Followers

Monday, December 27, 2010

SEJARAH NUSANTARA

Salam semua kawan2...artikel yang diambil dari blog Ibnu Rusydi tq...
untuk menambahkan pengetahuan kita dalam sejarah BANGSA MELAYU dialam Nusantara ini....

Penobatan Raja Baru Kesultanan Banjar


Beberapa bulan yang lalu, penulis telah mendapat undangan daripada seorang rakan, yang merupakan pengkaji sejarah Kerajaan/Kesultanan di Indonesia, untuk menghadiri Majlis Penobatan (atau mungkin lebih tepat, Pertabalan) Raja Muda bagi Kesultanan Banjar, sebuah Kerajaan Melayu yang terletak di wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia, pada hari ini.

Menarik sekali apabila gambar 'Naga' jelas kelihatan (Ya, lepas ni golongan sesat Sayyam Cadburi boleh dakwa Raja Banjar ni salah seorang 'Raja Daerah' Maharaja khayalan mereka)

Walaubagaimanapun, kerana kekangan masa, penulis menolak pelawaan tersebut. Dan baru-baru ini, rakan tersebut telah mengirimkan beberapa buah gambar menarik untuk tatapan penulis. Penulis dimaklumkan Raja Banjar yang baru itu bernama Pangeran Khairul Saleh, berjawatan Bupati bagi Kabupaten Banjarmasin. Jika di negara kita, Bupati ini boleh disama tarafkan dengan jawatan Residen Bahagian di Sabah atau Sarawak. Dan Majlis Penobatan tersebut telah berlangsung pada hujung minggu yang lalu.

Bukanlah maklumat mengenai Raja itu sebenarnya yang menarik perhatian penulis, tetapi sikap dan kesungguhan masyarakat Banjar di sana yang sebenarnya menjadi minat penulis. Akhir-akhir ini, di negara kita, kaum Melayu dan Bumiputera di serang habis-habisan, bukan sahaja oleh kumpulan Ultra-Kiasu, malahan juga dari segelintir orang-orang Melayu sendiri yang telah lupa diri atas sebab kepentingan politik. Bukan lagi rahsia, salah satu daripada intipati keistimewaan dan Ketuanan Melayu yang kerap dihina dan disindir terutamanya di alam maya adalah mengenai Raja-raja Melayu. Ada yang memberikan pandangan menghina, apa relevannya sistem Beraja pada abad milenium ini? Ada yang mengata secara kutukan, bagaimana negara kita boleh mempunyai sehingga 9 orang Raja? (penyakit buta sejarah, biasalah). Dan ratusan lagi soalan yang sengaja ditimbulkan untuk menggoyahkan pegangan masyarakat Melayu tentang hak dan keistimewaan Bumiputera di negara kita.



Raja Banjar yang baru menjulang keris, satu 'dosa yang maha besar' jika dilakukan oleh orang-orang Melayu di negara kita pada hari ini.

Berbalik kepada kisah Penobatan Raja Banjar itu tadi, secara ringkasnya Kesultanan Banjar telah diasaskan sekitar tahun 1520, menerima Islam pada tahun 1526, dan telah dihapuskan oleh penjajah Belanda pada 11 Jun 1860. Ini bermakna Kesultanan Banjar telah terhapus selama lebih daripada 150 tahun sebelum ini!!! Mengapakah masyarakat setempat di Kalimantan Selatan ini berusaha gigih dan menyokong pengembalian institusi beraja di wilayah mereka pada zaman milenium yang serba canggih ini?!! Ironinya, di negara kita, segelintir masyarakat menganggap institusi beraja merupakan satu sistem kuno yang telah lapuk dan usang serta perlu dihapuskan jika mereka berkuasa.



Sekali pandang macam pakaian Rejimen Askar Melayu Diraja di negara kita

Penobatan Raja Banjar ini juga turut mendapat sokongan daripada Pemerintah negara dan setempat. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kehadiran Bapak Jero Wacik, Menteri Budaya dan Parawisata Indonesia, serta Bapak Rudy Arifin, Gabenor Propinsi Kalimantan Selatan. Janganlah dihairankan apabila Pemerintah Indonesia yang merupakan sebuah negara Republik menyokong penobatan tersebut, kerana Raja ini sebenarnya tidak mempunyai kuasa langsung sebagaimana Raja-raja Melayu di negara kita. Ia hanya berperanan sebagai simbol dan penjaga seni kebudayaan masyarakat setempat sahaja bagi menarik kehadiran pelancong (Mungkinkah satu hari nanti akan berlaku juga di negara kita?).

Sebelum terlupa, masyarakat Banjar juga ramai terdapat di Malaysia. Antara penempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di negara kita adalah di Batu Pahat, Johor, Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor, serta Bagan Datoh di Perak. Walaupun mirip dengan masyarakat Melayu, etnik Banjar juga mempunyai bahasa dan budayanya yang tersendiri.

Nota :
1) ‘Parawisata’ dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘Pelancongan’

2) ‘Bapak’ merupakan panggilan kehormatan di Indonesia sebagaimana panggilan ‘Encik’ atau ‘Tuan’ di negara kita.

Tinggal Kenangan

Assalamualaikum....Selamat Pagi
Kepada rakan2 blogger yg sudi singgah ...dan mendoakan adik kite...diucapkan ribuan terima kaseh yg tak terhingga....dan kepada yang datang menolong semasa pengkebumiannya semoga ALLAH membalas budi baik anda semua...kepada YB Dato Ahmad Maslan dan teman2nya terima kasih kerana datang mengunjungi emak dan keluarga...

Kembali bersiaran...setelah lebih dua minggu tidak bermaya...
Segalanya telah ditentukan...kite yg ditinggalkan terasa sangat kehilangannya...

Biasanya bila balek kekampong dia yang ada...dia yang sentiasa melawak... menceriakan suasana...yang rajin masak nasi briyani esp. bila raya dan bile kite nak makan dan bila kenduri kahwin....yang selalu membelikan kite udang galah (disini memang ada jual  udang galah)...yang senang diminta tolong bukan saja saudara mara malahan sahabat handai  dan rakan taulan... yang pantas memberi khabar berita bila ada kematian...

Kepergiannya sungguh tidak disangka...tiga hari berkursus... selepas solat Jumaat dia balek kerumah...malam tu dia pergi kenduri kemudian balek ... keluar semula pergi kedai beli barangan yang anak dia nak...balek dari kedai dia rasa lain macam lalu ajak anak dia yg sulong baca Surah Yassin... setelah baca lima x dia rebah atas riba anak dia... sebelum tu dia kata sejuk sangat minta isteri dia selimutkan dengan towel besar putih dan kain putih kecil tutup muka.... tapi isteri dia enggan hanya selimutkan dengan kain biasa aje... apa yang paling menyentuh perasaan adalah kata2nya pada anak dia...'baca ayat ni haikal supaya senang abah pergi ... baca  10 kali '...'abah nak pergi mana bah' tanya anaknya...manalah anak tu tau kan baru tingkatan lima, tapi dia tak jawab....sempat juga anak dia bacakan syahadah... kemudian biru seluruh muka... dipanggil2 tidak menyahut lagi... apa yang paling terkilan emak tak ada disisi dia masa tu kerana mak ke KL.

I'm so worried about my mom..she was so quiet...termenung sana termenung sini...
apa yg dia nampak hanyalah 'hisyam.'..dia kata tadi lepas solat subuh 'hisyam' duk kat kerusi tu tengok dia...
bila kat dapur dia nampak duk kat meja makan didapur...dia nampak 'hisyam berjalan masuk rumah... kesian sangat tengok dia...hai..tak tau nak buat macam mana apa lagi kalau semua anak cucu dia balek kerumah masing2...hanya tinggal dia dengan isteri dan 4 orang anak arwah serta dua orang cucu lagi.

Banyak kenangan bersama dia yang tak dapat dilupakan....apa yang dia deritai tahun lepas cukup menyedihkan hati, menyayat hati...dari sehat walafiat tiba2 terlantar dengan perut yang membesar merening bagai nak pecah...hampir tiga bulan tidak boleh buang air besar...setiap malam tak dapat tidor, merintih pilu 'makkk.. esyam tak tahan mak, sakitnye, ampunkan esyam mak, ampunkan esyam' itulah kata2 yang dirintihkan ... setiap malam mak dan isteri dia bergilir gilir menjaganya dibantu dengan adik  lelaki bungsu....kerana tak tertahan sakitnya  dia koma... lalu kawan2 dia seramai lebih kurang 20 orang yang semuanya guru berpakat membacakan Surah Yassin agar dia sedar semula.....menangis kawan2 dia tengok dia.... bila dibawa kehospital hanya masuk air saje kemudian suroh balek... pergi hospital pakar pun begitu juga... akhirnya kawan baik dia membawa dia berubat tradisional.

Semasa berubat, sungguh mengejutkan dan tak terlintas diakal fikiran....bayangkan terdapat benda2 yang tak munasabah keluar dari perut 'hisyam'...yang membuatkan dia tidak boleh buang air besar. Terdapat binatang2 laut yang menpunyai cengkerang dan sepit  serta duri yang tajam didalam perut dia...setelah semua keluar barulah dia boleh buang air besar... setelah dia agak pulih...isteri dia pulak pengsan2,,,kemudian anak bungsu dia pengsan2...diikuti anak saudara perempuan... setiap maghrib mereka membaca Surah Yassin atas permintaan pengubat... kalau tidak ada adik lelaki bungsu masa tu tak taulah bagaimana agaknye keadaan emak menghadapi situasi itu. Dengan diri emak yang tak sekuat dulu, setiap malam emak buat solat hajat dan memohon pada ALLAH...kata2 emak semasa meminta doa cukup mengharukan tak mampu kite nak coretkan disini....airmata pasti akan berguguran... Alhamdulillah Ya Allah kerana memberikan mereka kekuatan menghadapi dugaanmu...Amin

Allahyarham bersama Dato Mustapha Muhammad ketika datang melawat Daerah Pontian
Emak dihari sebelum kematian 'hisyam'...ketika berada dirumah adik kat Keramat K.L.
Emak selepas kematian 'hisyam'.....
semoga allahyarham dikasihi Allah...Amin

Saturday, December 11, 2010

Berita Mengejut

Assalamualaikum semua.....

TENGAH MALAM TADI ...TERIMA BERITA YANG  ADIK LELAKI KITE MENINGGAL DUNIA..
BERANGKAT BALEK KAMPONG PAGI NI...
tak dapat balek mlm tadi krana suami tak berapa sehat....
Alfatehah...

Wednesday, December 8, 2010

Maal Hijrah Bagi Umat Islam

Assalamualaikum...
Mari kita sama2 merenung dan menganalisa artikel yang di siarkan di blog Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas...Bt4 Jln Gombak....agar kita lebih memahami apa itu Maal Hijrah....
PENTING SANGAT KE SAMBUT MAAL HIJRAH ??


Hari ini merupakan Maal Hijrah. Yeke? Ramai yang tak tahu. Terutamanya anak2 muda. Jika tahu pun kebetulan Kerajaan mengisytiharkan tanggal Maal Hijrah sebagai cuti umum tahunan. Jika tidak, ramai yang tak tahu.

Sedih bila melihat anak2 muda tak sabar2 nak menyambut Tahun Baru. Happy New Year. Tapi bila tiba Maal Hijrah, mereka lebih selesa mengambil kesempatan tidur di rumah dan menganggap ianya hanya sekadar hari cuti umum. Anak2 muda mesti mengetahui sebenarnya Maal Hijrah merupakan satu2nya Hari Kebesaran Islam di Dunia.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Tuesday, December 7, 2010

Masjid Al-Aqsa

SALAM MAAL HIJRAH

Masjid Al-Aqsa Didakwa Akan Runtuh. Apa Yang Dinyatakan Semakin Menjadi Kenyataan.


Info yang perlu diambil perhatian oleh UMAT ISLAM seluruh dunia..bukan hanya orang Arab sahaja...
Dikongsi dari blog resepirahsiaku.blogspot.com...tq

GAMBAR menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas di Baitulmuqaddis



Jika masjid Al-Aqsa ini runtuh akibat kerja-kerja pengalian oleh pihak Israel dibawah tanah, ini adalah perkara yang sangat menyedihkan bagi seluruh umat Islam di dunia ini.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, dan menggambarkan akhir zaman, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.

Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa....Allah hu akbar! Semuga sempat kita bertaubat kerana kiamat hampir berlaku...

Baca Posting:

Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa? Rancangan jahat Yahudi/Zionist Laknatullah!

BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt Newspada Jumaat lalu.  Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui. Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan. Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.

Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.

Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.
Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya. Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. - Agensi

sumber: kosmo

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Assalamualaikum...Selamat Sejahtera
Bersempena Sambutan Maal Hijrah marilah sama2 berdoa dan menilai diri kita agar kita lebih baik dari semalam dan disini kite sertakan DOA AKHIR TAHUN dan DOA AWAL TAHUN...untuk dibaca
Doa Akhir Tahun dibaca selepas Solat Asar



Doa Awal Tahun dibaca selepas Solat Magrib

Semoga kita sentiasa didalam perlindungan Allah hendaknya....AMIN
p/s copy paste Doa dari blog yang baik,,,tq

Sunday, December 5, 2010

Sambal Goreng Comel

Assalamualaikum.....Selamat Hari Minggu
Sempena hari minggu ni, marilah mencuba 'Sambal Goreng Comel'....resepi yg diberi oleh Comel
dia ni memang rajin memasak...dulu pernah berniaga makanan...kebanyakkan resepi dia datang dari Singapore.
Sambal Goreng Comel
Bahan2nya
3 keping tempe - dipotong kecil2 4 segi
3 keping tauhu - dipotong kecil2 4 segi
5 tangkai cili merah - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dimayang
sedikit halia dan lengkuas - dihiris halus
hati dan pedal ayam - (ikut suka berapa banyak)-dipotong kecil2
santan, garam ,gula dan air asam.
minyak

Cara2nya
1. Hati dan pedal ayam digoreng dahulu tapi jangan terlalu garing, agak2 aja. Tempe dan tauhu digoreng juga jangan terlalu garing.
2. Panaskan minyak dikuali, tumis cili merah, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga layu.
masukkan santan dan bahan2 yang telah digoreng tadi.
3. Tambahkan perasanya garam, gula dan air asam.Kacau seketika setelah mendideh angkat dan hidangkan.

Bendi Berlauk

Salam semua...selamat tengah malam...tentu tengah lena tidur... sambil menggapai mimpi indah
agar dapat mewarnai hari esok dengan kehidupan yang lebih ceria 
kepada yang suram tu...lupakanlah apa yang berlaku
jom masak 'Bendi Berlauk' agar hilang kesuraman dihati 
Bahan2nya
1 peket bendi - kalau beli kat pasarraya, dijual dalam plastik
dibersihkan dan dihiris serong
15 - 20 ekor udang sedang - dibuang kepalanya dan dibersihkan
5 biji cili merah - dhiris serong setelah dicuci bersih
2 biji bawang besar - dihiris ikut suka
3 biji bawang putih - dihiris
1 biji telor ayam A
garam dan minyak untuk menumis
Cara2nya
Panaskan minyak dikuali, tumis cili, bawang putih dan bawang merah hingga layu.
masukkan udang gaul rata masak hingga udang agak merah baru masukkan bendi...tuang sedikit air masukkan garam dan akhir sekali pecahkan telor....gaul rata kemudian angkat setelah bendi layu.
sedia untuk dimakan.



Friday, December 3, 2010

Masjid Nabawi

Assalamualaikum...di pagi Jumaat yang mulia ini marilah merenung sejenak 'Tanda2 Kekuasaan Allah.'...semuga menambahkan lagi keimanan kita semua....

Tanda Kekuasaan Allah di Masjid Nabawi




SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat itu. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa hadapan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di situ juga di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Posted by Buaya-Merah