Malam semalam kite kemajlis jamuan perkahwinan anak jiran sekampong, Taman Dato Ahmad Razali di Dewan Perdana Felda jalan Gurney K.L. Kite duduk semeja dengan jiran warga emas perempuan dari lorong sebelah rumah kite. Sementara menunggu pengantin kite bertanya keadaan dirinya, alangkah terperanjat kite lihat perut dan kaki dia yang bengkak.Memang dah lama tak jumpa, maklumlah masing2 sibuk dengan aktiviti harian, walaupun Hajjah sakit tetapi dia tetap dengan urusan kateringnya, masih lagi pergi kepasar.
Dah puas Hajjah pergi jumpa doktor dan sering bertukar ubat tapi penyakit dia tak sembuh lagi bengkak adalah. Semasa tidur dia akan letakkan kaki atas bantal supaya kedudukan kaki lebih tinggi dari badan, tetapi bengkak tak mau surut. Kesian tengok dia, balik dari majlis, kite hubungi Capt (resepirahsiaku) minta doa yang boleh diamalkan bagi merawat penyakit ini. Alhamdulillah hari ini beliau menyiarkan diblog beliau blog resepirahsiaku....tqvm Capt.
Dan disini kite siarkan sepenuhnya apa yang beliau siarkan, semoga rakan2 dapat berkongsi amalan ini.
DOA UNTUK MERAWAT SAKIT BERKAITAN PERUT, BUSUNG, USUS BESAR, USUS KECIL, ULCER PERUT, GASTRIC DAN BENGKAK DI BAHAGIAN PERUT SERTA KAKI.
Salam Pembaca yang Setia,
Kali ini doa-doa untuk rawatan ini atas permintaan seorang hamba Allah SWT yang prihatin kepada jiranya seorang warga emas.
Assalam Capt minta jasa baik Capt untuk doa atau ubat bagi sakit bengkak perut hingga kaki.ada jiran warga emas yg idap sakit ni, dah pergi ke Ampang Putri bnyk x dan tukar ubat bnyk x tapi tak baik jg malah makin bengkak...tq
Masalah kegagalan jantung yang mengepam darah ke dalam tubuh meyebabkan air yang banyak terkumpul di dalam badan. Akibatnya, perut atau kaki menjadi bengkak. Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik menapis bahan cernaan boleh mengakibatkan bengkak dibahagian kaki dan buku lali. Kegagalan buah pinggang juga mengakibatkan air berkumpul di bahagian peritoneum dan bengkak pada kaki atau perut. Kesannya pada seluruh badan kelihatan kekuningan, hilang selera makan, gatal seluruh badan, sukar bernafas serta pengeluaran air kencing sedikit.
Cara-caranya: Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 3x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
Surah-surah yang dibaca:
1. Surah Asy-Syu'araa': Ayat 95-118.
2. Surah Ar-Ra'd: Ayat 30-34,
3. Surah Al-Buruj: Ayat 1-22.
Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Mandi dan sapu air pada bahagian yang membengkak setiap pagi dan sebelum tidur. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.
1.SURAH ASY SUA'RAA: AYAT 95-118
2. SURAH AR RA'D: AYAT 30 hingga 34.
3. SURAH AL-BURUJ: AYAT 1-22
Kredit: Blog Resepirahsiaku.
9 comments:
Assalamualaikum.. Maaf, boleh Toklang kongsikan info ikhtiar rawatan yg diberi ni dgn kawan2 di Fb, WasUp dll?, tk - Toklang
mohon share ya
Assalam...apakah doa atau ayat untk hilangkan bengkak akibat terseliuh?k..t.ksh..assalam.
Terima kongsi doa ini
Alhamdulillah..terima kasih infonya
mohon diamalkan doa ni utk suami saya ye.
Tkasih kpd yg memberi dan yg berkongsi ilmu. Smga Allah merahmati anda semua.Doakan suami saya sihat ye.
Tkasih kpd yg memberi dan yg berkongsi ilmu. Smga Allah merahmati anda semua.Doakan suami saya sihat ye.
Terima kasih kongsi ilmu....semoga ALLAH yg membalasnya....ingin cuba pd suami semoga dberi kesembuhan dr ALLAH.......AAMIIN...
Post a Comment