Followers

Thursday, February 24, 2011

Gossip

Assalamualaikum...Selamat Malam Jumaat..
apa khabar semua kawan2...

Jiran oh Jiran

Kite bukan la nak menyebok...tapi cube la kalian fikir2 kan, apa yang patut di buat atau ditolong setiap hari dan malam akan terpekik terlolong...menjerit sesuke hati dia...nak kata budak dah tua ....hesh..tak senang hati perut kite dibuatnye.....

Sebenarnye kan..itulah jiran kite sejak kite duduk rumah ni hingga kini... bila masuk waktu Asyar,waktu Maghrib atau tengah malam...mesti terjerit jerit..sambil menjerit sambil memaki hamun..tak tahulah dia maki hamun sapa... tukang ubat silih berganti datang...ada masa sampai pergi ke Melaka berubat... bayaran setiap kali berubat tak boleh crite la takut dengar....ada yang sampai RM 5000 sekali ubat....hai entahlah...

Kesian kat isteri dan anak dia..dahlah anak sorang...setiap hari isnin rabu dan jumaat dia akan pergi cuci darah kat PJ...sebelum subuh anak dia dah datang ambik kerana anak dia duk Sunway... tengahhari anak dia hantar balek...itupun tak terima kasih...di sumpah anak tu agar mati...macam tu juga dengan menantu dia disumpah dan tak bagi datang rumah dia...bayangkan apa perasaan anda kalau anda kena macam tu.
Isteri dia pulak setiap malam tak boleh tidor...kerana dia tak tidor jadi dia tak bagi isteri dia tidor...masa tidor dia waktu matahari naik...setiap pagi. Lepas tu...tak bagi pulak isteri dia berkawan dengan jiran2...kite ni pulak pantang tengok muke isteri dia... mesti nak menegor...ada masa kami berbual ...ada masa hanya guna bahasa isyarat....nak buat macam mane....

2 comments:

SITI NOARIZAH ARIS said...

Assalam...sy jg pernah jumpa org mcm ni tapi skrg dh arwah.... bezanya anaknya ramai tapi tak mau pulak jaga dia mgkin kerana perangai mcm tu.

p/s:sy kerja di Sunrich Intergrated s/b,seremban.

Asrul "iLham" Sany said...

lama gak tak nampak u dlm bhagian komen i...

;-)p