Followers

Sunday, August 29, 2010

Kenangan

Assalamualaikum

Lama tidak bersiaran....nak kata beze memanglah beze...tapi sebenarnya mungkin malas kut... malas nak masukkan entri baru....nak kata tak ada bahan...banyak dah bahan yang sedang menunggu untuk di edit... tapi memang kite malas sebenarnya...hanya berblogwalking aja selama ni....dan ralit dengan membaca cerita2 dari enovel penulis2 blog...

Jumaat semalam hari bersejarah bagi kite... hubby menjadi imam solat Jumaat di surau tempat kite yang baru jer mendapat tauliah dari JAIS yang membenarkan solat Jumaat dilaksanakan di surau tersebut... inilah kali pertama dia mengetuai solat Jumaat... sebelum ni hanya solat yang rutin dan solat terawih sahaja... perasaan cemas menguasai hati... dapatkah dia baca khutbah dengan baik kerana teks khutbah dalam tulisan jawi... bagaimana dia berdepan dengan ratusan jemaah... apakah perasaan dia gemuruh, panik atau tersasul...

Semuanya membuatkan kite panik (hemmm kite pulak yang lebih lebih...yang punya diri rileks aja) tapi setelah mendengar suara dia yang yakin, jelas dan mantap menyampaikan khutbah akhirnya kite tersenyum puas... Alhamdulillah....ialah kan 2 minggu praktis baca khutbah....dan kite yang menjadi pendengar dan pengkritik tetap yang maukan dia perfect (yang asyik mencari kesalahannya aja)...hinggakan dia naik bosan....


Minggu ni minggu kedua surau disini digunakan untuk solat Jumaat...minggu lepas diketuai oleh Imam Razak..imam senior sebelum kite pindah ke sini...tapi sayang minggu lepas khutbah tak dengar dengan jelas kerana speaker rosak.

Walaupun surau belum siap dan belum diturap dengan tar....namun begitu ramai orang lelaki yang datang berjemaah...tapi sayang tempat tak mencukupi. selepas khatib berkhutbah kelihatan ada jemaah yang balek...sungguh menyedihkan... ada jemaah yang solat ditepi longkang, ada ditangga, ada dibahagian khemah sementara yang didirikan, ada tu diatas batu kerikil ...nak buat macam mana kan...surau tak siap sepenuhnya kerana kekurangan dana..tapi Alhamdulillah...mereka tetap meneruskan solat dibawah sinaran mentari yang memeritkan... membahang...

Semoga ada insan2 yang bermurah hati untuk menyumbangkan wang ringgit bagi menyudahkan surau tersebut sila ke blog surau tersebut... (suraualhidayahbsp.blogspot.com)

2 comments:

Opah said...

Salam Maria, selamat hari raya dari opah utk Maria sekeleuarga maaf zahir bathin. Tahniah untuk suami yang telah menjalankan tugas sebagai imam bagi masjid tersebut, alhamdulillah.

Unknown said...

salam ziarah dan selamat hari raya..jenjarum memang kena lalu bila gi ke rumah kakak ipar kat teluk panglima garang bila balik dari segamat.

ingat nak buat lagi bss tu tapi nak cuba resepi pakai tepung kastad..nak rasa apa perbezaannya.
bagi kamu sedap tak..resepi tu kat myresepi kan.