Followers

Friday, December 30, 2011

Macam Nur Kama Dhia

Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, akhirnya hari ni kite kembali lagi. setelah kesihatan kite kembali pulih..... Kali ni kite nak cerita tentang drama Tentang Dhia. bukan mengenai drama tu tetapi spesis dengan drama tu..drama kehidupan yang dilalui oleh sahabat kite lebih kurang sama dengan apa yang dilalui Dhia.



Jom ikuti cerita kite.....

Su dan El belajar disekolah yang sama dan dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga mereka sekelas.
Walaupun mereka sekelas tetapi mereka tidak pernah bertegur sapa kerana El teramat pendiam orangnya dan sentiasa bersendirian, manakala Su pula seorang yang aktif dalam sukan dan aktiviti yang diadakan sekolah.

Dalam diam rupanya EL meminati Su, berbagai cara dia cuba menarik perhatian Su, seperti menjatuhkan pensil, kertas, pemadam atau pencil box. Su akan mengutipnya kerana Su duduk disebelahnya dan mengembalikan pada El. Pada awalnya Su tak kesah, tapi lama kelamaan naik menyampah pulak dan Su juga tak tau yang El meminatinya, maklumlah Su ni ramai peminatnya. Dan ramai jejaka sekolah yang jatuh cinta kat Su...maklumlah dia kan aktif... dah tentu popular kan...

Ditingkatan empat dan lima Su dan El berpindah kelas dan aliran. El masuk aliran sains dan Su kealiran sastera. Dialiran sastera Su bertambah aktif dan sibuk dengan aktiviti disamping menjadi pengawas. Manakala El sibuk dengan buku buku pelajaran namun begitu sentiasa mengawasi Su tanpa pengetahuan Su. Setelah selesai Senior Cambrige El mendapat tawaran belajar ke tingkatan enam diEC dan Su pula ke Teacher's College. Disinilah episod cinta mereka bermula bila Su menerima warkah cinta dari El yang pada mulanya Su terperanjat tapi akhirnya Su membalas cinta El.

El mendapat tawaran belajar keutara Amerika dengan biasiswa 'Colombo Plan', hanya dua orang pelajar Melayu yang dapat biasiswa tersebut pada masa itu. Kritirea untuk mendapatkan biasiswa tersebut mestilah seorang pelajar yang super duper bijak dan pandai. Berangkat lah El kesana, selama lima tahun dia disana. El pulang dan bekerja disebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Tak lama kemudian El berkahwin dengan Su yang telah pun menjadi guru di tanah kelahiran dia.

Tak sampai dua tahun mereka berkahwin, El mendapat tawaran sambung belajar ditempat yang sama. Berangkatlah mereka kesana dan Su berhenti kerja walaupun ditentang hebat oleh keluarga Su. Kite tak ingat berapa lama mereka disana, tetapi mereka kembali dengan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hanya dua orang saja anak mereka kerana El tak suka anak ramai dan memaksa Su megikat saluran peranakan, mengikut Su hidup mereka aman damai disana dan begitu bahagia. Dan Su pula rajin mencari duit selain mereka terlalu berjimat.

Kembali ke Malaysia, mereka menetap di Kuala Lumpur kerana El bekerja ditempat yang sama dan mereka membeli rumah berhampiran tempat kerja El. Disinilah bermulanya kisah duka hidup Su dari angkara keluara El, mereka begitu mencemburui kesenangan hidup Su terutama adik beradik perempuan El.
El ni anak yang kelima, ada seorang abang dan tiga kakak diatasnya, tiga adik perempuan dan tiga adik lelaki dibawahnya, ayahnya seorang petani.Pada awalnya El tak mendengar hasutan adik beradiknya tapi lama kelamaan dia berubah juga terutama cerita yang dibawa oleh adik lelaki kedua bongsu. Akhirnya hubungan Su dan El bertambah renggang, El semakin jarang balek kerumah, adakalanya sampai berminggu tak balek Su tak tau kemana dia pergi.

Sudahlah jarang balek, malahan Su dan anak lelaki mereka sering ditengking herdik dan dipukul yang mana selama ini El tak pernah berkelakuan begitu.  Menurut Su bukan semua ipar ipar dia jahat, hanya seorang kakak, dua orang adik perempuan dan adik lelaki kedua bongsu El. Hidup Su semakin tertekan dengan bermacam macam perkara pelik berlaku bila El tiada dirumah. Pernah kata Su bila bangun tidor pagi terdapat bangkai burung merpati didepan pintu bilik dia, macam mana burung tu boleh masuk sedangkan tak ada ruang untuk masuk dan hanya Su dan anak2 kat rumah.

Hampir sepuluh tahun Su hidup begitu, sendirian membesarkan anak anak dia, ada suami pun macam tak ada suami. Akhirnya pada tahun kesebelas El kena berpindah keselatan tanah air, dia membeli rumah ditempat baru kemudian membawa Su dan anak anak kesana. Disini hidup Su bertambah malang, El hanya balek sehari seminggu itupun balek pukul sebelas malam pagi subuh dah pergi. Mereka sekeluarga bertambah renggang, anak anak Su cukup benci dengan keluarga El, Su pula selalu sakit. Su heran bila kedoktor, doktor kata tak sakit, tapi dia memang sakit. El pernah kata dia tak suka tengok Su kerana muka Su berkedut macam perempuan tua umur 100 tahun.

Akhirnya adik Su membawa dia berubat, disinilah baru terbongkar segala-galanya, keluarga El berusaha untuk menghapuskan hidup Su. Tetapi Allah maha kaya kan, apa yang mereka rancangkan tidak berjaya. Setelah anak anak Su belajar di universiti, tinggallah Su sendirian dirumah, bila malam Su selalu terdengar orang berjalan kat tingkat atas padahal tak ada sesiapa pun. Su memang dah lama tak tidur di master bedroom kat atas, dia lebih suka tidur diruang tamu. Ada kalanya Su nampak anak kucing diruang makan padahal Su tak membela kucing. Adakalanya bila Su sedar tengah malam nampak macam suaminya berdiri tinggi sampai kebumbung. Kadang kala bunyi orang buka pintu depan tapi bila Su jengok kat tingkap tak ada orang dan macam macam lagi benda pelik.

Boleh bayangkan kalau kite dah lama lari... itulah yang selalu kita cakap kat Su.Tetapi Su cukup tabah menghadapi dugaan hidup demi anak yang masih belajar. Apa yang kite tau Su sentiasa puasa dari hari isnin hingga khamis disamping solat, mengaji, solat tahajud tak tinggal. Hidup Su hanya dirumah membelai rumah dan kereta El yang lima biji tu, tanpa kawan tanpa saudara mara kerana El tak benarkan. Semasa bapa Su meninggal pun Su tak balek kerana El ada dirumah masa tu. nak jumpa Su pun terpaksa curik curik jangan sampai El tau, nanti kesian Su kena pukul. Itulah kali terakhir kite jumpa dengan Su pada tahun 1994 selepas tu tak pernah lagi dengar cerita dan kesah hidup dia.

Lima tahun lepas kite dikejutkan dengan berita yang Su telah melarikan diri dari rumah tanpa dapat dikesan oleh El. Puas El mencari dirumah ahli keluarga Su, tapi sorang pun tak tau kemana Su pergi, kite dapat tau pun dari adik Su. Baru El sedar kehadiran Su setelah berpuluh tahun menganiaya hidup Su, dibiarkan Su ibarat tunggul hanyut. Dan akhirnya mereka bercerai dalam usia 62 tahun, dan El berkahwin semula dengan perempuan Kelantan yang punya anak dara tiga orang. Hingga kini tak tau dimana Su berada samaada didalam negeri atau diluar negeri.

* Begitulah akhirnya hidup Su, sebenarnya Su memang isteri yang taat dan patuh pada suami tapi disebabkan setiap malam Su diganggu oleh jelmaan El yang cuba merogol dia, mungkin itu sebabnya Su melarikan diri dari El. Bukan saja diri Su malahan anak perempuan Su pun nak dirogol oleh jelmaan El. Semuga Su bahagia dan sentiasa dilindungi Allah...Amin



















4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kesiannya Kak.. Besarnya ujian Su..
Permulaan remaja.. memang kelihatan bagaikan insan yg cukup beruntung, genius dan dicintai oleh seorang jejaka genius (pastinya juga hensem), melalui penceritaan Kak C.O, nampak mcm El seorang yg romantik.. tapi tak menyangka.. kesudahan hidup begitu pula. Kesian.. kesian..

Cute Oven said...

Memang El nampak baik dan romantik hensem tapi pendendam berhati busuk... sanggup menjadikan isteri seperti babu. setiap x keluar rumah dia akan mencatit meter kereta begitu jg bila balek. dari situ dia dpt tau samaada Su keluar atau tidak.

Dan dia akn cek peralatan rumah berabuk atau tidak, dirumah dia tak ada tv warna,guna tv hitam putih, tak ada komputer,tak ada mobile phone.dan segala kereta dia mesti bersih berkilat berselimut. bayangkan kalau MM jadi Su dr bekerjaya jadi surirumah kemudian jadi babu.

Bila menyapu atau mengemop Su tak gunakan penyapu atau mop tp berus n dustpan pendek. Mop guna kain lap. kalau tengok kuku tangan Su mcm orang menoreh getah. bukan nak menghina tapi itulah gambarannya.

Pity Her and her family dosn't know about her life ecpt her brother.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sampai mcm tu sekali. Ish ish ish.. Mudah2an Allah menggantikannya dgn syurga atas pahala kesabarannya itu. MM pun ada sorang kwn yg mana kakaknya bermasalah serupa, suaminya memperlakukannya spt hamba.. last2 kakaknya meninggal dunia.. org kata angkara hantu saka suaminya jd mcm tu. Wallahualam la kan.

Cute Oven said...

Takdir Allah mengatasi segalanya...