Followers

Showing posts with label Ulang Kaji. Show all posts
Showing posts with label Ulang Kaji. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Mengulang Kaji Siri 1

Assallamualaikum

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa sibuk dengan berbagai acara, mungkin kita terlupa pada apa yang telah diajar oleh guru agama kita dulu. Walaupun masih ingat dalam bab SOLAT tapi dalam bab Ilmu Tauhid, Fekah, Adab mungkin banyak yang kita dah tak ingat lagi.

Sebelum semakin terhakis dari ingatan, marilah kita imbas kembali pelajaran-pelajaran tersebut.

ASAS AGAMA ISLAM

Hukum-hukum Islam tidak terkeluar dari 5 hukum sahaja. Iaitu;

1.  Fardu atau Wajib
2.  Sunat atau Mandub
3.  Makruh
4.  Haram
5.  Mubah

Fardu terbahagi dua, Fardu Ain atau Fardu Kifayah

Fardu Ain

Fadu Ain itu ialah pekerjaan-pekerjaan yang wajib dilakukan sendiri seperti sembahyang, puasa dan lain-lain. Apabila seseorang mengerjakan yang wajib ini ia mendapat pahala tetapi jika ditinggalkan dia mendapat dosa.

Fardu Kifayah

Pekerjaan yang wajib dilakukan sendiri tetapi jika dilakukan oleh orang lain maka gugurlah dosa daripadanya seperti sembahyang mayat, mempelajari ilmu-ilmu pertukangan, ilmu kedoktoran, tenun menenun dan lain-lain perkara yang berhubung dengan kehendak hidup manusia seperti bercucuk tanam, berternak dan sebagainya.

Sunat atau Mandub

Pekerjaan yang digalak melakukan seperti sunat-sunat sembahyang, apabila dilakukan sunat-sunat itu ia mendapat pahala, tetapi apabila ditinggalkan tidak mendapat dosa.

Makruh

Pekerjaan-pekerjaan yang dipuji meninggalkannya, seperti merokok, memakan bawang dan tiap-tiap benda yang bauan tidak menyenangkan seperti petai, jering dan sebagainya, jika ditinggalkan perkara makruh ini mendapat pahala dan jika diperbuat tidak mendapat dosa.

Haram

Pekerjaan-pekerjaan yang disuruh meninggalkan seperti meminum arak, memakan bangkai, mengumpat orang dan sebagainya. Jika diperbuat mendapat dosa jika ditinggalkan mendapat pahala.

Mubah:- artinya Harus

Pekerjaan-pekerjaan yang diharuskan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya. Apabila dibuat tidak mendapat pahala dan jika ditinggalkan juga tidak mendapat dosa.

Dari buku 'Fadilat Selawat & Rukun Islam' Ustaz Tarmizi Khamis