Followers

Sunday, June 27, 2010

Jalan Pintas yang Mengecewakan

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera untuk semua bloggers n viewers…

Jumaat kelmarin, adalah hari yang indah namun amat memenatkan. Bermula seawal jam 8 dari Jenjarom hubby telah ke Kembangan mengambil Elis… anak bongsu kite menuju ke Jalan Kebun Klang gie ke opis dia untuk mengambil parcel (...she's still in her confinement period). Dari Jalan Kebun mereka kembali ke Jenjarom mengambil kite yang terpaksa ditinggalkan dulu pagi tu untuk menyelesaikan tugas2 di rumah…oh3 penatnya. Kemudian ke Kembangan semula untuk menghantar Elis balek dan kita pula terus ke Puchung Utama untuk mengambil Syirah dari sekolah.

Begitu begini… jam dah pukul 12.20 tengahari… terus menuju ke Ampang pula. Sampai di Ampang singgah di De Palma Hotel… menurunkan hubby untuk solat Jumaat. Kite terus balek ke rumah yang tak jauh dari situ.

Sambil menunggu hubby selesai solat Jumaat dan anak kedua (balek dari opis) yang akan ke Kuching Sarawak petang tu… kite mengemaskan baju2 yang telah dibasuh yang kite tinggalkan hari ahad lalu. Maklumlah yang duduk di sini bekerja hari2 24 jam tanpa henti… (ha3 nak perli lah tu...).

Kemudian bersiap2 untuk ke airport pula... (menyiapkan 2 org perawan cilik dan sorang bujangan cilik)

Setelah hubby balek dari solat Jumaat dan Ellyn (anak kedua) balek dari opis… dalam hujan yang turun dengan lebatnya kami pun juga bertolak ke LCCT... tapi singgah dulu pulak kat opis anak untuk mengambil laptop dia… opis dia di Dataran Palma berdepan dgn restoren Rashid.  Jam sudah menunjukkan angka 3 sedangkan dia mesti ada di LCCT jam 4. Bayangkan dalam waktu yang terhad dan dalam hujan yang lebat...

Kami menggunakan jalan MEX… sampai di Putrajaya hubby sesat pula… nak cari jalan yang ke Dengkil termasuk jalan yang ke pusat Bandar Putrajaya. Pusing balek ke MEX semula terus menghala ke KLIA. Kite dah cakap jangan guna jalan pintas kalau tak mahir… guna jalan biasa tapi hubby tak nak dengar… bila sampai ke persimpangan Banting LCCT… Ellyn menyarankan kami terus menghala ke KLIA untuk mengambil jalan pintas melalui depan Kompleks Bunga Raya… kononnya untuk shortcut ke LCCT. Sampai di situ jalan telah ditutup untuk sementara pulak untuk kerja kerja pembaikan... Kami terpaksalah berpusing balek semula ke persimpangan Banting untuk ke LCCT. Jam dah 3.55 ptg waktu itu... dari situ bukan dekat untuk sampai ke LCCT.

Sampai saja di LCCT jam menunjukkan pukul 4.20 petang. Hubby n the kids menemani dia ke balai perlepasan, kite mencari tempat parking. Dengan belarian dia kekaunter untuk mengambil tiket..dan berlarian lagi menguruskan bagasi... pucat lesi gak la muka dia kerana panik nyaris nyaris kena tinggal flight... dia ni dah mempunyai pengalaman di tinggalkan flight sebelum nie… namun begitu alhamdulillah... petang tu selamat jugak dia terbang ke Kuching...

Sebelum pulang ke Jenjarom kami makan dulu kat Taste of Asia. Boleh tahan jugalah makanan dia… nasi lemak dan nasi ayam… tapi harga janganlah cerite… hampir jam 6 kami sampai di rumah. Penatnya….

Pengajaran dari sini…janganlah berbuat sesuatu yang kita tidak mahir…. meskipun ia dijangka dapat menyingkatkan masa kita… kerana akhirnya kita juga yang akan kerugian. Wassalam.

Muhammad Alif Zubaer... new member in the family since Monday, 7 June 2010.

3 comments:

Abu Aiman said...

Kita nak short-cut, last2 jadi longer than before.

Tahniah atas kehadiran ahli keluarga baru!

Cute Oven said...

memang begitu akhirnya

tq

Mohd Saad Hamid said...

Salam puan,

Memang ramai orang tertarik mengambil jalan pintas. Contohnya, masuk skim cepat kaya contohnya, akhirnya menyesal tidak kesudahan.

TK kerana sudi jadi follower blog saya. Alhamdulillah.