Followers

Friday, January 27, 2012

Petani Dengan Sayur Lemak

Assalammualaikum.....
Kali ini kite nak siarkan sayur lemak kesukaan petani kota raya (my hubby) dek kerana suka ke, atau kelaparan ke sampai tak berbaju mengadap sayur lemak tempe yang kite masak tadi.
Layan gambar ajelah ye...
bahan senang dan simple, tempe, kentang, keret dan tomato biji...dipotong ikut suka
tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.titikkan serai, rebus semua bahan dengan santan cair, bila kentang dah empuk barulah masukkan santan pekat dan garam. setelah mendideh sentiasa dikacau agar tak pecah santan. setelah masak angkat hidangkan.
Tuan Syeikh sedang menikmati makanannya.........lauk lain bo layan........

Hajarul Aswad - Apa Yang Misteri

Assalammualaikum
Ketika berlari lari dialam maya pagi ni, terjumpalah sesuatu yang dapat menambahkan ilmu didada. Dan ilmu yang kite dapat ni kite paparkan disini agar dapat dikongsi bersama.

Misteri Hajarul Aswad

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )


terima kasih kepada blog sekadar perkongsian biasa.







Tuesday, January 24, 2012

Pisang Kepok Rebus

Assalammualaikum
Hidangan makan malam yang dingin dengan hujan yang turun membuatkan kite masak makanan yang paling simple.
Pisang kepok rebus....tau tak apa pisang kepok tu apa.....kalau nak tau pisang kepok tu adalah pisang nipah. oleh kerana pisang tu dah lembik tak boleh digoreng jadi kite rebus aje...makan dengan gula...patutnya makan dengan kelapa parut yang digaul gula.....tapi dah malam malas nak pergi kedai...kite makan aje dengan gula...
sedap rasa dia manis manis masin....tambah lagi cecah dengan gula...tambah manis rasanya...
liesa n zairine berposing sebelum makan....
rebus dengan kulitnya sekali dan sedikit garam

masakan kegemaran masa kecik dulu....
segini aje pisangnya tak la sebanyak mana...cukuplah untuk makan berempat...

Sunday, January 22, 2012

Doa Bengkak Anggota Badan

Assalammualaikum,
Malam semalam kite kemajlis jamuan perkahwinan anak jiran sekampong, Taman Dato Ahmad Razali di Dewan Perdana Felda jalan Gurney K.L. Kite duduk semeja dengan jiran warga emas perempuan dari lorong sebelah rumah kite. Sementara menunggu pengantin kite bertanya keadaan dirinya, alangkah terperanjat kite lihat perut dan kaki dia yang bengkak.Memang dah lama tak jumpa, maklumlah masing2 sibuk dengan aktiviti harian, walaupun Hajjah  sakit tetapi dia tetap dengan urusan kateringnya, masih lagi pergi kepasar.

Dah puas Hajjah pergi jumpa doktor dan sering bertukar ubat tapi penyakit dia tak sembuh lagi bengkak adalah. Semasa tidur dia akan letakkan kaki atas bantal supaya kedudukan kaki lebih tinggi dari badan, tetapi bengkak tak mau surut. Kesian tengok dia, balik dari majlis, kite hubungi Capt (resepirahsiaku) minta doa yang boleh diamalkan bagi merawat penyakit ini. Alhamdulillah hari ini beliau menyiarkan diblog beliau blog resepirahsiaku....tqvm Capt.

Dan disini kite siarkan sepenuhnya apa yang beliau siarkan, semoga rakan2 dapat berkongsi amalan ini.

DOA UNTUK MERAWAT SAKIT BERKAITAN PERUT, BUSUNG, USUS BESAR, USUS KECIL, ULCER PERUT, GASTRIC DAN BENGKAK DI BAHAGIAN PERUT SERTA KAKI.
Salam Pembaca yang Setia,
Kali ini doa-doa untuk rawatan ini atas permintaan seorang hamba Allah SWT yang prihatin kepada jiranya seorang warga emas.

Assalam Capt minta jasa baik Capt untuk doa atau ubat bagi sakit bengkak perut hingga kaki.ada jiran warga emas yg idap sakit ni, dah pergi ke Ampang Putri bnyk x dan tukar ubat bnyk x tapi tak baik jg malah makin bengkak...tq

Masalah kegagalan jantung yang mengepam darah ke dalam tubuh meyebabkan air yang banyak terkumpul di dalam badan. Akibatnya, perut atau kaki menjadi bengkak. Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik menapis bahan cernaan boleh mengakibatkan bengkak dibahagian kaki dan buku lali. Kegagalan buah pinggang juga mengakibatkan air berkumpul di bahagian peritoneum dan bengkak pada kaki atau perut. Kesannya pada seluruh badan kelihatan kekuningan, hilang selera makan, gatal seluruh badan, sukar bernafas serta pengeluaran air kencing sedikit.

Cara-caranya:  Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Surah-surah yang dibaca:

1. Surah Asy-Syu'araa': Ayat 95-118.
2. Surah Ar-Ra'd: Ayat 30-34,
3. Surah Al-Buruj: Ayat 1-22.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dan sapu air pada bahagian yang membengkak setiap pagi dan sebelum tidur. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

1.SURAH ASY SUA'RAA: AYAT 95-118
2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.
3. SURAH AL-BURUJ: AYAT 1-22

Kredit: Blog Resepirahsiaku.

Thursday, January 12, 2012

Mengulang Kaji Siri 1

Assallamualaikum

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa sibuk dengan berbagai acara, mungkin kita terlupa pada apa yang telah diajar oleh guru agama kita dulu. Walaupun masih ingat dalam bab SOLAT tapi dalam bab Ilmu Tauhid, Fekah, Adab mungkin banyak yang kita dah tak ingat lagi.

Sebelum semakin terhakis dari ingatan, marilah kita imbas kembali pelajaran-pelajaran tersebut.

ASAS AGAMA ISLAM

Hukum-hukum Islam tidak terkeluar dari 5 hukum sahaja. Iaitu;

1.  Fardu atau Wajib
2.  Sunat atau Mandub
3.  Makruh
4.  Haram
5.  Mubah

Fardu terbahagi dua, Fardu Ain atau Fardu Kifayah

Fardu Ain

Fadu Ain itu ialah pekerjaan-pekerjaan yang wajib dilakukan sendiri seperti sembahyang, puasa dan lain-lain. Apabila seseorang mengerjakan yang wajib ini ia mendapat pahala tetapi jika ditinggalkan dia mendapat dosa.

Fardu Kifayah

Pekerjaan yang wajib dilakukan sendiri tetapi jika dilakukan oleh orang lain maka gugurlah dosa daripadanya seperti sembahyang mayat, mempelajari ilmu-ilmu pertukangan, ilmu kedoktoran, tenun menenun dan lain-lain perkara yang berhubung dengan kehendak hidup manusia seperti bercucuk tanam, berternak dan sebagainya.

Sunat atau Mandub

Pekerjaan yang digalak melakukan seperti sunat-sunat sembahyang, apabila dilakukan sunat-sunat itu ia mendapat pahala, tetapi apabila ditinggalkan tidak mendapat dosa.

Makruh

Pekerjaan-pekerjaan yang dipuji meninggalkannya, seperti merokok, memakan bawang dan tiap-tiap benda yang bauan tidak menyenangkan seperti petai, jering dan sebagainya, jika ditinggalkan perkara makruh ini mendapat pahala dan jika diperbuat tidak mendapat dosa.

Haram

Pekerjaan-pekerjaan yang disuruh meninggalkan seperti meminum arak, memakan bangkai, mengumpat orang dan sebagainya. Jika diperbuat mendapat dosa jika ditinggalkan mendapat pahala.

Mubah:- artinya Harus

Pekerjaan-pekerjaan yang diharuskan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya. Apabila dibuat tidak mendapat pahala dan jika ditinggalkan juga tidak mendapat dosa.

Dari buku 'Fadilat Selawat & Rukun Islam' Ustaz Tarmizi Khamis

Wednesday, January 11, 2012

Apa Yang Patut Ku Buat

Assalamualaikum

 gambar hiasan
Tadika Taska dekat rumah kite ni cukup mencabar kesabaran kite dan jiran-jiran disekelilingnya... Dengan BABY yang dibiarkan menangis berejam-jam dibilik atas belakang....sampai macam nak terkeluar anak tekak... sedangkan kesemua penjaga ada didepan....bayangkan ...apakah dia orang tak de perasaan atau tak dengar.....tapi bila ibu bapa anak jagaan mereka datang petang....boleh pulak manisnya muka ... lembut gigi dari lidah...

Lagi satu dengan IBU BAPA kanak-kanak yang tak bertanggung jawab or no manners... meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.. depan rumah orang ... tak peduli buat derk aje, bila tuan rumah nak masuk rumah mereka...(bukan semua ye... ada yang baik)

Hari hari macam ni ... Aduhhh...Apa yang patut dibuat ye....kepada siapa nak mengadu..

Kerana tak tahan dengar BABY MENANGIS...kite tegurlah mereka agar lihat baby yang menangis dari pagi tadi masa kite jemur kain sampai hampir jam satu terbiar menangis.....

KEPADA IBU BAPA YANG TERPAKSA TINGGALKAN ANAK2 KAT TASKA ATAU TADIKA...DATANGLAH BUAT SPOT CHECK...JANGAN LAH LEPAS TANGAN. TOLONG LAH AMBIL TAHU APA YANG TERJADI KAT ANAK ANDA. DATANGLAH DENGARKAN TANGISAN BAYI ANDA....

ps: Tip untuk ibu bapa
  
Bila anak2 tak mahu atau menangis tak mahu pergi ke taska tu...cubalah selidik mesti ada yang tak betul dengan cara didikan di taska tu..

tip ni di beri oleh seorang guru teman kerja anak kite.

Sunday, January 8, 2012

Mari Berdoa


Assalamualaikum

Melihat senario politik dalam negara kita sekarang amat membimbangkan...kelam kelibut jadinya..kerana ingin menegakkan kebenaran.....sanggup buat apa saja....kalau menggunakan fikiran yang waras pun...akan tau siapa yang benar atau salah.....tapi nak buat macam mana.....

Kepada rakan rakan yang beragama Islam marilah kita semua berdoa dengan doa yang dibawah ini yang diambil dari ' blog resepirahsiaku 'mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah demi masa depan anak cucu kita ....

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berdoa agar negara yang tercinta ini berada dalam keadaan aman sentosa dan penduduk dimurahkan rezki. Dijauhkan dari kacau bilau pihak yang gila kuasa, tamak haloba. Dijauhkan pemimpin yang zalim. Semuga kita merasa aman dan tenteram dalam beribadat kepada Allah SWT.
ERTINYA:
Wahai Tuhanku! Jadikanlah ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.


Kredit to blog 'resepirahsiaku'



Sunday, January 1, 2012

Puteri Pink Salju

Assalamualaikum...

Happy New Year kepada semua rakan blogger.... semoga tahun 2012 menggembirakan dan memberangsangkan hidup kita semua dalam mengejar apa yang dicitakan....Berkat kerja keras insyaallah semuanya akan berjaya. 

Seharian ni kite tak kemana mana hanya berada didepan pc, kite sambil menikmati manisan yang lazat ni. Paling senag membuatnya....ikut saja apa yang tertera dibalik bungkusan....kemudian tuang dalam acuan dan sejukkan. setelah sejuk hidangkan mengikut rasa hati.....

Apakah dia itu...... tak lain tak bukan.....DADIH STRAWBERRY 

 Ditambah dengan susu cair dan ditabur dengan chocolate rice........mmmmm enaknya...

 makan semangkok tak cukup........

tambah lagiiiii dan lagiiii......

Silalah Mencuba....