Followers

Showing posts with label Edible Garden. Show all posts
Showing posts with label Edible Garden. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Belimbing Buluh

Khas untuk Ibu Sayang@chukaiwithlove... inilah pokok belimbing buloh kat belakang rumah kite kat Ampang. Kalau Ibu Sayang ke KL silalah singgah...bolehlah ambik buat benih. Buat masa ni buah tak banyak lagi...selalunya lebat...jika nak dtg kol dulu yer....

POKOK BELIMBING BULOH

Thursday, April 29, 2010

MY EDIBLE GARDEN

Dengan melihat tanaman yang membesar …..adalah satu terapi yang berkesan untuk orang yang sakit. Walaupun rasa tak upaya…rasa tak bertenaga untuk berkebun….tapi kita akan berusaha memastikan tanaman kita hidup subur. Menyiram, membaja dan membersihkan tanaman membuatkan kita berpeluh. Itulah yang menjadikan kita sihat kembali……jom ke Edible Garden saya…….semuanya saya tanam didalam polibag bekas tanaman cili. Polibag ini tahan dua tahun cuma tambahkan tanahnya.

Calamansi (limau kasturi)
….sedang berbuah dengan lebatnya (Cuma ini tanam dalam pasu)

Mint (pudina)
…..baru dibersihkan rumput yang tumbuh meliar didalam polibag.

Cekur
…sejenis ramuan dalam masakkan orang Jawa

Kesum
….not growing well….may be tak cukup baja

Kunyit Kampung
…baru nak tumbuh (isinya kecil sahaja, tidak maung, susah didapati sesuai untuk buat ubat)

Halia
...saya pernah berjumpa seorang ahli persatuan peniaga wanita yang mengamalkan makan halia. beliau mempunyai 7 orang anak dan yang sulong berada di universiti luar negara.kata beliau untuk mendapatkan badan yang ramping walaupun sudah beranak hendaklah mengamalkan makan halia dengan mencampurkan halia disetiap masakan kita termasuk bubur yang manis....tak taulah sama ada benar atau tidak..........

Pokok Kari
……baru saja ditanam….mudah-mudahan hidup subur

Yang ini
Pokok Jagung
…….sedihnya…. jagung yang ditanam didalam polibag tidak berbuah …… kenapa ye….

Mangga
...still in polybag...will be transfered next to cempedak tree....in due course

Pandan
...just waiting for me to cook nasi lemak...hu hu hu ...rindunya dengan my nasi lemak...

Serai
....bilala nak berbunga....

Banana
...ditanam ditepian tasik

...my cute girl berposing .....malu malu...

Cempedak
....ditanam bersebelahan pokok pisang