Followers

Thursday, February 3, 2011

Ibu Mertua

Salamunalaik...
Selamat Tahun Baru Cina ...

Perihal Ibu Mertua

Tadi semasa berjalan jalan di blog Anastasyea kisah disebalik kanta coklat 
ada mengesahkan tentang ibu mertua kawan dia.. ni kite pun nak crite kawan kepada kawan kite...  namanye Timah (nama samaran) berkahwin dgn orang Kelantan, tinggal di KL.

Timah ni tak lah tinggal dgn mak mertua... tapi dianiaya oleh mak mertuanya hingga hidup dia cukup sengsara.... Dia sentiasa sakit, bila kehospital tak ada apa...puas berubat...tak baik2...Satu hari dia bercerita kat kawan kite...atas dasar simpati kawan kite pun bawalah jumpa Encik Borhan(nama samaran). Kawan kite ni pernah berubat dengan Encik Borhan...masa tu dia kena sakit sebelah paru2 dia dah rosak dan hampir dibedah buang.. tapi sekarang Alhamdulillah dah baik..tak dibedah pun.

Pada mulanya agar sukar Encik Borhan nak mengawal apa yang di hantar oleh mak mertua Timah.. bunyi harimau mengaum keluar dari mulut dia... asap putih keluar dari atas kepala dia... baunya cukup busuk.Anak dan suami kawan kite nampak sesuatu datang dan berhenti depan pintu rumah Encik Borhan... memang menyeramkan... tapi Encik Borhan hanya menyuroh mereka bertenang...

Setelah selesai, Encik Borhan bertanya pada Timah...apa yang berlaku...lalu Timah menceritakan segala galanya. Kerana tanah atas nama suami Timah yg ingin dijual oleh emak mertua tapi suami Timah enggan menjualnya...sanggup emak mertua dia menyihir dia...suami Timah tak percaya apa yg emak dia lakukan. Setiap malam Timah tak dapat tidur... seluruh badan dia sakit2...kepala dia pula penuh dengan kudis hingga keleher .. tak tahan dengan baunya...bukan suami dia saja tak mau dekat tapi kawan2 dia pun lari. Bukan dia tak berubat...dah banyak tempat dia pergi...tak juga baik2. Dia pergi pun dgn kawan yang simpati ..kerana suami dia tak percaya dan marah bila dia nak pergi berubat. Kerana dah tak tahan sangat tu la...dia menceritakan derita dia pada kawan kite...

Begitu la kerana tamak dan haloba sanggup menganiaya anak menantu....

3 comments:

Nadz Nazharzan said...

Masyallah...
Allah melaknat hambanya yang bersengkokol dgn iblis untuk menganiaya manusia lain untuk kepentingan diri sendiri. Seram lak bila baca cerita tu..Tapi Naz pun ada kawan yg mak mertua dia tak suka dia sampai bercerai kawan Naz tu dgn suami dia. Masa dia diceraikan tgh pregnent anak sulung 3 bulan, kahwin tak sampai setahun pun.
Nauzubillah..minta dijauhkan Allah..

Asrul "iLham" Sany said...

sy agak takot dgn mak mentua...

Neena said...

Alhamdulillah, mak mertua saya amat memahami menantunya....