...
 Accident...orang mengerumun.....nampak tak lelaki kat pintu kereta tu...itulah pelakon lelaki...mungkin hero kot..tapi kite tak kenal siapa dia bersama dua pelakon wanita dalam kereta tu...

 mula2 accident mcm ni....tapi tak jadi.... 
 pemandu memperlahankan kereta mereka...
 hingga menyebabkan kesesakan
 tukar posisi kaki bawah kereta...orang semakin ramai dan......
 ambulan pun tiba.....
setelah diterangkan ini hanyalah penggambaran...mereka pun beredar......

Begitulah perihatinnya orang kita, nampak aje kemalangan ngeri terus aje telepon pihak2 berkaitan...petang Khamis malam Jumaat 17/11/2011.

Drama ini akan disiarkan pada Maal Hijrah nanti.

Thursday, November 17, 2011

Rendang Daging Sekilo Bawang Sekilo

Assalamualaikum...
Tertarik hati dengan nama rendang ni ..lalu kite pun masak la....emmm memang sedap, mudah dan murah harga bahannya. Jom singgah ke blog 'the story of amie's little kitchen'..disana lah terjumpanya resepi ni. Kite tak da la ikut semua resepi dia...sebab masa kite nak masak,  kat Max Valu tak da barang tu....Tq Amie..
baru saje ditumis
Zairine sedang mengacau..hehehe
ni la dapur baru kite...bukan nak show off ye...
hampir masak
Zairine bawa bekal kesekolah....
kite pulak tak sabar nak makan..sarapan pagi
emmm sedapppp....once again tqvm Amie

Rendang Daging Sekilo Bawang Sekilo
Amie's little kitchen

Bahannya
1 kg daging (potong kecil-kecil)           
500ml santan cair
250ml santan pekat
1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)    -bawang besar merah bukan putih mcm amie guna
15 biji lada merah (potong nipis-nipis)       -kite guna cili kering blender, di Max Valu tak da jual masa tu
7 biji bawang putih (tumbuk)
3cm halia (tumbuk)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
garam & gula
minyak

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga layu
4. Bila telah layu masukkan santan cair, tudung kuali.
5.Hendaklah dikacau selalu,agar tidak hangus.
6.Tuangkan santan pekat, gula, garam dan asam jawa.
7. Bila sudah pekat sesuaikan rasanya dan hidangkan.









Tuesday, November 15, 2011

Dimana Matahati

Ibu termenung dianjung rumah termenung dan termenung. Begitulah keadaan ibu sejak Amar pergi dari hidup ibu, ibu bagaikan tidak bernyawa lagi, apa yang ibu tau hanyalah termenung saja. Pagi selepas solat subuh ibu dah duduk dianjung, tanpa minum pagi ibu dah termenung. Bila azan zohor berkumandang barulah ibu bangun menuju kebilek air, mengambil uduk dan menunaikan solat kemudian barulah ibu makan.

Selepas makan ibu akan duduk dianjung lagi hinggalah kewaktu Asar, selepas solat Asar ibu akan duduk lagi dianjung sampailah waktu Magrib, begitulah rutin hidup ibu setiap hari. Sikap ibu yang begitu bagaikan hanya Amar sahaja anak dia, tidakkah ibu terfikir akan perasaan anak anak ibu yang lain. apakah anak anak ibu yang lain tidak berkecil hati dengan sikap ibu yang sentiasa melebihkan Amar dalam hidup dia.

'Assalamualaikum... buat apa tu Cek Minah?'

'Hiss..engkau ni Kiah...buat aku terkejut aja' Waalaikumussallam..'

'Apa yang Cek Minah menungkan ni....ingatkan Amar ye...'

'Entahlah Kiah...hati aku ni asyek teringatkan dia aja...'

'Sudah sudahlah tu Cek Minah... janganlah diingatkan orang yang dah pergi jauh tu... doakanlah agar dia bahagia disana...'

'Bukan aku tak doakan dia Kiah...setiap saat aku berdoa agar dia sekeluarga selamat....tapi aku sedih....kenapa dia buat begini kat aku...aku tak pernah masuk campur hal rumahtangga dia....aku tak pernah kacau anak bini dia...malahan kalau dia balek sini pun aku tak pernah suroh bini dia masak...sanggup aku suroh  Ome datang masak...'

'Ialah Cek Minah...kita ni siapa....isteri dia siapa...takkan sama dengan kita .... maklumlah orang kota'

'Tapi Kiah...bini dia kan anak ustazah....bapak dia pulak Pengarah badan berkanun kerajaan... takkan lah tak terfikir ..... apa hukumnya dia memisahkan anak dengan ibu....'

'Itu kata kita Cek Minah... kalau dia berfikir begitu ... dia takkan buat punya...'

'Entahlah Kiah...aku selalu terfikir apa salah aku pada dia orang...'

'Cek Minah tak salah apa apa....dahlah jangan fikirkan mereka... oklah Cek Minah saya nak balek dulu lah...hari dah nak gelap ni...nanti bermalam pulak saya disini...hehehe...'

'Kamu ni Kiah ada ada saja nak buat aku ketawa...'

'Ok Cek Minah saya balek dulu.... jumpa lagi ....lain kali kita sembang lagi ye...selamat malam...'

'Selamat Malam'

Demam Peperiksaan

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Belum terlambat rasanya nak ucapkan 'Selamat Menempuh Alam Peperiksaan' semoga pelajar pelajar yang menghadiri peperiksaan SPM dan STPM telah bersedia dengan jawapan bagi semua soalan yang diberikan.

Hari Ahad hari tu kite dapat sms dari anak saudara yang akan menduduki peperiksaan SPM. Ira n Shafiq dua saudara sepupu yang mohon didoakan kejayaan mereka agar mudah menjawab semua soalan. Dengan senang hati kite mendoakan mereka berdua dan semua pelajar agar berjaya....

Jangan lupa baca Bismillah dan Selawat Nabi ketika turun dari rumah dan ketika nak menjawab soalan.

Semoga Berjaya!!!

Thursday, November 10, 2011

Mengapa Terjadi Begini !!!

Tadi kite jalan2 kat blog 'sweetlizahanum'... terkedu bila baca apa yang terjadi padanya.. kite ingat kite sorang yang mengalami alam misteri ni, rupa rupanya ada orang lain juga yang terkena..

Alam misteri memang tidak dapat dibuktikan dengan sains dan ilmu kedoktoran juga tidak dapat meng 'diagnose' penyakit yang diidapi. Pergi keperawat tradisional pula berbagai perkara diperkatakan......... Pergi keperawat Islam pula berbagai amalan perlu dilakukan....... Naik buntu fikiran..... nak buat macam mana nak baik kan ... kenalah ikut apa yang disuroh...

Tapi walau macam mana pun kenalah kembali ke ALLAH...kerana dari dia segala yang terjadi dan kepada dialah kita pohon segalanya. Kesabaran diri dan kefahaman dari ahli keluarga amat penting dalam menghadapi alam misteri ini... Kejayaan pasti akan tercapai dengan bantuan ahli keluarga..

Iklan: Minyak Morhabshi

Gunakan minyak ini diseluruh tubuh atau ditempat yang sakit...Insyaallah mujarab.

Monday, November 7, 2011

SPM dan STPM

Assalamualaikum

Masih lagi dalam suasana Hari Raya Aidiladha dan masih ada lagi yang buat korban hari ni...apa apa pun daging korban memang dinanti nantikan  tak kira yang berada atau kurang berada... ialah kannn..daging korban ni bukan hari2 dapat. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Peperiksaan SPM dan STPM semakin hampir... kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan tu janganlah gabra... tenangkan hati tenangkan fikiran... nasihat kite....banyakkan membaca 'Selawat Nabi' dan mulakan lah dengan BISMILLAH...

Semoga anda semua berjaya...Insyaallah....