Followers

Sunday, October 31, 2010

Berakhirnya Era Anak Bangsawan

Berakhirnya Era Anak Bangsawan.

Diambil dari blog sribuana.blogspot.com...thank you.


Seseorang pernah memberitahu saya, pada zaman ekonomi Malaysia sedang berkembang pesat iaitu tahun 1990an, semua orang merasakan mereka pandai berniaga, pandai main saham dan semuanya tokoh korporat. Usahawan sejati akan berjaya tidak mengira zaman, malah mereka lebih berjaya setelah mengharungi kepayahan.
Melayu yang berjaya pada zaman itu merasakan mereka bijak sedangkan pada zaman itu 'even monkey can make money.' Beli saham apa saja, ia akan tetap naik. Sebenarnya yang dikatakan kejayaan pada masa itu hanya trend yang kebetulan segalanya 'bullish'. Warren Buffet tetap boleh buat duit walaupun trend market bearish.

Begitu juga dengan kepimpinan. Ketika segalanya aman, stabil dan tenang, semua orang boleh menjadi pemimpin. Anak bangsawan yang hidup terpisah dari rakyat jelata, tidak pernah merasa kepayahan rakyat biasa yang membanting tulang juga boleh memimpin rakyatnya yang susah.

Mereka sendiri tidak dapat menjiwai kesusahan rakyatnya. Gautama Buddha yang asalnya seorang putera raja pun terpaksa keluar dari istana untuk memahami kesengsaraan rakyat biasa diluar tembok istana bapanya. Dalam zaman aman, pemimpin anak bangsawan atau elit pemerintah ini disanjung kerana menurut istilah British 'good breed', jika mengikut istilah Amerika 'high class.'

Sekarang rakyat susah. Harga barang naik. Pendidikan kebanyakkan pinjaman. Belum graduate, graduan kita sudah ada liabiliti. Kerja susah. Inflasi lagi. Rumah juga makin mahal. Semua ini tidak pernah dirasai oleh anak menteri atau anak perdana menteri.

Mereka lahir dengan 'silver spoon.' Lahir saja sudah ada orang gaji, butler, driver dan sebagainya. Benarkah mereka faham ada rakyat yang tidak mampu membayar yuran PIBG sebanyak RM 30? Benarkah mereka tahu harga sayuran di pasar, harga beras dan keperluan harian naik?

Jika mereka - anak bangsawan - tidak pernah merasa susah, tidak pernah berjuang untuk senang, bagaimana kita mengharapkan mereka menjadi fighter? Yang tinggal hanya Amaran.
Kemewahan memang merosakkan. Revolusi Perancis telah menghapuskan golongan bangsawan dan memberi peluang kepada rakyat biasa naik kerana merit, bukan keturunan.
Adakah politik Malaysia juga menuju ke arah revolusi a'la Revolusi Perancis?

Terbukti dizaman huru hara, anak para bangsawan hanya sitting duck. Kita mahu pemimpin yang fighter dan bukan lembik. Mereka tidak akan datang dari kayangan. Mereka akan terbit dari kalangan 'kita-kita' yang marhein.

Kita sedang menunggu kehadiran seorang Ken Arok dari Tumapel.

Saturday, October 30, 2010

Akhirnya Ku Di Buai Mimpi

Kite layan ajelah gambar2 si debap 'Bum' ni (Muhammad Aliff Zubaer)
tengah berkhayal mencari ilham.....

dah terlelap....dah....

gangguan.....marahhh...mengantok sangat

hisss tak senang tengok orang tidur...mengganggu aje...
tak boleh diam ke?

akhirnya terlelap jua....

ku di buai mimpi.....

Friday, October 29, 2010

DOA

Doa Kita....

Salam...mari kita sama2 menghayati apa yang dinukilkan dari blog chukaiwithlove.blogspot.com … tq sharing.

Perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat suci lagi halal. Setiap pasangan yang berkahwin sentiasa mengharapkan dan berdoa agar ikatan suci itu terus terjalin hingga ke hujung nyawa. Tiada siapa pun yang meminta untuk dihempas badai dikala sedang melayarkan bahtera. Namun begitu kita hendaknya sentiasa berdoa kepada Allah agar hubungan suci ini terus terjalin. Alangkah bahagianya hidup ini jika punya suami atau isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Alangkah nikmatnya punya keluarga bahagia lagi diredhoi Allah. Harapan... dan.... harapan.... , maka sama-samalah kita panjatkan doa agar keluarga kita semua dilindungi Allah SWT. Nikmat dan rahmat itu sentiasa milik kita semua. Jangan pulak kita mudah alpa akan kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini. Syukur..syukur...dan syukur

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I'II be with you
I'II stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'II be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'II thank Allah for open my eyes
Now and forever I....I'II be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're toghether in JANNAH
All I know I found myself
I feel so strong
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And there is a couple of words I wanna say

I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I singing loud that I'II l love you enternally

I know it deep in my heart......

Ada orang kata:
ISTERI YANG SOLEHAH

MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI DIHATINYA SENTIASA TERSIRAT IMAN & TAQWA

JADILAH SEPERTI  SERIKANDI TUN FATIMAH

Liesa Layered Cheese Cake

Salam semua...apa khabar...lama tak jumpa.....
mlm ni kite nak war2kan kek terbaru yang kite buat last week
Liesa Layered Cheese Cake
combination of cheese and blueberry jem
hemmmm......it's delicious n yummmy.....


Tempahan dibuka............Sila sms 019-6907223 utk tempahan.

kelihatan buah blueberry pada lapisan kek....... yang membuatkan kek lapis ini cukup enak...


Wednesday, October 20, 2010

Ayam Masak Asam Pedas

Assalamualaikum....Selamat Sejahtera
Apa khabar semua...semoga sehat2 sahaja....
Mai makan kite punye... Ayam Masak Asam Pedas
Bahan2 nya
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan ditoskan
10 biji cili merah - jika nak pedas bolehlah guna cili padi merah atau cili kering
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji tomato biji - belah 4
sedikit halia dan kunyit hidup
sepokok sawi dan sedikit daun kesom
garam, minyak makan dan air asam jawa
Cara2nya
Kisar halus cili merah, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup.
panaskan minyak makan diperiok, setelah itu tumiskan bahan kisar tadi...
setelah garing bahan tumis...itu masukkan ayam dan tomato...biarkan ayam kecut sedikit.
masukkan air paras ayam...didehkan... setelah mendideh baru masukkan garam, air asam jawa, sawi dan daun kesom....tutup periok sebentar kemudian angkat... hidangkan.
memang sedap kuah dia...terasa buah tomato yang dah hancur...masam2 lemak gitu...

Thursday, October 14, 2010

Pada MU Ku Bersujud

Pada MU Ku Bersujud
By Afgan Syah Reza

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama MU
YA ALLAH

 Esok ataukah nanti
 Ampuni semua salah ku
 Lindungilah aku dari segala
 FITNAH
                    KAU tempat ku meminta
                    KAU beri ku bahagia
                    Jadikan aku selamanya
                    HambaMU
                   Yang selalu bertaubat
                 
                   Ampuni ku YA ALLAH
                  Yang sering melupakan MU
                  Saat KAU limpahkan
                  Kurniaan MU
                  Dalam sunyinya ku bersujud
Esok ataukan nanti
Ampuni semua salah ku
Lindungi aku dari segala
FITNAH
                 KAU tempatku meminta
                 KAU beriku bahagia
                 Jadikan aku selamanya
                 HambaMU 
                 Yang selalu bertaubat

                 Ampuni ku YA ALLAH
                 Ya sering melupakan MU
                 Saat KAU limpahkan
                 Kurniaanmu
                 Dalam sunyinya ku bersujud
PADAMU

lagu yang begitu berkesan dihatiku

Sunday, October 10, 2010

Order Tart Nenas

Assalamualaikum dn Selamat Sejahtera
Hari Minggu ni tentu ramai kekawan yg mendapat jemputan kan... kite pun hari ni ada jemputan di Senawang N.S... dgn jemputan hari raya di Bangsar... nak pergi ke tak...
Ni gambar tempahan biskut raya yang tertunggak...

Tat nenas yg ditempah oleh jiran Sazrina untuk jamuan hari raya ... sebalang 50 biji - RM25
menggunakan butter dn inti jem nenas yang dimasak sendiri... untuk hari raya ni kite masak 7x35biji nenas yg besar...naik kejong tangan2 ni... tapi tak pa puas hati...

Saturday, October 9, 2010

Sayur Bening dan Pais Ikan

Salam semua kawan2...
edisi tertunggak...

Sayur bening kacang panjang dan pais ikan selar kuning
bagi masyarakat Jawa cukup terkenal dgn sayur masak bening yang sering dimasak ketika cuaca panas masakan ini cukup mudah hanya dgn merebus air ditambah sedikit ikan bilis,bawang merah, bawang putih serta garam.
Paling sedap jika dimakan dengan ikan masin goreng, sambal belacan atau sambal tumis. Boleh juga ditambah dengan telor goreng kampung.....hemmmm.... tak nampak mak mertua lalu atau nenek kebaya datang pun tak takut...

Sayur Bening Kacang Panjang

Pais ikan ni adalah masakan orang Banjar...
resepi asal dari Pn Rashidah isteri Tuan Haji Besumah Bandar Saujana Putra,
terima kasih kak Shidah...

Bahan2:
7 ekor ikan selar-boleh juga guna ikan kembong atau ikan yang disukai
cili merah atau cili padi merah-ikut suka
sedikit belacan dan asam jawa
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
garam
daun pisang

Caranya:
Ikan disiang dan dicuci bersih, letakkan didlm daun pisang
kisar cili,bawang merah,bawang putih dan belacan. kemudian gaulkan dengan air asam jawa dan garam
tuangkan keatas ikan, gulung daun pisang tadi dan bakar. sedap dimakan ketika panas2

Oder Biskut Raya

Tempahan biskut untuk anak2 yatim oleh Rina pada hari raya lalu,...tat nenas piring, biskut coklat dan biskut jazz


Friday, October 8, 2010

10 Laluan Bagi Insan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kawan2...
diambil dari blog norzailina.blogspot.com....satu artikel yg baik untuk renungan bersama...
semuga menjadi panduan dan pedoman dalam hidup kita...amin

1-LALUAN MENUJU KE KUBUR

Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan qadha' hajat dengan istibra (berdehem selepas buang
air kecil)

2-LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
Bagaimana memudahkannya?
a. Bersihkan diri dengan bertaubat umpama berdosa setiap masa
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha/ganti (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

3-LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
Bagaimana memudahkannya?
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar dan tidak berdusta
d. Bersihkan dan perbaiki hati

4-LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5-LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
Bagaimana memudahkannya?
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

6-LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah aulia ALLAH S.W.T
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan syariat dan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7-LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
Bagaimana memudahkannya?
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana bertaubat pada ALLAH dengan dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

8-LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
Bagaimana memudahkannya?
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

9-LALUAN BERJUMPA DENGAN Rasulullah S.A.W
Bagaimana memudahkannya?
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasullullah S.A.W
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W

10-LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
Bagaimana memudahkannya?
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka/syirik kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan dan hindarkan segala yang diharamkan-Nya

dari blog terapi-alfatah.blogspot.com

Tuesday, October 5, 2010

Terluka Dan Rindu

Hati terlalu rindu....rindu serindu2nya.....
       Hati terluka..... teramat luka......
              Rindu..........luka......terluka....
                       Bilakah rindu ini akan berakhir......
                                   Bilakah luka ini akan berkubur......

Monday, October 4, 2010

BLOG LIST BEN ASHAARI OKTOBER

Nak join Blog List Ben Ashaari untuk bulan Oktober....

Perasan

Membaca e-novel alina haizar ETDUS-Enggang Terbang Di Ufuk Senja- bab 32 terasa bahgia….Bercinta dipertengahan usia tak sama dgn percintaan semasa remaja…apatah lagi dgn keperibadian Johari…mengingatkan kite pada seseorang yg pernah kite sayang.... Begitu penyayang...begitu sabar...bertolak ansur...sentiasa bertutur dgn lembut...menghargai keujudan pasangannya...pandai mengambil hati…membuat jiwa begitu damai bila membacanya…terusik rasa…terbuai sanubari…masih adakah lelaki yang seperti Johari…..


Mana ada wanita yang tidak terpesona dengan lelaki yang begitu handsome, macho,kaya, ahli perniagaan terkenal dan yang paling penting tinggi keperibadiannya dan begitu teguh dengan cintanya….

Hai…kalaulah diriku belum berpunya……cehhh...perasan

OP73 Raya Gathering

Assalamualaikum kawan2 semua….dah melenakan diri ke..


Kite baru saja balek dari OP73 Raya Gathering at Tarjine Restaurant Jln Delima Off Jln Bukit Bintang Ampang…. Ramai yang datang menghadirkan diri, ada dari Sabah, Sarawak, Perlis, dan lain2 tempat…. Bertemu rakan2 lama yang dah berpuloh tahun tak jumpa amat menyeronokkan…mengingatkan kembali kesah2 lama ketika bersama… ada rakan2 suami yang dah bertukar isteri… ada yang menambah isteri… ada yang masih single dan ada yang membujang kembali… cepat masa berlalu… banyak perubahan pada diri masing2…

Majlis di host kan oleh Dr Nordin Ahmad dan isterinya Pn Imouyah Naima…tqvm to them..

Saturday, October 2, 2010

BESARNYA makna DOA - semasa duduk antara dua sujud

Untuk dikongsi bersama.....Perkongsian dari email..

Dalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah SWT

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak..,buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil... Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.... Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.... Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewa kan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Terima kasih teratakimpianibu.blogspot.com kerana berkongsi ilmu.

Friday, October 1, 2010

luahan rasa

Salamunalaik semua rakan blogger

Lama tak jumpa….apa khabar , harap semua sehat2 belaka…maklumlah baru lepas raya…tentulah ramai yg put on weight kan… Cuma mungkin poket aja yang belum sehat sepenuhnya….namun tak pa lah as long as we are happy….

Petang tadi ada seseorang menelefon hubby…sungguh ceria dan bersemangat menceritakan hal salah seorang keluarga terdekat beliau….menceritakan keruntuhan rumahtangga dan terbinanya mahligai baru orang itu.

Hati kite sungguh sakit bila dengar apa yang dia cakapkan…kerana isteri orang itu adalah kawan baik kite…dan kite tau apa yang berlaku sebenarnya.

Sesungguhnya dialah salah seorang dalang dan penyebab runtuhnya rumahtangga orang itu yang terbina berpuloh tahun….dah ada cucu pun bayangkan…dan sekarang mendoakan pula hubby agar ada jemaah wanita yang terpikat dgn hubby sebelum dia letak telefon….hmmmm gerammmmnya….


Apa patut di buat dengan orang yang mca ni ye...bukan muda dah pencen dah punya cucu pun...