Followers

Thursday, April 7, 2011

Ayam Rendang Lilian

Assalamualaikum....dah breakfast ke kawan2...makan ape pagi ni...
kite belum breakfast lagi....tengah depan pc nak masukkan entri tuk ari ni....
ari ni kite nak share resepi yang anak kite masak masa adik kite dan anak2 nya, dari Johor Bahru datang berkunjung kerumah kite....masak ayam dalam kuali yang besar...

Ayam Rendang Lilian
Bahan2nya
1 1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka, dicuci lalu digaul dengan garam kunyit
10 biji cili merah *
10 biji cili hijau *
15 biji bawang kecil *
10 ulas bawang putih *
5 biji bawang besar *
7 batang serai-dititik
sebuku halia - anggaran 3 inci *
sebuku lengkuas - anggaran 2 inci, diketuk sahaja
garam, gula, asam keping dan sedikit air asam jawa
1 peket santan - RM4.50
minyak untuk menggoreng ayam

Cara2nya
Ayam yang telah diperap tadi, digoreng setengah masak kemudian angkat, ketepikan.
Bahan2 yang bertanda *dihiris kesemuanya.
Gunakan kuali yang menggoreng ayam tadi, keluarkan minyaknya tapi tinggalkan sedikit untuk tumis.
Tumis bahan2 yang telah dihiris tadi, lengkuas, halia dan serai hingga naik baunya.
Masukkkan ayam, digaul rata, tuangkan sedikit air baru masukkan santan, masak hingga kering, sebelum itu masukkan air asam jawa, gula, garam dan asam keping. Kalau nak ada kuah, sebelum kering bolehlah diangkat.

No comments: