Followers

Thursday, February 24, 2011

Gossip

Assalamualaikum...Selamat Malam Jumaat..
apa khabar semua kawan2...

Jiran oh Jiran

Kite bukan la nak menyebok...tapi cube la kalian fikir2 kan, apa yang patut di buat atau ditolong setiap hari dan malam akan terpekik terlolong...menjerit sesuke hati dia...nak kata budak dah tua ....hesh..tak senang hati perut kite dibuatnye.....

Sebenarnye kan..itulah jiran kite sejak kite duduk rumah ni hingga kini... bila masuk waktu Asyar,waktu Maghrib atau tengah malam...mesti terjerit jerit..sambil menjerit sambil memaki hamun..tak tahulah dia maki hamun sapa... tukang ubat silih berganti datang...ada masa sampai pergi ke Melaka berubat... bayaran setiap kali berubat tak boleh crite la takut dengar....ada yang sampai RM 5000 sekali ubat....hai entahlah...

Kesian kat isteri dan anak dia..dahlah anak sorang...setiap hari isnin rabu dan jumaat dia akan pergi cuci darah kat PJ...sebelum subuh anak dia dah datang ambik kerana anak dia duk Sunway... tengahhari anak dia hantar balek...itupun tak terima kasih...di sumpah anak tu agar mati...macam tu juga dengan menantu dia disumpah dan tak bagi datang rumah dia...bayangkan apa perasaan anda kalau anda kena macam tu.
Isteri dia pulak setiap malam tak boleh tidor...kerana dia tak tidor jadi dia tak bagi isteri dia tidor...masa tidor dia waktu matahari naik...setiap pagi. Lepas tu...tak bagi pulak isteri dia berkawan dengan jiran2...kite ni pulak pantang tengok muke isteri dia... mesti nak menegor...ada masa kami berbual ...ada masa hanya guna bahasa isyarat....nak buat macam mane....

Tuesday, February 22, 2011

Angau Sekejap

Rinduku Tiada Bertepi

Hati yang galau.....hati yang risau......hati yang rindu......
hati yang walang.....hati yang resah...hati yang gelisah......apakah ubatnye.....
tolonglah ustaz yang ku follow...tolonglah tuan2 dan puan2 sume...tolonglah...
YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILLA HAILLALLAH
YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH
janganlah dihapuskan rindu ini...
janganlah dibiarkan rindu ini pergi...
biarlah rinduku membara dihatiku....

Friday, February 18, 2011

Arithmathic and AlOuran

Assalamualaikum semua rakan2 blogger....
Terima kasih kerana singgah ke sini ...
dan terima kasih juga kepada yang menjadi follower kite...
Jom kongsi artikel ini hari ni...

Al-Quran via Mathematic : Al-Kahfi(18:25)

It is something to ponder upon :)
I am fascinated by this equation, i found this when it was in the month of Ramadhan.. The fact that Al-Quran was given to Prophet Muhammad p.b.u.h(peace be upon him) 1400years ago, when i believe Gregory Calendar was never yet invented, so i guess this is a good start.....May allah always give me and you his hidayah in being a better person every single day.. ameen..

Let's do some arithmathic (calculation).. ;)
Here is the verse
English
And (it is said) they tarried in their Cave three hundred years and add nine. (Al-Kahf 18:25)
Malay
" Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (Al-Kahfi 18:25) "

Proving the verse Mathematically :
Gregory Calendar (Kalendar Gregory) : 365 days (hari)
Hijri' Calendar (Kalendar Hijrah) : 354 days (hari)
Total different days = 365 - 354 days = 11 days (beza 11 hari)
(Jumlah Beza Hari) (Total different days) x (Jumlah Tahun tido) (Total sleeping days) =
Jumlah Beza Hari(Total different days) x 300
11 hari x 300 = 3300 days (hari)
1 Gregory year(tahun) = 365 days(hari)
Therefore
3300days(hari) / 365days(hari) = 9.041095 years(tahun)..

Recalling the verse
English
And (it is said) they tarried in their Cave three hundred years and add nine. (Al-Kahf 18:25)
Malay
"Dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)..." Maksudnya .. 309tahun

So basically the Al-Quran has mentioned that we calculate our calendar using the 365days(Gregory Calendar)... Subhanallah... and actually The Quran was Given to Prophet 1400years ago.. So definitely Quran is not from the Prophet the messenger but from Allah s.w.t. subhanallah..
So kira dalam Quran dah habaq awai2, kita selalu pakai kalender Gregory..... Jarang pakai Kalendar Hijrah...... Subhanallah… may allah always Guide us .... amen.... Do share with your friends.. ;)

The Surah : YouTube
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz Posted by Shamir Adnan at 12/05/2010 09:50:00 PM Labels: (18:25), iNfo, Miracles of Quran, Surah Al-Kahf (18:25), Surah Al-Kahfi ayat 25
tq Shamir Adnan

Thursday, February 3, 2011

Ibu Mertua

Salamunalaik...
Selamat Tahun Baru Cina ...

Perihal Ibu Mertua

Tadi semasa berjalan jalan di blog Anastasyea kisah disebalik kanta coklat 
ada mengesahkan tentang ibu mertua kawan dia.. ni kite pun nak crite kawan kepada kawan kite...  namanye Timah (nama samaran) berkahwin dgn orang Kelantan, tinggal di KL.

Timah ni tak lah tinggal dgn mak mertua... tapi dianiaya oleh mak mertuanya hingga hidup dia cukup sengsara.... Dia sentiasa sakit, bila kehospital tak ada apa...puas berubat...tak baik2...Satu hari dia bercerita kat kawan kite...atas dasar simpati kawan kite pun bawalah jumpa Encik Borhan(nama samaran). Kawan kite ni pernah berubat dengan Encik Borhan...masa tu dia kena sakit sebelah paru2 dia dah rosak dan hampir dibedah buang.. tapi sekarang Alhamdulillah dah baik..tak dibedah pun.

Pada mulanya agar sukar Encik Borhan nak mengawal apa yang di hantar oleh mak mertua Timah.. bunyi harimau mengaum keluar dari mulut dia... asap putih keluar dari atas kepala dia... baunya cukup busuk.Anak dan suami kawan kite nampak sesuatu datang dan berhenti depan pintu rumah Encik Borhan... memang menyeramkan... tapi Encik Borhan hanya menyuroh mereka bertenang...

Setelah selesai, Encik Borhan bertanya pada Timah...apa yang berlaku...lalu Timah menceritakan segala galanya. Kerana tanah atas nama suami Timah yg ingin dijual oleh emak mertua tapi suami Timah enggan menjualnya...sanggup emak mertua dia menyihir dia...suami Timah tak percaya apa yg emak dia lakukan. Setiap malam Timah tak dapat tidur... seluruh badan dia sakit2...kepala dia pula penuh dengan kudis hingga keleher .. tak tahan dengan baunya...bukan suami dia saja tak mau dekat tapi kawan2 dia pun lari. Bukan dia tak berubat...dah banyak tempat dia pergi...tak juga baik2. Dia pergi pun dgn kawan yang simpati ..kerana suami dia tak percaya dan marah bila dia nak pergi berubat. Kerana dah tak tahan sangat tu la...dia menceritakan derita dia pada kawan kite...

Begitu la kerana tamak dan haloba sanggup menganiaya anak menantu....

Tuesday, February 1, 2011

Tenaga Dari Bunga

Setelah masak sotong dan udang...jom mandi bunga pulak

TENAGA DARI BUNGA

Wanita tidak lari dari membicarakan kecantikan…bila bertemu sesame mereka pasti tajuk itulah yang paling digemari…. Bagaimana nak kekal sehat dan cantik… apatah lagi yang telah berusia.. pada mereka marilah mencuba mandian bunga selain dari makan makanan kesihatan. Semuga amalan ini menambah baik kesihatan dan kecantikan kita berkekalan…
Diambil dari blog sesaljubayu.blogspot.com…tq.konsi ilmu.

Go to fullsize image

Tenaga bunga memang telah diketahui khasiat dan kekuatannya. Pada segelintir orang, ritual mandi bunga mungkin hanya kepercayaan karut tetapi di Barat juga mengamalkan ritual yang sama dikenali sebagai ‘Bach Flower Remedies’. Dikatakan, terapi ini amat sesuai untuk mengubat penyakit bersifat emosional seperti putus cinta misalnya. Untuk setiap masalah yang dihidapi pada setiap anggota tubuh, anda perlu menggunakan bunga dengan warna yang betul dalam terapi ini. Berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti:

Go to fullsize image
* Kepala - gunakan bunga-bunga berwarna biru tua sehingga ungu.
Go to fullsize image
* Leher - gunakan bunga-bunga berwarna biru muda.

*Dada (Pernafasan) - gunakan bunga- bunga berwarna hijau.

* Perut (Pencernaan) - gunakan bunga-bunga berwarna kuning.
Go to fullsize image
*Bahagian bawah perut - gunakan bunga-bunga berwarna jingga/oren.
 Go to fullsize image
* Kaki - gunakan bunga-bunga berwarna merah.
*Bunga-bunga berwarna putih pula boleh digunakan untuk beberapa masalah sekaligus. Ini kerana warna putih sebenarnya adalah gabungan beberapa warna yang lain.