Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran...bizi sangat2 selain tu diri pula tak berapa sehat... rehat serehatnya...baring...tidur.... sampaikan rasa sakit sangat belakang ni....
Kali ni kite nak sambung balik cerita jiran sebelah....cerita apa yang dialaminya dalam rumah dia...
pernah anak dia nampak bayang hitam seperti orang panjat dinding bilek dapur, macam spiderman...waktu tu jam 8 mlm. tengah tengok tv, masa dia nampak tu dia nak kedapur....kerana takut sangat dia lari kebilek ibunya.
Boleh dikatakan setiap malam jiran ni tak dapat tidur, terlalu bising dengan tapak kaki turun naik tangga ... hanya dia yang dengar, suami dengan anaknya tak dengar tidur lena lagi.... Dia tuduh anak jiran sebelah sana yang buat bising....apa yang kite tau rumah jiran tu baru renovate dengan tangga batu....takkan tangga batu ada bunyi...bukan lagi tangga kayu macam kita orang. Jiran sebelah rumah dia tu Imuda, pelakon pelawak terkenal tu....tak menasabah pulak anak dia buat bising.
Petang hari pula, waktu hampir maghrib, dia terhidu bau najis...terutama dalam bilek dia, hanya dia sorang yang bau....sedangkan dia baru balik kerja tak de orang dirumah....siapa pula yang membuang dalam bilek dia. Bila difikirkan memang tak masuk akal....
Banyak lagi yang berlaku pada diri dia, pernah dia panggil Ustaz terkenal datang rumah pulihkan ...tapi tetap juga berlaku.
Mat Som kata ada hantu raya duk rumah dia (dalam komen yang lalu), tak taulah pulak pasal jiran tu tak cakap pasal hantu...tapi kan Mat Som boleh tak cerita kat blog awak, tentang hantu raya ni. Maksud nya macam mana ciri2 orang yang ada hantu raya atau bela hantu raya... boleh ye....
Walau apa pun sebagai jiran..kite rasa tak selesa...banyak tidak tanduk dia yang amat menyakitkan hati kite sekeluarga...Sejak rumah ni dibena dalam tahun 80an kita tak pernah duk sini..hanya selepas sewakan dengan nurse ampang putri hospital...rumah kite rosak teruk...barulah kite duk sini...dah hampir 8 tahun. Kalau tak kenangkan hubby malas kite nak duk sini....
Followers
Showing posts with label Cerita Menarik. Show all posts

Friday, March 16, 2012
Friday, February 24, 2012
Bola Api Di Atas Bumbung Rumah
Assalammualaikum....
Apa khabar kawan2....harap hari ini membawa berkat pada kita semua... Dipetang hari yang tidak cerah ni (hujan)..kite nak kongsi cerita mistik yang terjadi dalam minggu ni....
Malam tadi diantara jam 11 hingga 12 mlm ketika hubby mengeluarkan barang-barang dari kereta, kelihatan jiran sebelah anak beranak kecoh-kecoh kat depan rumah. Hubby buat derk aje lah tak nak menyebok, masa tu kita kat dapor. Hubby letakkan semua barang-barang kat depan pintu, kite dgn anak pompuan kite tolong lah hubby angkat bawak kedapur.
Suami jiran sebelah tanya hubby dengar tak bunyi letupan kuat.......nampak tak bola api atas bumbung rumah dia.....diikuti percikan api masa letupan tadi. Hubby jawab tak dengar dan tak nampak....memang hubby tak nampak dan kami semua tak dengar bunyi letupan kuat mcm letupan bom. Hubby tanya mcm mana boleh tau sedangkan mereka dalam rumah. Dia kata jiran depan selang 4 pintu yang nampak .... sebab pada masa tu dia ada kat depan gate....tu yang dia suroh jiran sebelah keluar cepat tengok bola api atas bumbung rumah.
Bila jiran sebelah anak beranak keluar... mereka nampak bola api sebesar bola tak tau lah besar bola sepak ke bola ping pong ke atas bumbung dia. Hubby diam aje lah tak mau komen apa-apa. Tapi bila kite n hubby nak tidur dalam kul 1.30 pagi kami dengar letupan kuat mcm letupan bom, 2 kali kat atas bumbung. Bila tengok kat tingkap tak ada apa-apa, rumah jiran depan semuanya dah gelap.Tak mau nak fikir ape..kami terus tidur. Bila subuh hubby pergi solat kat surau tanyalah jiran sebelah apa benda tu...dia jawab mercun....hubby diam aje.
Dua malam lepas tika kite nak hantar Zairine ke sekolah tusyen dlm kul 8 mlm...kite nampak kelibat orang kat belakang kereta jiran sebelah, dengar seret kasut lagi...(lampu porch bukak, terang benderang lah) pergi kat depan pintu dia ( pintu kami beradap cuma dipisahkan dengan tembok tinggi tapi kat porch hanya pagar dawai), masa tu kite nak pakai kasut. bila kite jengah rumah dia tak ada sesiapa. Dalam rumah dia pasang lampu tapi sunyi sepi mungkin semua kat bilek kot.
Meremang jugalah tengkok kite...nak buat mcm mana diam ajelah...sebenarnya dah lama kite dengar mcm-mcm dari rumah dia terutama kalau mereka tak ada dirumah waktu tu.....
tapi ok lah lain kali kite cerita.....

ihsan google

Labels:
Cerita Menarik
Thursday, January 20, 2011
Dunia Sebelah Sana
Assalamualaikum Ustadz.
Seperti yang dijanjikan saya coretkan pengalaman saya yg pernah masuk ke taman larangan utk tatapan ustadz dan boleh juga kalau ustadz hendak masukkan ke dalam blog untuk tatapan semua orang. Tiada masalah bagi saya, saya cuma ingin menceritakan bahawa tidak semua orang dapat mengalami pengalaman yang pelik dan mungkin juga masing-masing mempunyai pengalaman yang berbeza dan elok lah kita kongsikan bersama..hehehe…
Cerita bermula…..
Kejadian terjadi di tahun 1985 semasa saya di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera (Darat) dan ketika itu saya bertugas di sebuah markas Tentera Darat di Kuala Lumpur. Suatu hari datang lah satu idea dari salah saorang pegawai kanan di situ untuk berekreasi sambil memancing di Empangan Kenyir, Terengganu. Idea ini telah dipersetujui oleh Panglima Perang dan beberapa pegawai kanan di markas tersebut. Maka sambutan untuk turut serta dalam aktiviti tersebut dari kalangan pegawai-pegawai amat menggalakkan sehingga terpaksa di buat undian kerana tempat adalah terhad dan juga tidak semua dibenarkan mengikuti rombongan tersebut kerana tugas.
Nasib saya baik kerana tersenarai untuk mengikuti rombongan tersebut. Pada hari yang ditetapkan, kami seramai 15 orang bertolak ke Empangan Kenyir menaiki helikopter kira-kira jam 7.30 pagi dan sampai di kepala Empangan (Kuala Berang) sekitar 8.30 pagi. Kira-kira jam 9.00 pagi kami pun menaiki 5 buah bot bertolak menuju ke Kuala Sepetang yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Apabila sampai sahaja ke destinasi yang dituju, kami disambut dengan lompatan ikan-ikan toman dan suasana yang menyamankan; memang menyeronokkan dan kagum akan keindahan kawasan tersebut yang jauh dari gangguan manusia. Maklumlah ketika itu kawasan Empangan Kenyir merupakan kawasan hitam dan kawasan larangan bagi semua orang kecuali penduduk tempatan yang menjadi nelayan darat ketika itu. Sewaktu itu Malaysia masih belum lagi bebas dari ancaman komunis.
Masing-masing mengambil kedudukan dan tempat yang difikirkan sesuai untuk memancing kerana teruja dengan ‘sambutan’ yang dilakukan oleh ikan-ikan toman tadi. Saya bersama saorang sahabat saya Mejar Daud tidak berminat untuk memancing tetapi lebih kepada menebar jala pada sebatang sungai yang sangat jernih. Memang sungguh menakjubkan kerana kelibat ikan-ikan yang berenang di dalam sungai tersebut dapat dilihat dengan jelas di dalam air yang jernih. Apabila jala ditebar, ikan-ikan tersebut bertaburan berenang melarikan diri. Memang teruja juga bila dapat melihat ikan-ikan besar dan sejenis ikan meloncat seakan-akan terbang di atas air apabila bila melarikan diri. Belum pernah seumur hidup dapat melihat senario yang sebegitu di depan mata. Walau bagaimanapun tangkapan saya ketika itu tidak la seberapa...sebab ikan-ikan di situ memang pandai dan dapat mengesan kehadiran manusia di air yang sangat jernih.
Lebih kurang satu jam kemudian, hujan turun dengan lebat dan saya bersama rakan tadi mencari tempat berteduh untuk menunggu hujan reda. Apabila hujan reda, saya pun berjalan bersendirian untuk mencari lubuk yang lebih baik untuk menebar jala. Ketika itu saya ternampak anak air yang keruh turun dari tebing yang kira-kira 10 kaki tinggi, saya pun menaiki tebing tersebut dan mencari punca air itu. Kira kira dalam lima belas langkah mengikuti arah anak air tersebut, saya ternampak sebuah kolam kecil sedikit dari separuh gelanggang badminton yang dipenuhi dengan ikan-ikan species terbang di atas air seperti yang saya ceritakan di awal tadi. MasyaAllah banyaknya ikan ...dan yang menakjubkan sekali ialah ikan-ikan tersebut tidak lari dalam air keruh itu... kelihatan hitam disebabkan dipenuhi dengan ikan-ikan tersebut. Ikan-ikan tersebut seolah-olah berbaris seperti tentera yang sedang di padang kawad. Memang menakjubkan dan terkejut saya ketika itu. Saya memang tidak mengenali species ikan tersebut tetapi saiznya lebih kurang 3 jari lebar dan bentuknya seperti ikan kelisa. Tanpa membuang masa saya terus mencari rakan saya tadi dan memanggil dia naik ke atas tebing kerana jala berada di tangan dia. Saya memang tidak pandai menjala tetapi setakat menolong boleh la..
Rakan saya pun datang dan saya tunjukkan arah kolam tersebut dan dia pun terdiam dan teruja melihat banyaknya ikan-ikan di kolam yang kecil tersebut. Beliau pun menebar jalanya dan mana-mana ikan yang tidak sempat lari, terperangkap di dalam jala tersebut. Dianggarkan sekali tebar, ikan sebanyak 3 hingga 4 kg terperangkap di dalam jala tersebut. Tugas saya ketika itu ialah mengutip ikan-ikan dan masukan ke dalam karung plastik. Kami tunggu seketika dan membiarkan ikan-ikan tersebut berkumpul semula ke dalam kolam tadi. Ikan-ikan yang bertempiran tadi ada yang lari ke arah hulu anak air yang selebar sekaki seperti longkang sahaja. Kawan saya terus menebar sebanyak 2 kali lagi dan meninggalkan saya untuk mengutip ikan-ikan tersebut. Saya telah menjadi asyik dan tamak ketika itu, lalu saya telah mengambil tangguk untuk menangguk ikan-ikan yang masih terkial-kial di anak air yang menghala ke hulu.
Mana yang ada di depan mata habis saya sauk dengan tangguk, mana yang lari saya turuti perlahan-lahan. Kira-kira 25 meter dari kolam tersebut, saya telah ternampak sebuah batu berbentuk dinding yang sebesar rumah di hadapan mata saya. Anak air tersebut melalui tepi batu tersebut dari sebelah kanan dan terus ke belakang batu tersebut dan ini bermakna anak air itu bersambung dengan punca di belakang batu besar itu. Saya pun terus melangkah untuk ke belakang batu tersebut. Ketika ini …….bulu ruma dan bulu tengkok saya terus tegak dan meremang. Saya dapat rasakan bahawa ada sesuatu di belakang batu tersebut. Hati saya mengatakan supaya saya berpatah balik tetapi saya hendak juga meneruskan langkah. Saya lawankan jugak hati saya ini dan terus melangkah perlahan-lahan. Apabila saya berada di belakang batu tersebut dan mematikan langkah, masya Allah, cantiknya tempat itu. Seperti sabuah taman yang sangat indah. Terdapat sebuah kolam sedalam paras pinggang, sebesar gelanggang badminton yang airnya sangat jernih dan berpasir seperti pantai di sebelah kanannya. Manakala di sebelah kanan pasir tadi terdapat pokok-pokok kecil dan renek seperti taman. Terdapat juga sebanyak lebih kurang 6 batu seperti bangku yang permukaannya rata di atas pasir tersebut. Di sebelah kiri kolam terdapat sebuah batu besar dinding seperti yang awal-awal tadi, begitu juga yang berada di hadapan kolam tersebut. Kolam tersebut seolah-olah di kepung dengan batu dinding berbentuk ‘U’. Manakala di atas pula diliputi dengan dahan-dahan kayu yang lebat daunnya. Ini menunjukkan kolam tersebut di payungi dengan pohon-pohon pokok. Memang menyaman dan mengasyikkan tempat itu. Dalam pada itu hati saya berkata “ kalau kau masuk, mungkin kau tak dapat keluar lagi”, lalu mengarahkan saya meninggalkan tempat tersebut dengan segera, manakala kaki saya masih hendak terus melangkah masuk ke dalam ‘TAMAN’ tersebut. Dalam hati saya terdetik, adakah ini tempat mandian puteri-puteri bunian? Ketika itu juga saya dapat merasakan bahawa saya sedang ‘diperhatikan’ oleh tuan punya kolam. Memang berbelah bagi saya dibuatnya ketika itu samada hendak terus masuk atau membuat U turn dan beredar sahaja. Dalam keadaan yang 50 – 50 itu, saya pun berpusing ke belakang dan berlari sambil mengutip mana-mana ikan yang telah saya tangguk dan mengambil 3 karung plastik yang dipenuhi ikan-ikan tadi.
Saya pun terus berlari kepada rakan saya tadi yang ketika itu berada kira-kira 50 meter dari tempat itu dan memberitahu dia apa yang saya jumpa, “Tuan, saya terjumpa tempat puteri bunian bersiram di belakang batu itu”, sambil menunjukkan arah tempat itu. Dia cuma tersenyum dan mengajak saya beredar dari situ dan terus menuju ke tempat rakan-rakan lain yang sedang berkemas untuk balik. Mejar memberitahu saya bahawa dia dapat merasakan kelainan tempat tersebut dan oleh yang demikian, beliau telah membaca sesuatu dan cuma menebar jala sebanyak 3 kali sahaja. Saya pun mengerti apa yang dimaksudkan oleh beliau tadi.
Kira-kira jam 7.00 petang kami pun menaiki bot untuk balik ke muka empangan. Setelah setengah jam bertolak, kami dilanda ribut dan hujan yang sangat lebat. Ombak di tasik itu seumpama ombak di laut, ganas dan besar. Cemas kami dibuatnya. Masing-masing memasang ‘live jacket’ khuatir akan keadaan ketika itu. Tidak terfikir saya ketika itu bahawa di tasik pun ombaknya besar seperti di laut. Kira-kira sejam kemudian hujan pun reda dan hari pun semakin gelap. Sedang saya memerhatikan keadaan keliling yang gelap, saya terpandang bebola api sedang mengikuti kami dari arah belakang bot. Boleh dikatakan bebola api itu sebesar bola sepak dan ia menyusuri kami dari tepi tebing tasik, kira-kira 100 meter dari bot kami manakala bot kami menyusuri di tengah-tengah tasik. Saya berada di bot yang belakang sekali. Saya pun memberitahu kepada rakan saya Mej Daud akan perkara tersebut dan beliau pun dapat melihat bebola tersebut dengan jelas. Apabila bebola api tersebut telah melepasi bot kami, bebola tersebut terus hilang. Ketika kemudian bebola api tersebut kembali berada di belakang kami dan terus menyusuri kami seperti awal tadi. Perkara ini berlaku berulang-ulang sehingga lah kami menghampiri kepada empangan dan bebola itu terus hilang. Pelik dan menyeramkan pengalaman yang saya alami ketika itu dan saya dapat rasakan bahawa kami berdua sahaja yang menyedari kehadiran bebola api tersebut.
Setelah tiba di pangkalan, kami pun terus ke khemah dan berkemas untuk makan malam. Setelah semuanya siap mandi dan mengenakan semula uniform, kami pun berkumpul di khemah untuk bersarapan bersama Panglima dan yang lain-lain. Ketika ini badan saya telah menggigil sejuk yang amat sangat, walhal saya baru saja mandi dengan air panas yang disediakan. Lalu saya mengenakan 3 helai pakaian termasuk jersey wool berlengan panjang tetapi tetap menggigil kesejukan. Selera makan ketika itu memang telah hilang dan saya cuba mengawal badan saya supaya tidak menggigil tetapi tidak berjaya. Keadaan saya yang menggigil telah di kesan oleh Panglima ketika itu dan beliau bertanya “what’s wrong with you??”. Saya mengatakan bahawa saya demam dan meminta diri untuk beredar walaupun belum menjamah makanan. Beliau terus mengarahkan doktor untuk memberi suntikan kepada saya. Memang di dalam rombongan kami ini, kami turut membawa saorang doktor berpangkat Lt. Kolonel bersama kerana beliau juga saorang kaki pancing.
Saya pun baring di khemah dan diberi satu injection oleh doktor serta membaluti lagi 3 helai selimut tebal (selimut tentera) tetapi masih lagi sejuk dan menggigil. Ketika itu saya ditemani oleh Mej Daud sambil beliau mengurut kedua-dua belah telinga saya, jari-jari tangan dan kaki sehingga lah saya tertidur. Keesokan paginya saya tersedar dan mendapati Mej Daud masih berada di kerusi di sebelah katil saya sambil tersenyum dan berkata “nasib baik ‘dia’ tak suruh kita hantar ikan-ikan itu malam tadi, kalau tidak haru kita dibuatnya”. Saya pun terus bangun dan tidak lagi demam dan terus bertanya berbagai soalan kepada dia tentang kejadian malam tadi. Mej Daud mengatakan bahawa kita telah memasuki kawasan taman larangan tanpa meminta izin tetapi ‘dia’ tidak lah marah sangat kepada kita dan ikan-ikan tersebut boleh dibawa balik. Pagi itu kami semua pun balik semula ke Kuala Lumpur dengan helikopter yang sedia menunggu….
Itu lah serba sedikit pengalaman saya ustadz yang telah memasuki taman larangan..hehehee.. Sehingga ke hari ini saya masih lagi ingat pengalaman manis saya itu dan saya sangsi samada tempat tersebut masih lagi ada atau tidak kerana kawasan empangan kenyir telah dibuka kepada orang ramai untuk memancing dan berekreasi. Mungkin tempat itu telah tiada dan diteroka. Ustadz boleh paparkan cerita saya ke dalam blog ustadz, saya izinkan tetapi kenalah edit untuk menyedapkan cerita sebab saya ni tak lah pandai menulis dan bercerita ..mungkin jalan cerita ni berterabur dan sukar difahami.
Saya ada lagi cerita-cerita yang saya kira boleh dilanjutkan kepada ustadz tetapi mungkin tak berapa menarik...Cerita-cerita ini adalah pengalaman saya sendiri..mungkin lain masa.
Semoga berjumpa kembali.
Wassalamualaikum ustadz.
Fadzilah bin Hj Omar Baki
Saya rasa amat tertarik dengan kisah ini. Semuga menjadi teladan kepada para pembaca sekalian.
tuankelarias
TQ & Kredit toTuankelarias

Wednesday, August 4, 2010
Kisah Menarik Kejayaan
Salam buat semua... apa khabar... semoga ceria hari ini... marilah bersama kite mengikuti kisah MENARIK KISAH KEJAYAAN yang diambil dari blog taipingmali... tqvm kongsi ilmu...
MENARIK - KISAH KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan syarikat
Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus berkembang
Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta. Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan pakaian
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang. Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*kan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Penglibatan dalam projek penswastaan
Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama Yayasan al-BukharyAntara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikanPada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam.
Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu. Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion. Jelas dari info yang dinyatakan di atas. Keuntungan yang dihasilkan benar-benar atas kerja dan usaha yang tidak mudah serta memakan masa. Ia tidak bersifat cepat kaya.
Jelas juga kelihatan tender dan projek kerajaan adalah antara pendorong dan pembantu utama usahawan bumiputra seperti beliau untuk mencapai kedudukan sekarang. Saya pernah bertugas sebagai Shariah Consultant di sebuah syarikat Bumiputra dalam industri pembuatan, iaitu Syarikat ini adalah sebuah syarikat bumiputra contoh yang cukup dinamik dan energetic kerana tidak begitu banyak bergantung kepada tender kerajaan sahaja, tetapi meluaskan empayar ke Thailand, Indonesia dan lain-lain melalui kualiti tanpa 'bodek' politik mahupun rasuah. Benar, peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk usahawan Bumiputra jangan diabaikan selagi ia halal.
Saya tidak nafikan, realiti di zaman ini memang sukar untuk berjaya di dalam bisnes yang besar-besar khasnya kecuali terdapat unsur-unsur tidak sihat seperti rasuah, tender tertutup, kabel orang dalam, kabel politik dan lain-lain. Bagi mereka yang rasa diri terjebak atau ragu-ragu, salah satu tindakan terbaik adalah memperbanyakkan derma, sedeqah dan bantuan kepada masyarakat awam sebagaimana yang ditunjukkan model Yayasan Al-Bukhary. Sudah tentu saya tidak mengatakan beliau terlibat dengan apa-apa yang tidak sihat, cuma yang ingin saya tegaskan adalah perlunya usahawan Islam yang berjaya melakukan usaha seperti Yayasan kebajikan begini kerana ia memang menjadi pembersih kepada harta-harta syubhat dan haram serta mampu menaikkan keberkatan dalam pendapatan harta.
Dari kisah di atas juga kelihatan, sijil universiti bukan satu-satunya masa depan buat para pelajar. Hanya sekadar SPM (tapi SPM di zaman Tan Sri sebenarnya sememangnya sudah sangat hebat) seseorang masih boleh maju kehadapan. Semua harta ini bukanlah menjadi milik kita selamanya, nikmatnya akan terhenti sejurus kematian menjelma kecuali bagi sesiapa yang bijak menggunakannya untuk alam akhirat. Jadikan kisah di atas sebagai panduan dan motivasi diri untuk memberi manfaat kepada umat Islam yang lain.

Thursday, June 3, 2010
Cerita Menarik - Sambungan
Api pelita tu semakin hampir dengan kami….lalu berhenti didepan kami…Ya Allah puaka apakah ini…yang datang ketika suamiku tiada. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah…aku menyebut nama ALLAH berulang kali sambil menangis menundukkan kepala. Api pelita tetap berada disitu seolah olah tahu aku sedang ketakutan yang amat sangat. Aku dan anak anak tidor diruang tamu…kerana disitulah kami selalu tidor bila balek kerumah ibu mertuaku. Kadang kadang ibu mertuaku akan turut sama tidor di situ….walaupun aku rasa kurang selesa tapi tak dapat nak buat apa.
Ketika aku mendongak keatas ternampak api pelita tu berjalan kedapur, berpusing pusing seolah olah mencari sesuatu. Setelah agak lama didapur, api pelita itu keluar dan menuju kearah bilik. Api pelita itu masuk ke bilik depan, kemudian keluar menuju ke bilik ibu mertuaku. Kedua dua bilek ini pintunya tidak bertutup.
Semasa di dalam bilek ibu mertuaku api pelita itu, berjalan keliling bilek, kemudian berada di atas katil. Dari ruang tamu memang jelas kelihatan apa yang ada di dalam bilek ibu mertuaku. Bayangkan api pelita itu seolah olah duduk atas katil…..lama juga berkeadaan begitu. Apakah api pelita itu mencari ibu mertuaku… dalam hatiku berkata-kata. Dalam keadaan takut begitu aku sempat juga mengikuti pergerakan api pelita tersebut.
Kemudian api pelita itu keluar dari bilek ibu mertuaku, datang menuju padaku dan anak anak…..berpusing pusing mengelilingi aku dan anak anak. Aku meraung menangis ketakutan….kali ini tak dapat ku tahan tahankan tangisanku dan jeritanku. YA ALLAH tolonglah hambamu ini…aku merintih sendirian. Bila aku meraung….anak anakku juga turut meraung. YA ALLAH selamatkanlah kami…..tolonglah jangan diapa apakan kami....aku merayu seolah olah aku merayu pada api pelita tersebut.
Api pelita tetap juga begitu, berhenti berpusing dia akan diam memerhatikan kami seberapa ketika….kemudian berpusing lagi…..begitulah api pelita itu buat beberapa kali. Kemudian api pelita itu masuk semula ke bilek ibu mertuaku…. entah apa yang dicari tak taulah. Tak dapat nak di bayangkan rasa ketakutan aku ketika itu.......teramat takut.
Jam tua milik arwah bapa mertuaku berdeting lima kali menandakan dah pukul lima pagi. Pelan pelan aku lihat api pelita keluar dari bilek ibu mertuaku…. berjalan mendekati aku dan anak anakku…berhenti seketika lalu keluar menerusi pintu hadapaan tadi. Api pelita tu bejalan lagi keliling rumah, kemudian berhenti di depan rumah. Lama juga api pelita itu berhenti…….
Kemudian api pelita itu berjalan menuju kejalan besar….lalu ghaib dipertengahan jalan. Antara jalan besar menuju kerumah ibu mertuaku adalah kira kira 80 meter jaraknya. Di depan rumah ibu mertuaku terdapat beberapa pokok buah buahan yang telah besar dan rendang. Kalau siang memanglah redup di depan rumahnya….dan ada juga pokok kemboja yang selalu orang tanam di kawasan kubur... oleh abang Edham di kiri kanan jalan masuk juga telah besar pokoknya.
Ketakutan masih lagi menguasai diriku…aku tetap juga menangis. Terasa amat kesal balek ke rumah ibu mertuaku. Apakah ini petanda yang kudapati sebelum datang ke sini pagi tadi.… hanya mu YA ALLAH yang maha mengetahui ALLAHURABBI…. Aku menangis lagi…sedihnya teramat, sayunya rasa hati. Dalam pada itu aku teringatkan arwah ibu dan arwah ayah…ibu… ibu aku merintih memanggil ibuku. Walaupun aku hanya anak angkat tapi ibu terlalu sayangkan diriku kerana ibu tidak mempunyai anak. Aku terlalu manja dengan ibu dan ayah....aku mempunyai seorang kakak yang juga anak angkat...kedua dua kami adalah anak cina.
Hari beransur terang..subuh hampir luput…aku lepaskan pelukan anak anakku. Anak anakku baring semula…apa yang aku hairankan dua anakku yang kecil tidak sedikit pun tergugat tidornya. Aku bangun menuju ke bilek air…sambil tu aku buka suis lampu didapur. Aku masih tetap merasa takut sesangatlah takutnya…. lemah segala sendi sendiku…aku masuk ke bilik air…membersihkan diri dan mengambil wuduk…di sebelah anak anakku aku bersolat.
YA ALLAH BERILAH KEKUATAN BAGIKU…. Aku nak balek ke rumahku sebentar lagi janganlah kau lengahkan Ya Allah…janganlah kau timpakan musibah yang lain pula. Ya Allah aku mohon padamu Ya Allah selamatkanlah kami…Ya Allah selamatkanlah kami.....Ya Allah selamatkanlah kami....amin amin Ya Rabbal’alamin, aku berdoa sambil menangis.
Aku mengejutkan anak anakku menyuruh mereka membersihkan diri dan segera masuk ke dalam kereta. Sambil itu aku mengemaskan barang barangku, terlintas dihatiku untuk menalipon suamiku, tapi aku batalkan niatku. Banyak buruk dari baiknya…maklumlah…. Jadi biarlah aku rahsiakan dulu.
Setelah mengunci pintu aku beredar dari rumah ibu mertuaku menuju ke rumah jirannya. Beliau terkejut bila aku kata nak balek ke KL diawal pagi ….lalu aku menceritakan apa yang belaku pada malam tadi. Apa yang aku alami tidak menghairankan mereka kerana mereka sering ternampak api pelita berjalan pada waktu malam ke rumah ibu mertuaku bila mana ibu mertua ku tak ada di rumah. Dan mereka pernah menyiasat siapakah yang membawa api pelita tersebut...tapi mereka hampa kerana tiada berorang. Bila siang mereka ternampak macam ada orang di dalam rumah tapi bila mereka tinjau tak ada sesiapa.
Aku mengucapkan terima kaseh pada mereka dan cepat cepat berlalu dari situ. Tak sanggup aku nak mendengarnya.....tentu banyak lagi cerita yang nak disampaikannya padaku. Biarlah mungkin lain kali aku boleh mendengarnya setelah aku benar benar bersedia. Apa yang aku mahu aku selamat sampai ke rumahku di KL.
Tiba tiba handsetku berbunyi…aku hanya membiarkan sahaja walaupun aku tahu itu panggilan dari suamiku. Aku tak mahu hilang tumpuan dalam perjalananku…maklumlah perjalananku masih jauh. Berkali kali dia telefon…anak anakku pula menyambung tidor mereka. Biarlah kalau dia nak marah marahlah yang penting aku selamat sampai kedestinasiku.
Setakat ini dulu...yer... bye…….

Friday, May 14, 2010
CERITA CERITA MENARIK
ASSALAMUALAIKUM teman teman blogger sekelian…apa khabar dipagi Jumaat ini…AHAMDULILLAH semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya….
Today I like to share a true story of my friend’s experience….
Malam telah lama melabuhkan tirainya, tapi mataku tidak mahu lelap. Hatiku rasa tak sedap aja, berdebar debar, ntah kenapa agaknya….aku menoleh keanak-anakku yang sedang lena, terlalu lena… terlalu penat, disebabkan petang tadi bermain kejar kejaran. Terhibur hatiku bila melihatkan keriangan mereka.
Sendirian di rumah ibu mertuaku tanpa suami, sungguh tidak menyenangkan hati….walaupun bukan pertama kali, aku ditinggalkan sendirian bersama anak anak….tetapi kali ini hatiku benar benar resah. Perasaan bimbang, takut, rusuh silih berganti….dari sebelum datang ke sini pagi tadi lagi, aku dah berperasaan begini…didalam perjalanan dari KL ke KB, aku tak henti berzikir.
Dari datang tadi aku tidak menemui suamiku, kunci rumah pun aku ambil dari jiran ibu mertuaku yang selang dua bidang tanah dari rumah ibu mertuaku. Jiran yang baik hati yang sentiasa menolongku bila aku perlukan pertolongan…maklumlah aku tak biasa hidup di kampung. Di kiri kanan rumah ibu mertuaku tidak ada rumah hanya tanah semak yang tidak bertuan….hampir menjadi hutan.
Suamiku menemankan ibunya di hospital KB…ibunya yang jatuh di dapur terpaksa dimasukkan ke hospital kerana patah kakinya. Bila dia telefon ku pagi tadi dan menyuruhku balik ke sini….hatiku berat benar…malasnya. Dahlah kena drive sendiri…mana anak anak yang masih kecil lagi…kerja sekolah yang tak siap… rumah yang belum berkemas …..segalanya aku terpaksa urukan sendiri….tapi apa boleh buat aku terpaksa ikutkan juga.
Telah hampir lima tahun aku hidup begini, sendirian menguruskan anak anak dan rumahtangga… kadang kadang aku rasakan bagai tidak bersuami. Berbagai perasaan melanda hatiku…tapi disebabkan ibunya tidak mahu tinggal dengan anak yang lain, terpaksalah suamiku menjaganya….tambahan pula suamiku anak bongsu. Sudahlah begitu ibunya hanya nak tinggal di rumahnya… suamiku hanya balek kerumah ku selang tiga minggu sekali, kadang kadang sampai sebulan setengah baru balek…apa boleh buat, terpaksalah aku berkorban. Kesian diriku dan anak anak…mungkin ini yang dinamakan bermadu dengan ibu mertua, seperti apa yang pernah ku baca di akhbar.
Mempunyai anak sebelas orang, lima lelaki dan enam perempuan, sepatutnya ibu mertuaku tidak perlu tertumpu pada suamiku seorang, dia boleh bergilir gilir kerumah anak anaknya. Selama ini hanya suamiku, abang Amin, Kak Amah, Kak Mimi dan Kak Ani saja yang mengambil dia tinggal atau membelanya. Abang Edham iaitu abang yang kedua pernah tinggal bersama dengan ibunya berbelas tahun sebelum suamiku….sanggup meninggalkan isteri dan anak anaknya. Tapi oleh sebab satu sengketa antara dia, suamiku dan abang Amin dia meninggalkan ibunya di rumah kak Amah…kembali kepada isterinya. Kemudian kak Amah menyerahkan ibunya kepada suamiku kerana ibunya tak mahu tinggal di sana lagi.
Ibunya memang tak dapat tinggal di rumah anak lelaki sulongnya, abang Salim, kerana dia dah uzur selalu sakit. Lagipun dia hanya tinggal di flat dan mempunyai anak cucu yang ramai…macam mana dia nak tinggal dengan mereka. Dari muda lagi dia memang tak mahu atau jarang pergi ke rumah abang Salim, mungkin kerana abang Salim bergaji kecil.
Tetapi apa yang aku herankan kenapa abang Naim, anak lelaki yang ketiga tak pernah nak bawa ibunya ke rumahnya, jangankan nak bawa kerumah beliau, nak balek kampong menemani ibunya atau menjengok ibunya pun tak mahu…kenapa agaknya. Selalu aku bertanya dengan suamiku kenapa abang Naim begitu...tapi suamiku hanya diam sahaja. Dulu pernah aku menyuruh isterinya menjaga ibu mertua kami… tapi dia enggan, tak pula dinyatakan sebabnya. Setiap tahun pada hari raya, mereka hanya datang sekejap sangat…macam mintak mancis api …tak pernah membawa anak anaknya. Aku pun tak kenal anak anak mereka, macam mana rupa parasnya.…apa pekerjaan mereka…..kalau jumpa kat jalan pun memang tak kenal melainkan jika mereka bersama ibu bapa mereka.
Penat rasanya badan ni…tak terkatakan, aku beralih mengadap dinding. Aku melihat keluar dari tingkap kaca yang tidak berlangsir… kegelapan malam yang amat pekat…aku berkata dalam hati…kenapa malam ni lain sangat….tiada bintang dilangit …nak kata akan hujan tak terasa pulak bahang panas hari nak hujan.. tapi kenapa ya…memang menjadi kelaziman aku sekeluarga tak pernah pasang lampu bila tidur malam. Perasaan rindu pada suami tak dapat ditahan-tahan…dah hampir sebulan kami tak bersua…
Tiba tiba aku terpandangkan sesuatu….. kelihatan api pelita berjalan meliang liuk ditiup angin. Mulanya agak jauh dari rumah tapi makin lama makin dekat. Aku terus duduk…hatiku berkata kata siapakah malam malam begini yang datang kerumah ibu mertuaku, pakai pelita pulak tu. Seingatku mana ada orang pakai pelita dizaman letrik dan torch light ni…hatiku berdebar debar….
Api pelita tu semakin lama semakin dekat…..hampir benar dengan tingkap kaca tadi…seolah olah tau aku belum tidur lagi…..kemudian berjalan mengelilingi rumah ibu mertuaku. Rumah ibu mertuaku rumah bawah, kecil sahaja dengan dua bilik tidur, pintunya juga pintu kaca yang tidak berlangsir… jadi aku boleh nampak apa yang ada diluar rumah. Berkali kali api pelita tu mengelilingi rumah ibu mertuaku… macam bertawaf pulak.
Pelan pelan aku mengejutkan anak anak ku, sambil menyuroh mereka diam. …mereka bangun terpisat pisat. Aku tunjukkan api pelita yang sedang berjalan tu kepada mereka, mereka terus memelukku. Hanya dua orang anakku yang kecil sahaja, aku biarkan mereka tidur. Kami berpelukkan sambil mulutku tak henti berzikir dan membaca ayat ayat quran yang ku hafal. Api pelita itu menuju ke pintu rumah ibu mertuaku…..
YA ALLAH….api pelita tu masuk ke dalam rumah tanpa ada sesiapa pun memegangnya….aku terkedu…. Menggigil ketakutan….semakin erat pelukan kami bertiga…
Kepada rakan rakan blogger silalah sambung cerita ni……. Ini adalah cerita benar yang diceritakan kepada kite oleh sesaorang yang mengalaminya beberapa tahun yang lalu.
Apa kata kite mintak MR BEN ASHAARI untuk meneruskan cerita ni…..

Subscribe to:
Posts (Atom)