Assalamualaikum.....
Apa khabar rakan2 semua....
Dimalam yang hening dan syahdu ini, kite nak kongsi satu artikel yang boleh dijadikan panduan dan tauladan pada kita semua...terutamanya yang punya anak2 yang masih bersekolah..Tak kiralah sekolah tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah...
Walaupun perkara ini dah lama berlalu, kerana kite baru saja terjumpa jadi...ada baiknya kite siarkan...
Artikel yang kite ambil dari 'blog yangazmah.blogspot.com' semoga apa yang ditulis beliau memberi menafaat pada kita semua.Terima kasih kepada beliau...
Didiklah Guru-Guru Kita ....
Untuk kepentingan Pendidikan Negara Malaysia yang tercinta, Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dicipta.
"Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika sedang menyiasat kes kecurian." Petikan dari blog terima kasih.
Berita ini sangat mengejutkan, bukan sahaja di Perlis tetapi gempar seluruh Negara. Dimanakah salah dan silapnya hingga terjadi kejadian demikian. Siapakah Yang Hendak Disalahkan? .
Guru tersebut ?
Murid tersebut ?
Keluarga murid tersebut ?
Pengetua sekolah tersebut ?
Guru2 sekolah tersebut ?
Sistem pengurusan sekolah tersebut ?
Sistem Pendidikan di negara kita ?
Kejadian telah pun berlaku, kita berdoa semoga tidak berlaku lagi hingga menyebabkan kematian kepada anak murid kita. Kita selalu beranggapan sekolah dan asrama adalah tempat yang selamat untuk anak kita.
Kita mengharapkan siasatan dapat dijalankan dengan penuh keadilan dan pihak berkuasa tentu dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. Menjadi pengajaran kepada semua pihak agar perkara ini tidak berlaku lagi.
Kisah ini berlaku pada anakku, Anakku dituduh oleh kawannya mencuri wangnya, kebetulan diletakkan dalam kotak pensilnya, sebanyak RM6.00. Guru kelas memanggil anakku, mungkin penyiasatan dijalankan .... bertubi-tubi kali tanya dan disoal. Mengikut anakku, dia menerangkan itu wangnya yang dikumpul dari wang belanjanya setiap hari. Kata gurunya memanglah orang mencuri mana mengaku dirinya mencuri. Ini menyebabkan anakku sangat sedih.... balik ke rumah masih sedih.
Perubahan itu memang ketara sekali, Aku pun menyoal siasat.. aku pun takut juga, Kut kut dia yang mengambil wang tersebut. Dia menerangkan setiap hari dia mengumpulnya. Aku tanya apa yang dibelanjanya setiap hari.... dan lain2 soalan yang relevan .
Apabila aku berpuas hati barulah aku ke sekolah berjumpa dengan gurunya. Aku sanggup membayarnya sekiranya guru terus menuduhnya, aku anggapkan sebagai sedekah.
Setelah guru menyiasat dengan saksi-saksi sekali barulah dapat keputusan yang anakku bukan mencurinya dan ada perkara lain yang menyebabkan duitnya hilang. Bagaimana sekiranya aku tidak ke sekolah berjumpa dengan gurunya.. tentulah dia yang dituduh.
Bagaimana dengan budak lain kalau sekiranya dituduh dan ada saksi2 yang palsu, tidak memberitahu ibu bapanya, tentulah ia akan menerima hukuman, walaupun ia tidak bersalah. Kadang-kadang penyiasat memaksa dia mengaku...inilah perkara-perkara yang perlu ditimbangkan dalam kes-kes demikian di sekolah.
Ini hanya satu kes kecil yang berlaku, nampaknya sangat ringan tetapi memberi impak yang sangat besar kepada kanak-kanak , kesan pada jiwa mereka, emosi mereka terganggu dan kemungkinan tingkahlaku mereka juga berubah.
Oleh yang demikian kita mengharapkan pihak sekolah memberi tunjukajar yang mantap kepada guru-guru agar mereka dapat Ilmu yang sepatutnya mereka ada. Jangan tangkapmuat saja bila melantik guru-guru berkaitan. Kita kena memberi keadilan kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa supaya tidak berlaku lagi perkara-perkara yang sepatutnya tidak berlaku di bsekolah sebagai tempat yang selamat untuk
murid-murid dan guru-gurunya.
4 comments:
betul tu..cikgu pun tak leh pakai tuduh ajer..mesti selidik..
mahal tak makanan kat situ? nantilah kita dating lagi..bila ada masa terluang
salam ziarah
semua pihak kena main peranan spt pihak sekolah, ibubapa, dan masyarakat juga
insyallah , kalau ssemua pihak ambil peranan dan tanggungjawab, perkara sebegitu dapat kita elakkan
kakinakl...
mahal jugalah..selalunya anak kite yg beli..
rezeki...betul tu...kesian jg kat guru2
Salam.... jln2 kat alam maya, tersinggah ke blog ni.... blog yg bgus byk info berguna. Sy terpanggil jg utk share di sini berkenaan kes yg berlaku ke ats ank lelaki sy form 3 di sek men di KB. Ank sy selalu kna buli dgn pljr kelasnya hingga xnak ke sek. Sy adukn pd guru disiplin. Tp agak hampa dgn jwpn guru trsebut bila dia jwb...."Pljr yg slalu buli ank puan mmg antara pljr yg dlm senarai utk dibuang sek krn trlalu byk ksalahan disiplin tp pihak sek xdpt nk bt demikian krn ayah pljr ni antara yg terbyk bt sumbangan (kewangan) utk sek...." Sungguh x adil jwpn tu kan.... Last2 sy tukarkn ank sy ke sek lain....
Post a Comment