Followers

Sunday, July 18, 2010

Kelebihan Bersedekah

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Surau Al-Hidayah...bangunan utama yang telah siap... tetapi...
Pembangunan kawasan sekitar terbelengkalai sebab kekurangan dana...

Pemandangan dari sudut yang lain...



Kisah Kelebihan Bersedekah

Suatu ketika dahulu ada seorang tok guru yang alim dan telah mengarang banyak buku-buku agama tetapi dia amat kurang bersedekah. Pada suatu hari seekor lalat hinggap di bekas dakwatnya dan minum dakwatnya itu, lalu tuan guru itu niat untuk sedekah kepada lalat itu atas apa yang telah diminumnya. Setelah meninggal dunia salah seorang daripada anak muridnya bermimpi bertemu tuan guru itu sedang berada dalam syurga dengan keadaan yang gembira sekali. Lalu anak murid itu bertanya kepada tuan guru adakah tuan guru dapat masuk ke syurga ini kerana tuan guru telah banyak menulis buku-buku? Tuan guru itu menjawab bahawa dia masuk ke syurga bukan kerana buku-buku yang ditulisnya kerana melalui buku-buku yang ditulisnya itu lahir perasaan riak tetapi dia masuk syurga kerana niat sedekahnya kepada lalat yang meminum dakwatnya.

Begitulah saudara saudari sahabat sahabat sekalian jika kepada haiwan kita pun kita lakukan kebaikan apatah lagi jika kita lakukan kebaikan kepada manusia tambahan pula dalam Bulan Ramadhan yang semakin hampir menemui kita...

apa yang paling dekat dengan diri kita - Mati
apa yang paling jauh dari kita didunia - Masa Lalu
apa yang paling besar di dunia - Nafsu
apa yang paling berat di dunia - Menanggung Amanah
apa yang paling ringan di dunia - Meninggalkan Solat
apa yang paling tajam di dunia - Lidah Manusia

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah salallahualaihi wassalam bersabda yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah yang berjalan terus,
ilmu yang berguna dan diamalkan serta
anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”.






Tembok pagar yg terbelengkali ditampung dgn kepingan zink utk mengelakkan anjing liar memasuki kawasan surau... sedih kan...

Sumbangan dari para dermawan sangat diharap... alamatkan sumbangan kepada akaun seperti di bawah...

1 comment:

Sharif Dez said...

Berapa ramaikah yang mengamalkannya...

sharifdez