Assalamualaikum....Selamat Pagi
Kepada rakan2 blogger yg sudi singgah ...dan mendoakan adik kite...diucapkan ribuan terima kaseh yg tak terhingga....dan kepada yang datang menolong semasa pengkebumiannya semoga ALLAH membalas budi baik anda semua...kepada YB Dato Ahmad Maslan dan teman2nya terima kasih kerana datang mengunjungi emak dan keluarga...
Kembali bersiaran...setelah lebih dua minggu tidak bermaya...
Segalanya telah ditentukan...kite yg ditinggalkan terasa sangat kehilangannya...
Biasanya bila balek kekampong dia yang ada...dia yang sentiasa melawak... menceriakan suasana...
yang rajin masak nasi briyani esp. bila raya dan bile kite nak makan dan bila kenduri kahwin....yang selalu membelikan kite udang galah (disini memang ada jual udang galah)...yang senang diminta tolong bukan saja saudara mara malahan sahabat handai dan rakan taulan... yang pantas memberi khabar berita bila ada kematian...
Kepergiannya sungguh tidak disangka...tiga hari berkursus... selepas solat Jumaat dia balek kerumah...malam tu dia pergi kenduri kemudian balek ... keluar semula pergi kedai beli barangan yang anak dia nak...balek dari kedai dia rasa lain macam lalu ajak anak dia yg sulong baca Surah Yassin... setelah baca lima x dia rebah atas riba anak dia... sebelum tu dia kata sejuk sangat minta isteri dia selimutkan dengan towel besar putih dan kain putih kecil tutup muka.... tapi isteri dia enggan hanya selimutkan dengan kain biasa aje... apa yang paling menyentuh perasaan adalah kata2nya pada anak dia...
'baca ayat ni haikal supaya senang abah pergi ... baca 10 kali '...'abah nak pergi mana bah' tanya anaknya...manalah anak tu tau kan baru tingkatan lima, tapi dia tak jawab....sempat juga anak dia bacakan syahadah... kemudian biru seluruh muka... dipanggil2 tidak menyahut lagi... apa yang paling terkilan emak tak ada disisi dia masa tu kerana mak ke KL.
I'm so worried about my mom..she was so quiet...termenung sana termenung sini...
apa yg dia nampak hanyalah 'hisyam.'..dia kata tadi lepas solat subuh 'hisyam' duk kat kerusi tu tengok dia...
bila kat dapur dia nampak duk kat meja makan didapur...dia nampak 'hisyam berjalan masuk rumah... kesian sangat tengok dia...hai..tak tau nak buat macam mana apa lagi kalau semua anak cucu dia balek kerumah masing2...hanya tinggal dia dengan isteri dan 4 orang anak arwah serta dua orang cucu lagi.
Banyak kenangan bersama dia yang tak dapat dilupakan....apa yang dia deritai tahun lepas cukup menyedihkan hati, menyayat hati...dari sehat walafiat tiba2 terlantar dengan perut yang membesar merening bagai nak pecah...hampir tiga bulan tidak boleh buang air besar...setiap malam tak dapat tidor, merintih pilu 'makkk.. esyam tak tahan mak, sakitnye, ampunkan esyam mak, ampunkan esyam' itulah kata2 yang dirintihkan ... setiap malam mak dan isteri dia bergilir gilir menjaganya dibantu dengan adik lelaki bungsu....kerana tak tertahan sakitnya dia koma... lalu kawan2 dia seramai lebih kurang 20 orang yang semuanya guru berpakat membacakan Surah Yassin agar dia sedar semula.....menangis kawan2 dia tengok dia.... bila dibawa kehospital hanya masuk air saje kemudian suroh balek... pergi hospital pakar pun begitu juga... akhirnya kawan baik dia membawa dia berubat tradisional.
Semasa berubat, sungguh mengejutkan dan tak terlintas diakal fikiran....bayangkan terdapat benda2 yang tak munasabah keluar dari perut 'hisyam'...yang membuatkan dia tidak boleh buang air besar. Terdapat binatang2 laut yang menpunyai cengkerang dan sepit serta duri yang tajam didalam perut dia...setelah semua keluar barulah dia boleh buang air besar... setelah dia agak pulih...isteri dia pulak pengsan2,,,kemudian anak bungsu dia pengsan2...diikuti anak saudara perempuan... setiap maghrib mereka membaca Surah Yassin atas permintaan pengubat... kalau tidak ada adik lelaki bungsu masa tu tak taulah bagaimana agaknye keadaan emak menghadapi situasi itu. Dengan diri emak yang tak sekuat dulu, setiap malam emak buat solat hajat dan memohon pada ALLAH...kata2 emak semasa meminta doa cukup mengharukan tak mampu kite nak coretkan disini....airmata pasti akan berguguran... Alhamdulillah Ya Allah kerana memberikan mereka kekuatan menghadapi dugaanmu...Amin

Allahyarham bersama Dato Mustapha Muhammad ketika datang melawat Daerah Pontian
Emak dihari sebelum kematian 'hisyam'...ketika berada dirumah adik kat Keramat K.L.
Emak selepas kematian 'hisyam'.....
semoga allahyarham dikasihi Allah...Amin