Followers

Saturday, May 14, 2011

Perginya Tidak Akan Kembali

Assalamualaikum....

Melihat dia bagaikan melihat Natrah diSingapura... anak orang putih yang dibesarkan oleh orang Melayu Mesing(kalau tak silap kite)....cantek dan manis orangnya... kariernya bukan lah sebagai penyanyi tetapi sebagai seorang pendidek(guru) kemudian beralih kebidang perniagaan makanan.. lagu 'Penawar Rindu' adalah lagu hit beliau.

Perginya sekuntum bunga yang tak akan kembali lagi...ORCKID ABDULLAH

Dari blog ibm-akusayangumno.blogspot.com...tq

ALFATIHAH.
Derita Orchid berakhir.........

Artis Veteran, Datuk Orchid Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang jam 12:30 tengah hari semalam.Beliau meninggal kerana menderita penyakit tumor sejak empat tahun lalu.
Menurut anak bongsunya, Nur Shafinaz Mokhtar, 31, ibunya dimasukkan ke hospital berkenaan jam 2 pagi setelah keadaannya semakin kritikal.

Menurutnya, selain tekanan darah yang rendah, kandungan gula dalam badanya juga semakin menurun walaupun telah dimasukkan glukos ke dalam badannya. Katanya lagi, sistem dalam badan ibunya bergantung sepenuhnya kepada mesin sokongan hidup sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Orchid Abdullah di semadikan di tanah perkuburan Taman Keramat AU1.

IBM : Industri seni kehilangan seorang lagi bintang tersohor di era 60an. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh dan beriman. Amin..!!
Allahyaraham semasa terlantar di Hospital.

Dari Cuteoven: Beliau adalah kakak ipar kepada Datin Zamzamah Hj Omar...isteri Dato' Ahmad Haron... Dan beliau adalah isteri kepada Dato' Mokhtar Hj Omar
Takziah dari kami sekeluarga....ALFATEHAH...

4 comments:

Anonymous said...

al-fatihah...
Datuk Siti minat ngan arwah ni...
moga roh beliau ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

Unknown said...

al fatihah buat arwah.
cantiknya buaian baby tu.cucu orang kaya kan.

Amie said...

al-Fatihah, moga tenang bertemu dengan-Nya.

kak ina kl said...

terima kasih sudi bagi komen..oo klu betul ira muka lebih kurang sma dengan adik kamu kiranya dah ada 2 lah kembar dia