Followers

Friday, December 2, 2011

Penafian

Ini berita terbaru (pagi Jumaat ini) yang kite dapat dari Media Kedah, unitmediakedah.blogspot.com. Harap perkara yang berbangkit selesai...dan masyarakat Islam boleh mengambil makanan ini semula..... TQ Media Kedah

Fitnah yang di lakukan pihak tertentu terhadap produk Ramly.
Penafian dari empunya Syarikat Ramly


Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,
DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

Note CO: ALHAMDULILLAH







6 comments:

Unknown said...

kalau Cute Oven tak syer.. ayu mmg tak tau..

tapi dah kira sattlelah masalah nie kan..
takkan bangsa kita nak rosakkan bangsa kita sendiri

terima kasih buat hj Ramly sebab membetulkan perkara yang berlaku..

Cute Oven said...

Tu la kite sekeluarga memang peminat Ramly Burger... jadi kena 'alert' dalam bab makanan ni

Amie said...

kesian perusahaan Haji Ramly sebab fitnah begini, lama dah ikuti perkembangan beliau yang bermula hanya sebagai seorang tukang sembelih lembu, bila dah berjaya menjulang nama bangsa dan agama, kena fitnahlah pulak....mudah-mudahan yang benar itu sentiasa pada haknya.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Cabaran bg ahli perniagaan mcm tu la.. sama ada difitnah ataupun disihir. Jd peniaga mmg kena tabah.

Cute Oven said...

Betul tu Amie...fitnah membawa bencana kalau tak cepat diatasi...

MM...kite dah lalui bab kena sihir ni dari dulu hingga kini...

Berniaga perlu ada kekuatan bukan saja dari segi fizikal tapi juga rohani dan mental...org M'sia ni banyak sangat penyakit PHD....

Unknown said...

Dh tau sgt dh puak mana yg buat onar ni...dia org mana boleh tgk melayu maju...