Followers

Showing posts with label e-novel. Show all posts
Showing posts with label e-novel. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Dimana Matahati 1

pic. from google

Pagi yang cerah memeriahkan suasana alam, matahari memancar terang tanpa awan yang ingin menutupinya. Kampong Indah terasa sunyi, sunyi bila anak anak sudah ke sekolah dan yang dewasanya pergi bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Kebanyakkan yang tinggal di kampong ini adalah guru guru yang mengajar di sekitar bandar dan kampong di daerah ini . Ada juga bekerja di  kebun sendiri, ada yang mengambil upah membersihkan kebun orang, ada yang berniaga kedai makan, ada yang bekerja kerajaan, ada yang mengambil upah menjahit baju dan ada yang melongo sahaja. Macam macam perangai masyarakat kampong ni, tetapi ibu tak rajin bercampur dengan orang kampong, bukan sombong tetapi malas dan banyak kerja.

Setelah siap membasuh kain dan menyidainya, ibu mengambil penyapu dan tajak* lalu menajak rumput dihalaman rumah. Begitu tekun ibu menjalankan kerjanya tanpa sedar ada orang lalu didepan rumah dia.  Memang rumah ibu hampir dengan jalan, sesiapa yang ada didepan akan kenal orang yang melalui jalan tersebut.

'Menajak ke Cek Minah?' tegur Cikgu Esa pada ibu.

'Iye...dari mana Cikgu?'

'Dari Simpang beli barang sikit?' jawab Cikgu Esa, berhenti sebentar nak bersembang dengan ibu. Dari masa dia kerja lagi, kemana-mana hanya dengan basikal hinggalah dia pencen masih lagi berbasikal.

'Nak masak apa?'

'Entah Nun dengan Leha tu tak tau aku...aku pakai beli aje...engkau dah masak ke?'tanya Cikgu Esa lagi. Memang dah jadi tradisi Cikgu Esa akan masak banyak satu satu lauk yang di masak di sebabkan adik beradik dia akan datang makan setiap hari. Kakak dia Cek Mejah dan suami Pakcik Embok Lauk(tak tau nama sebenar)  yang tinggal sebelah rumah, Long Tina dan suami Paklong Rahmat yang tinggal di hilir berhampiran rumah emak dan Ngah yang tinggal dengan dia.Dalam keluarga hanya Cikgu Esa yang bekerja dengan kerajaan, Cek Mejah dan suami hanya menoreh getah dan Long Tina  mengambil upah kopek pinang muda. Selalu juga anak ibu yang tua Noriah, mengikut Long Tina mengopek pinang tapi bukan kerja, 'mengacau'.

'Belum...kejap lagi... Apek ikan dah lalu belum? memang ibu setiap hari akan membeli ikan dari Apek ni. Sebut aje ikan apa yang di kehendaki pasti Apek akan membawanya. Bukan saja ibu malahan sebahagian besar orang kampung akan berlanggan ikan dengan Apek ni termasuklah Cikgu Esa. Apek ikan akan pusing keliling kampong dengan basikalnya.

'Belum...Apek ikan lambat..tengah hari baru sampai... tak pelah Minah...aku balek dulu.' jawab Cikgu Esa...lalu mengayuh basikalnya pergi.

Ibu melengong sambil memerhatikan Cikgu Esa pergi, kawan baik abah dari muda hingga kini. Bertahun mereka mengajar di sekolah yang sama, sejak abah mula mengajar hinggalah Cikgu Esa pencen dan abah di tukarkan kependalaman. Walaupun abah jauh lebih muda dari dia namun keakraban mereka tidak dapat di pertikaikan, kemana pergi berdua, baik pergi mengajar atau menge'teh' di Simpang sambil berbasikal, abah pun hanya memiliki basikal aje. Bila di ajukan kenapa abah tak nak beli motor atau kereta, abah akan menjawab banyak burok dari baiknya... banyak belanja.

Semasa mengajar di pendalaman ni  pun abah hanya berbasikal, pergi di awal pagi yang masih gelap dan balek setelah zohor hampir menghilang. Abah akan singgah di surau untuk solat zohor dan bila hujan turun, maklumlah abah ikut jalan 'short cut' jalan benteng tali air. Jalannya tidak bertar, bila panas berdebu dan bila hujan berselut, kiri kanan jalan hanya semak samun. Rumah orang agak jauh di antara satu sama lain, demi tugas abah gagahkan juga.Begitulah rutin hidup abah sehari-hari, hampir dua tahun abah di sekolah tersebut, hinggalah abah jatuh sakit.

Ibu tersedar dari lengongan yang panjang, lalu menyimpan tajak dan penyapu yang tidak sempat di gunakan tadi. Sambil tu ibu mengintai jam di dinding dari tingkap dapur, dah hampir pukul sebelas pagi. Belum sempat ibu masok kedalam rumah, kedengaran bunyi loceng basikal, krinngg kringgg kringgg. Hah Apek ikan dah datang, bisik ibu dalam hati.

'Ikan ape Pek?' belum sempat lagi Apek tu turun dari basikalnya, ibu dah menyoal.

'Tinggat ikan tenggili....cencalu dengan gelama'. jawab Apek dengan pelat.

'Bagi lah gelama dua kilo'. ujar ibu.Ibu memang suka ikan gelama, kalau ada macam-macam cara ibu masak.

'Gelama ..tenggili tatak mau ke'. tanya Apek sambil mengambil dacing lalu di sangkutkan di bakul ikan, kemudian dia membungkus dan menimbang ikan, lalu di berikan pada ibu.

'Tak mau la... esok aje...ha jangan lupa Pek..esok bawak sekali ikan kembong ye'. jawab ibu

'Hah' jawab Apek sepatah lalu pergi.

Ibu masuk kedapur, meletakkan ikan di sinki lalu ke rak pinggan di  tepi pintu mengambil papan pemotong dan mangkok plastik. Habis menyiang dan membersihkan ikan, ibu menggaulkan ikan dengan kunyit dan garam lalu ibu biarkan ikan untuk diperap. Ibu naik keatas rumah untuk mengambil tuala dan kain batik lalu kebilek air untuk mandi. Selesai membersihkan diri dan berdandan, ibu kedapur semula untuk menggoreng ikan.

Dalam masa menggoreng, ibu sempat merebus keledek yang telah dikopek dan dipotong kecil-kecil, untuk dimasak dengan daun pucuk manis. Ibu bubuh sedikit ikan bilis, sedikit belacan, hirisan bawang merah dan bawang putih dan sedikit garam kedalam rebusan keledek tadi. Bila dah mendideh dan keledeknya empok, ibu masukkan daun pucuk manis dan menutup apinya.

Setelah semua ikan habis di goreng, ibu pun menyiapkan bumbu* untuk ikan masak kicap. Anak-anak ibu kecuali Amar,cukup suka dengan ikan masak kicap. Walaupun masakan ibu simple tapi sedap, ibu mengambil sedikit lada hitam, bawang putih, halia di tumbuk halus, bawang besar di hiris bulat setelah dibersihkan. Dengan kuali tadi yang telah ibu kurangkan minyak menggoreng , ibu tumis dulu rempah tumis yang terdiri dari cengkih, buah pelaga (ibu buang isinya), bunga lawang dan kayu manis. Setelah bangkit baunya, barulah ibu masukkan bahan yang di kisar dan di hiris tadi, di kacau supaya tidak hangit, begitu selalu pesan ibu kepada kami. Kemudian barulah masukkan air dan sedikit kicap cap rumah api kacau lagi. Masukkan cuka, baru ibu masukkan separuh ikan goreng, di gaul rata,  lalu di angkat. Masakan kicap ibu, tak kira ikan, ayam atau daging, memang cair kerana ibu tak suka pekat likat dan ibu tak suka kicap manis. Dulu ibu suka gunakan kicap cap rumah api, sekarang ni baru ibu tukar kekicap cap kipas udang.

Apa yang ibu masak, ibu akan lainkan sedikit untuk abah, kerana abah tak suka makan dengan anak-anak, hanya ibu yang akan makan bersama kami anak-anaknya. Setiap kali anak- anak tanya, kenapa abah makan sorang sorang, ibu akan menjawab yang abah tak biasa makan ramai ramai kerana dari kecil abah sering sendirian.Entahlah betul atau tidak jawapan ibu tu, tak taulah.

Setelah siap menghidang, ibu terus kebilek air mengambil uduk kerana waktu zohor semakin hampir. Kemudian ibu terus ke bilek ibu di atas, membentang sejadah lalu ibu duduk memegang tasbih sambil berzikir.Tepat jam satu setengah kedengaran azan zohor berkumandang dari masjid Simpang, ibu pun terus solat zohor. Begitulah rutin hidup ibu setiap hari, selesai solat dan berdoa, ibu akan berhias menantikan abah dan anak-anaknya balek dari sekolah.

=============
'Assalamualaikum...ibu...ibu...ibu kat mana? teriakan Ome tidak didengar oleh ibu.

'Ibuu...ibuu...ibuu....kat sini rupanya ibu...ingatkan kat rumah....apa yang ibu buat kat sini?' Ome meleteri ibu.

'Hah..terkejut ibu...tak de buat apa-apa, saje aje rimas kat atas tu...' Ibu menjawab leteran Ome. Memang menjadi kebiasaan ibu bila rimas kat atas rumah, dia akan ketepi sungai sebelah tanah ibu. Hilang segala ingatan pada kenangan lama, beterbangan dengan sergahan Ome.

'Kau dari mana Ome?' tanya ibu.

'Dari rumah...saje nak jengok ibu...sapa ada kat rumah bu'.

'Saayah dengan anak-anak dia...Zira pun ada' jawab ibu lagi.

'Ibu..ibu menangis ke?'

'Tak de lah' jawab ibu

'Apa yang ibu fikirkan' tanya Ome lagi.

'Tak de apa yang ibu fikirkan hanya teringatkan Cikgu Esa...lama dah dia meninggalkan kite semua.'

'Iye la bu...muksu Nun, kak Leha...semuanya dah tak de, tinggal anak dia Muna dengan Lela.  Bukan dia orang aje, adek beradek dia pun dah tak ada.' Cikgu Esa mempunyai tiga orang anak, Leha, Muna dan Lela dan seorang anak angkat Hamidah yang tinggal di Kuala Lumpur. Hamidah dah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak dua perempuan seorang lelaki, dua anak perempuan dibela oleh Cikgu Esa manakala yang lelaki dibela olehnya.

'Dah tak de orang tua kat kampung ni ...ye bu'. kata Ome lagi.

'Muna pun hanya tinggal dengan anak-anak dia ...suami dia dah ikut prempuan lain...Lela pulak dah kat Kuala Lumpur.... kesian kat Muna..kerja tak ade, harapkan dari upah jahit baju nak membesarkan anak-anak.'

Ome hanya mendiamkan diri, baginya ibu lebih beruntung kerana masih punya pencen aruah abah, bukan saja anak-anak, cucu-cucu ibu malahan cicit-cicit  ibu pun merasa duit pencen aruah abah. Bertuah sungguh hidup ibu, punya pencen, rumah sewa walaupun hanya dua pintu, kebun sawit tujuh ekar dengan anak-anak bagi setiap bulan, cukup mewah buat ibu. Ibu pun bukannya ada anak yang bersekolah lagi cuma Zira, cucu ibu yang dibela dari kecil. Nasib baik ada Zira, dialah tempat ibu mencurahkan kasih dan rindu.

'Amar tak de talipon..bu..lama tak dengar khabar dia.'

'Tak de'. jawab ibu lemah aje suaranya. Rindunya pada Amar tak dapat nak dikatakan, rindu sangat-sangat, hampir lima tahun Amar meninggalkan Malaysia bekerja di negara Arab. Kerana mengejar imbuhan yang besar sanggup Amar tinggalkan ibu tua yang hanya menanti masa menyahut panggilan Ilahi. Kalau Amar selalu telepon ibu tak apalah juga, ini setahun payah sekali nak telepon, kalau ibu telepon nak cakap dengan Amar, isteri dia yang akan cakap. Itulah yang membuatkan ibu malas nak telepon, mesti tak dapat nak dengar suara Amar, ibu bukan nak dengar suara dia, ibu nak dengar suara Amar. Tapi kenapa Amar susah sangat nak telepon ibu, banyak kerja ke, mahal sangat ke bayaran teleponnya, tak ada duit ke, entahlah malas ibu nak fikir. Masa nak pergi dulu pun Amar tak beritau ibu, isteri dia telepon ibu, tu pun dah nak masuk dalam kapal terbang, sekejap sangat. Sempat ibu tanya mana Amar, dia kata kat sebelah tapi bila ibu nak cakap dengan Amar dia terus matikan telepon.

'Akak tak balek ke bu?'tanya Ome lagi,

'Tak...abang Nan banyak kerja..lagi pun anak-anak dia sekolah.'

'Yuk bu kite masuk...ibu pun belum makan kannn.'

'Lupa pulak, ibu memang belum makan...yuk lah...kite masuk.'

Tuesday, November 15, 2011

Dimana Matahati

Ibu termenung dianjung rumah termenung dan termenung. Begitulah keadaan ibu sejak Amar pergi dari hidup ibu, ibu bagaikan tidak bernyawa lagi, apa yang ibu tau hanyalah termenung saja. Pagi selepas solat subuh ibu dah duduk dianjung, tanpa minum pagi ibu dah termenung. Bila azan zohor berkumandang barulah ibu bangun menuju kebilek air, mengambil uduk dan menunaikan solat kemudian barulah ibu makan.

Selepas makan ibu akan duduk dianjung lagi hinggalah kewaktu Asar, selepas solat Asar ibu akan duduk lagi dianjung sampailah waktu Magrib, begitulah rutin hidup ibu setiap hari. Sikap ibu yang begitu bagaikan hanya Amar sahaja anak dia, tidakkah ibu terfikir akan perasaan anak anak ibu yang lain. apakah anak anak ibu yang lain tidak berkecil hati dengan sikap ibu yang sentiasa melebihkan Amar dalam hidup dia.

'Assalamualaikum... buat apa tu Cek Minah?'

'Hiss..engkau ni Kiah...buat aku terkejut aja' Waalaikumussallam..'

'Apa yang Cek Minah menungkan ni....ingatkan Amar ye...'

'Entahlah Kiah...hati aku ni asyek teringatkan dia aja...'

'Sudah sudahlah tu Cek Minah... janganlah diingatkan orang yang dah pergi jauh tu... doakanlah agar dia bahagia disana...'

'Bukan aku tak doakan dia Kiah...setiap saat aku berdoa agar dia sekeluarga selamat....tapi aku sedih....kenapa dia buat begini kat aku...aku tak pernah masuk campur hal rumahtangga dia....aku tak pernah kacau anak bini dia...malahan kalau dia balek sini pun aku tak pernah suroh bini dia masak...sanggup aku suroh  Ome datang masak...'

'Ialah Cek Minah...kita ni siapa....isteri dia siapa...takkan sama dengan kita .... maklumlah orang kota'

'Tapi Kiah...bini dia kan anak ustazah....bapak dia pulak Pengarah badan berkanun kerajaan... takkan lah tak terfikir ..... apa hukumnya dia memisahkan anak dengan ibu....'

'Itu kata kita Cek Minah... kalau dia berfikir begitu ... dia takkan buat punya...'

'Entahlah Kiah...aku selalu terfikir apa salah aku pada dia orang...'

'Cek Minah tak salah apa apa....dahlah jangan fikirkan mereka... oklah Cek Minah saya nak balek dulu lah...hari dah nak gelap ni...nanti bermalam pulak saya disini...hehehe...'

'Kamu ni Kiah ada ada saja nak buat aku ketawa...'

'Ok Cek Minah saya balek dulu.... jumpa lagi ....lain kali kita sembang lagi ye...selamat malam...'

'Selamat Malam'

Monday, October 4, 2010

Perasan

Membaca e-novel alina haizar ETDUS-Enggang Terbang Di Ufuk Senja- bab 32 terasa bahgia….Bercinta dipertengahan usia tak sama dgn percintaan semasa remaja…apatah lagi dgn keperibadian Johari…mengingatkan kite pada seseorang yg pernah kite sayang.... Begitu penyayang...begitu sabar...bertolak ansur...sentiasa bertutur dgn lembut...menghargai keujudan pasangannya...pandai mengambil hati…membuat jiwa begitu damai bila membacanya…terusik rasa…terbuai sanubari…masih adakah lelaki yang seperti Johari…..


Mana ada wanita yang tidak terpesona dengan lelaki yang begitu handsome, macho,kaya, ahli perniagaan terkenal dan yang paling penting tinggi keperibadiannya dan begitu teguh dengan cintanya….

Hai…kalaulah diriku belum berpunya……cehhh...perasan

Saturday, September 11, 2010

Ditinggal Pergi

Assalamualaikum...
Terasa bagaikan diri ini yg menghadapinya, yang merasainya...hiba, sayu,sedih,geram, marah...entah apa2 lagi tak tau nak kata. Apakan tidak setelah lama bersama mengharungi berbagai cabaran... menghadapi segala derita... akhirnya ini balasan yang diterima... begitulah perangai lelaki..bila dapat yang baru, yang lama,yang membantunya hingga berjaya, hingga kaya ditinggal pergi ...hilang segala kasih dan sayang, hilang CINTA SEJATI lupa siapa diri. Apatah lagi kalau yang baru tu muda kiut miut,cantik molek bak model...manakan tak tergoda,manakan tak terliur, belum beranak lagi kan.... lainlah yang lama dah beranak pinak... dah tak ada figure la katakan..  sedih. ..rasa terhina sangat....

Membaca ENGGANG TERBANG DI UFUK SENJA (enovel Alina Haidar) membuatkan kite terseksa perasaan...terluka jiwa...terbuai dengan jalan ceritanya, tenggelam dalam emosi... tak pasal2 hubby yang kena ceramah kite...kerana apa...kerana apa yang diceritakan dinovel ETDUS memang sedia berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku...kalau tak percaya cubalah lihat disekeliling kite... betul kan

Sebenarnya memang kite benar2 ditinggal pergi...ditinggal pergi oleh buah hati kite yang tinggal bersama kite ke Kucing Sarawak...untuk beraya bersama sepupu2 mereka... setelah bertahun tidak bersua...semoga mereka gembira...tinggallah kite berdua saja.Tapi tak mengapa Insyaallah my pricess will be here tonight (frm Perlis) Princess Anne.

Dimalam raya hanya anak bongsu dan anak2 mereka menemani kite..tapi tengahhari raya pertama mereka bertolak kerumah mertuanya...terasa rindu melanda jiwa...begitu juga anak keempat singgah sekejap sebelum kerumah mertuanya...begitulah lumrah hidup....nak buat macam mana...

Daku Ditinggal Pergi.......