Followers

Sunday, July 25, 2010

Jenahak Masak Lemak Pucuk Ubi

Salamun alaik dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Ari nie kite layan jer la yer masakan ala kampung Jenahak Masak Lemak Pucuk Ubi...

Jenahak Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan2nya:
1 ekor ikan jenahak - lebih sedap dengan ikan cencaru atau ikan kembung (kata jiran kite yg bagi resepi ini)... kat rumah ada ikan jenahak jadi kite guna ikan jenahak jer...
10 biji cili padi merah - kalau nak pedas boleh letak lebih, boleh guna cili padi hijau
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji tomato - jika suka tak bubuh pun tak apa
sedikit belacan
secekak pucuk ubi - ambil daun yang muda, cuci kemudian ramas dengan garam
1 biji kelapa parut - asingkan santan pekat dan santan cair
asam jawa sebesar ibu jari
sedikit garam, gula dan minyak untuk menumis

Cara memasaknya:
1. Ikan disiang dan dicuci bersih, ketepikan.
2. Tumbuk cili padi dengan belacan hingga lumat, masukkan bawang merah dan bawang putih tumbuk lagi.
3. Tumis bahan tumbuk tadi hingga berbau wangi, masukkan santan cair, kacau hingga rata. 4. Masukkan ikan, tomato yang telah dipotong empat.
5. Setelah mendideh masukkan garam, gula dan air asam jawa.
6. Tuangkan santan pekat. Dikacau sentiasa, bila nak angkat baru masukkan daun pucuk ubi.
7. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan.
Selamat Mencuba.....



1 comment:

MANDALAY said...

Berminat sunggug dengan ruang simple cooking ini. Terima kasih kerana berkongsi.