Followers

Thursday, June 3, 2010

Cerita Menarik - Sambungan

Api pelita tu semakin hampir dengan kami….lalu berhenti didepan kami…Ya Allah puaka apakah ini…yang datang ketika suamiku tiada. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah…aku menyebut nama ALLAH berulang kali sambil menangis menundukkan kepala. Api pelita tetap berada disitu seolah olah tahu aku sedang ketakutan yang amat sangat. Aku dan anak anak tidor diruang tamu…kerana disitulah kami selalu tidor bila balek kerumah ibu mertuaku. Kadang kadang ibu mertuaku akan turut sama tidor di situ….walaupun aku rasa kurang selesa tapi tak dapat nak buat apa.

Ketika aku mendongak keatas ternampak api pelita tu berjalan kedapur, berpusing pusing seolah olah mencari sesuatu. Setelah agak lama didapur, api pelita itu keluar dan menuju kearah bilik. Api pelita itu masuk ke bilik depan, kemudian keluar menuju ke bilik ibu mertuaku. Kedua dua bilek ini pintunya tidak bertutup.

Semasa di dalam bilek ibu mertuaku api pelita itu, berjalan keliling bilek, kemudian berada di atas katil. Dari ruang tamu memang jelas kelihatan apa yang ada di dalam bilek ibu mertuaku. Bayangkan api pelita itu seolah olah duduk atas katil…..lama juga berkeadaan begitu. Apakah api pelita itu mencari ibu mertuaku… dalam hatiku berkata-kata.  Dalam keadaan takut begitu aku sempat juga mengikuti pergerakan api pelita tersebut.

Kemudian api pelita itu keluar dari bilek ibu mertuaku, datang menuju padaku dan anak anak…..berpusing pusing mengelilingi aku dan anak anak. Aku meraung menangis ketakutan….kali ini tak dapat ku tahan tahankan tangisanku dan jeritanku. YA ALLAH tolonglah hambamu ini…aku merintih sendirian. Bila aku meraung….anak anakku juga turut meraung. YA ALLAH selamatkanlah kami…..tolonglah jangan diapa apakan kami....aku merayu seolah olah aku merayu pada api pelita tersebut.

Api pelita tetap juga begitu, berhenti berpusing dia akan diam memerhatikan kami seberapa ketika….kemudian berpusing lagi…..begitulah api pelita itu buat beberapa kali. Kemudian api pelita itu masuk semula ke bilek ibu mertuaku…. entah apa yang dicari tak taulah. Tak dapat nak di bayangkan rasa ketakutan aku ketika itu.......teramat takut.

Jam tua milik arwah bapa mertuaku berdeting lima kali menandakan dah pukul lima pagi. Pelan pelan aku lihat api pelita keluar dari bilek ibu mertuaku…. berjalan mendekati aku dan anak anakku…berhenti seketika lalu keluar menerusi pintu hadapaan tadi. Api pelita tu bejalan lagi keliling rumah, kemudian berhenti di depan rumah. Lama juga api pelita itu berhenti…….

Kemudian api pelita itu berjalan menuju kejalan besar….lalu ghaib dipertengahan jalan. Antara jalan besar menuju kerumah ibu mertuaku adalah kira kira 80 meter jaraknya. Di depan rumah ibu mertuaku terdapat beberapa pokok buah buahan yang telah besar dan rendang. Kalau siang memanglah redup di depan rumahnya….dan ada juga pokok kemboja yang selalu orang tanam di kawasan kubur... oleh abang Edham di kiri kanan jalan masuk juga telah besar pokoknya.

Ketakutan masih lagi menguasai diriku…aku tetap juga menangis. Terasa amat kesal balek ke rumah ibu mertuaku. Apakah ini petanda yang kudapati sebelum datang ke sini pagi tadi.… hanya mu YA ALLAH yang maha mengetahui ALLAHURABBI…. Aku menangis lagi…sedihnya teramat, sayunya rasa hati. Dalam pada itu aku teringatkan arwah ibu dan arwah ayah…ibu… ibu aku merintih memanggil ibuku. Walaupun aku hanya anak angkat tapi ibu terlalu sayangkan diriku kerana ibu tidak mempunyai anak. Aku terlalu manja dengan ibu dan ayah....aku mempunyai seorang kakak yang juga anak angkat...kedua dua kami adalah anak cina.

Hari beransur terang..subuh hampir luput…aku lepaskan pelukan anak anakku. Anak anakku baring semula…apa yang aku hairankan dua anakku yang kecil tidak sedikit pun tergugat tidornya. Aku bangun menuju ke bilek air…sambil tu aku buka suis lampu didapur. Aku masih tetap merasa takut sesangatlah takutnya…. lemah segala sendi sendiku…aku masuk ke bilik air…membersihkan diri dan mengambil wuduk…di sebelah anak anakku aku bersolat.

YA ALLAH BERILAH KEKUATAN BAGIKU…. Aku nak balek ke rumahku sebentar lagi janganlah kau lengahkan Ya Allah…janganlah kau timpakan musibah yang lain pula. Ya Allah aku mohon padamu Ya Allah selamatkanlah kami…Ya Allah selamatkanlah kami.....Ya Allah selamatkanlah kami....amin amin Ya Rabbal’alamin, aku berdoa sambil menangis.

Aku mengejutkan anak anakku menyuruh mereka membersihkan diri dan segera masuk ke dalam kereta. Sambil itu aku mengemaskan barang barangku, terlintas dihatiku untuk menalipon suamiku, tapi aku batalkan niatku. Banyak buruk dari baiknya…maklumlah…. Jadi biarlah aku rahsiakan dulu.

Setelah mengunci pintu aku beredar dari rumah ibu mertuaku menuju ke rumah jirannya. Beliau terkejut bila aku kata nak balek ke KL diawal pagi ….lalu aku menceritakan apa yang belaku pada malam tadi. Apa yang aku alami tidak menghairankan mereka kerana mereka sering ternampak api pelita berjalan pada waktu malam ke rumah ibu mertuaku bila mana ibu mertua ku tak ada di rumah. Dan mereka pernah menyiasat siapakah yang membawa api pelita tersebut...tapi mereka hampa kerana tiada berorang. Bila siang mereka ternampak macam ada orang di dalam rumah tapi bila mereka tinjau tak ada sesiapa.

Aku mengucapkan terima kaseh pada mereka dan cepat cepat berlalu dari situ. Tak sanggup aku nak mendengarnya.....tentu banyak lagi cerita yang nak disampaikannya padaku. Biarlah mungkin lain kali aku boleh mendengarnya setelah aku benar benar bersedia. Apa yang aku mahu aku selamat sampai ke rumahku di KL.

Tiba tiba handsetku berbunyi…aku hanya membiarkan sahaja walaupun aku tahu itu panggilan dari suamiku. Aku tak mahu hilang tumpuan dalam perjalananku…maklumlah perjalananku masih jauh. Berkali kali dia telefon…anak anakku pula menyambung tidor mereka. Biarlah kalau dia nak marah marahlah yang penting aku selamat sampai kedestinasiku.

Setakat ini dulu...yer... bye…….

1 comment:

FadRizals said...

Slm kak...

Mcm tau je ape benda nya 'api pelita' tu?...

Sy pun byk sgt alami benda pelik dlm hidup. Byk ustaz ckp sy disihir mertua sendiri...skrg tgh usaha berubat, tp benda takmau pergi2...lama nya mderita...tp msh bsabar dan cuba btahan...