Followers

Friday, July 30, 2010

Kisah Sakratul maut: Anak yang Durhaka pada Orang Tua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat sejahtera kpd semua dihari yg indah ini….
Kite nak berkisah dipagi Jumaat ini dgn Kisah Nabi Muhammad saw dgn sahabat baginda...terima kasih Syamsuri Rifai berkongsi ilmu...

Kisah Sakratul maut: Anak yang Durhaka pada Orang Tua
Oleh: Syamsuri Rifai

Pada suatu hari Rasulullah saw mendatangi seorang pemuda saat
menjelang kematiannya. Beliau mengajarkan kepadanya kalimat syahadah:
Lailaha illallah. Tetapi pemuda itu lidahnya terkunci.

Rasulullah saw bertanya kepada seorang ibu yang ada di dekat
kepalanya: Apakah pemuda ini anak ibu?

Ia menjawab: Ya, saya ibunya.

Rasulullah saw bertanya: Adakah kamu murka kepadanya?

Ibunya menjawab: Ya, saya tidak berbicara dengannya selama 6 haji (6
tahun).

Rasulullah saw bersabda: Ridhai dia!

Ibunya menjawab: Saya ridha kepadanya karena ridhamu padanya.

Kemudian Rasulullah saw mengajarkan kembali kepadanya kalimat: Lailaha
illallah.

Pemuda itu sekarang dapat mengucapkan kalimat Lailaha illallah.

Rasulullah saw bertanya kepadanya: Apa yang kamu lihat tadi?

Pemuda menjawab: Aku melihat seorang laki-laki yang berwajah hitam,
pandangannya jahat, pakaiannya kotor, baunya busuk; ia mendekat
kepadaku, dan marah padaku.

Kemudian Rasulullah saw membimbingnya membaca:

يَامَنْ يَقْبَلُ الْيَسِيْرَ وَيَعْفُو عَنِ الْكَثِيْرِ اِقْبَلْمِنِّى الْيَسِيْرَ، وَاعْفُ عَنِّي الْكَثِيْرَ اِنَّكَ أَنْت َالْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
Yâ May yaqbalul yasîr wa ya’fû ‘anil katsîr iqbal minnil yasîr, wa’fu
‘annil katsîr, innaka Antal Ghafûrur Rahîm.

Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan Mengampuni dosa yang banyak,
terimalah amalku yang sedikit, dan ampuni dosaku yang banyak,
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Lalu ia mengucapkannya.

Rasulullah saw bertanya lagi: Lihatlah sekarang apa yang kamu lihat?
Pemuda menjawab: Aku melihat seorang laki-laki yang berwajah putih dan
indah, harum baunya, bagus pakaiannya; ia mendekat padaku, dan aku
melihat orang yang berwajah hitam itu menjauh dariku.

Rasulullah saw bersabda: Perhatikan lagi, ia pun memperhatikan.
Kemudian beliau bertanya: Apa yang kamu lihat sekarang.

Pemuda menjawab: Aku tidak melihat lagi orang yang berwajah hitam itu,
aku hanya melihat orang yang wajahnya putih, dan cahaya meliputi
keadaan ini. (Al-Mustadrak 2:129)

Wahai saudara-saudaraku, renungi baik-baik kejadian ini, dan
perhatikan betapa banyak akibat buruk durhaka kepada orang tua.
Bukankah pemuda itu adalah salah seorang dari sahabat Nabi saw, beliau
menjenguknya, duduk di dekat kepalanya, dan beliau sendiri yang
mengajarkan kalimat tauhid kepadanya. Tapi ia tidak mampu
mengucapkannya kecuali setelah ibunya memaafkan dan meridhainya.

Tuesday, July 27, 2010

Siakap Masam Manis


Salam semua...apa khabar...? harap semuanya baik2 belaka.....
bersiaran dimalam hari dengan Ikan Siakap Masam Manis....
jom intai resepinya.....

Bahan2nya
1 ekor ikan siakap-bersihkan, gaul dengan garam dan kunyit lalu digoreng hingga kuning
5 biji cili padi
5 biji cili cili merah
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 tin kecil nenas kiub
sedikit sos plum-jika suka
sedikit garam, gula dan minyak untuk menumis

Cara2nya
1. Cili merah, bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
2. Bawang besar dipotong bulat.
3. Panaskan sedikit minyak, setelah panas tumiskan bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan bawang besar kacau rata.
4. Setelah itu masukkan sedikit air nenas dan nenas kiub tadi.
5. Kemudian masukkan sos plum dan ikan, garam, gula serta cili padi.
6. Balek2kan dan jgn lupa sesuaikan rasanya.

Sunday, July 25, 2010

Jenahak Masak Lemak Pucuk Ubi

Salamun alaik dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Ari nie kite layan jer la yer masakan ala kampung Jenahak Masak Lemak Pucuk Ubi...

Jenahak Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan2nya:
1 ekor ikan jenahak - lebih sedap dengan ikan cencaru atau ikan kembung (kata jiran kite yg bagi resepi ini)... kat rumah ada ikan jenahak jadi kite guna ikan jenahak jer...
10 biji cili padi merah - kalau nak pedas boleh letak lebih, boleh guna cili padi hijau
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji tomato - jika suka tak bubuh pun tak apa
sedikit belacan
secekak pucuk ubi - ambil daun yang muda, cuci kemudian ramas dengan garam
1 biji kelapa parut - asingkan santan pekat dan santan cair
asam jawa sebesar ibu jari
sedikit garam, gula dan minyak untuk menumis

Cara memasaknya:
1. Ikan disiang dan dicuci bersih, ketepikan.
2. Tumbuk cili padi dengan belacan hingga lumat, masukkan bawang merah dan bawang putih tumbuk lagi.
3. Tumis bahan tumbuk tadi hingga berbau wangi, masukkan santan cair, kacau hingga rata. 4. Masukkan ikan, tomato yang telah dipotong empat.
5. Setelah mendideh masukkan garam, gula dan air asam jawa.
6. Tuangkan santan pekat. Dikacau sentiasa, bila nak angkat baru masukkan daun pucuk ubi.
7. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan.
Selamat Mencuba.....



Friday, July 23, 2010

Ciri-Ciri Kita Semakin Tua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirahmannirrahim

Di pagi Jumaat yang mulia ini marilah kita menilai diri kita di mana kita... ingin kita kongsikan bersama petikan dari blog madeyz... thanks madeyz... have a good day.

CIRI-CIRI KITA SEMAKIN TUA

Inilah 10 ciri-ciri kita semakin semakin tua.

1. Dulu, kalau nak membaca... dari jauh pun boleh baca.
Sekarang, dekat2 tak Nampak... kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu, kalau nak kencing, dari jauh... suuurrrrr!!!! masuk...!!!.
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas... baru masuk...

3. Dulu, masa tidur menghadap muka... rapat-rapat,
Sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu...

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...),
Sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...

5. Dulu, pakai baju mesti sama... sama color, sama design, sama brand... sedondon...
Sekarang, “Asal kau ada baju nak pakai udah la...!”

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung… pakai tudung...
Sekarang, “Alah... you pakai yg “wrinkle free” tu je la...!” (dlm hati... macam la ada orang nak tengok dia... hiyyyy!!! Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
Sekarang, tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS... “Lama lagi ke?” “Apa aje yg you cari ni?”

8. Dulu, hebat...!!! sebulan sampai 12 kali...,
Sekarang, kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juga...

9. Dulu, menunggu pun dah keras...
Sekarang, menunggu nak keras...

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka... jgn pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka juga... “Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?”


Wednesday, July 21, 2010

Mungkinkah Panas Ini Sampai Ke Petang

Assalamualaikum... bersiaran dipetang hari dalam panas mentari yang membahang...


Renung renungkan...

Jika Hati Sejernih Air…..Jangan Biarkan Ia Keruh,
Jika Hati Seputih Awan….Jangan Biarkan Ia Mendung,
Jika Hati Sepanas Mentari….Jangan Biarkan Ia Rentung,
Jika Hati Seindah Rembulan…..Hiasi Ia Dengan Iman.
Jagalah Hati Dengan Zikrullah Agar Hati Sentiasa Bersinar Gemilang.


IKUT HATI MATI….IKUT RASA BINASA….perumpamaan yang baik untuk kita hayati bersama.


Sunday, July 18, 2010

Kelebihan Bersedekah

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Surau Al-Hidayah...bangunan utama yang telah siap... tetapi...
Pembangunan kawasan sekitar terbelengkalai sebab kekurangan dana...

Pemandangan dari sudut yang lain...



Kisah Kelebihan Bersedekah

Suatu ketika dahulu ada seorang tok guru yang alim dan telah mengarang banyak buku-buku agama tetapi dia amat kurang bersedekah. Pada suatu hari seekor lalat hinggap di bekas dakwatnya dan minum dakwatnya itu, lalu tuan guru itu niat untuk sedekah kepada lalat itu atas apa yang telah diminumnya. Setelah meninggal dunia salah seorang daripada anak muridnya bermimpi bertemu tuan guru itu sedang berada dalam syurga dengan keadaan yang gembira sekali. Lalu anak murid itu bertanya kepada tuan guru adakah tuan guru dapat masuk ke syurga ini kerana tuan guru telah banyak menulis buku-buku? Tuan guru itu menjawab bahawa dia masuk ke syurga bukan kerana buku-buku yang ditulisnya kerana melalui buku-buku yang ditulisnya itu lahir perasaan riak tetapi dia masuk syurga kerana niat sedekahnya kepada lalat yang meminum dakwatnya.

Begitulah saudara saudari sahabat sahabat sekalian jika kepada haiwan kita pun kita lakukan kebaikan apatah lagi jika kita lakukan kebaikan kepada manusia tambahan pula dalam Bulan Ramadhan yang semakin hampir menemui kita...

apa yang paling dekat dengan diri kita - Mati
apa yang paling jauh dari kita didunia - Masa Lalu
apa yang paling besar di dunia - Nafsu
apa yang paling berat di dunia - Menanggung Amanah
apa yang paling ringan di dunia - Meninggalkan Solat
apa yang paling tajam di dunia - Lidah Manusia

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah salallahualaihi wassalam bersabda yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah yang berjalan terus,
ilmu yang berguna dan diamalkan serta
anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”.






Tembok pagar yg terbelengkali ditampung dgn kepingan zink utk mengelakkan anjing liar memasuki kawasan surau... sedih kan...

Sumbangan dari para dermawan sangat diharap... alamatkan sumbangan kepada akaun seperti di bawah...

Wednesday, July 14, 2010

Siakap in a Vege Nest

Salam sejahtera buat semua... hari nie kita masak siakap... jomlah layan jer...

SIAKAP IN A VEGE NEST
BAHAN2 NYA
1 ekor ikan siakap
6 tangkai cili merah
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit garam, kunyit, kicap manis,sos cili dan sos tomato
minyak untuk menggoreng ikan

Kobis - cuci bersih dan dihiris  kemudian dicelur.

CARANYA
Ikan dibersihkan dan dilumur dgn garam dan kunyit lalu digoreng. Setelah kekuningan angkat.  Bawang merah, bawang putih dan cili merah di kisar halus. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. masukan sedikit air, sedikit kicap manis, sos cili dan sos tomato. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya, kemudian angkat dan hidangkan.