Followers

Thursday, June 17, 2010

Nasi Kangkang

Kisah benar - "NASI KANGKANG"

Apakah isteri itu akan bahagia jika memberi nasi kangkang atau ubat guna2 pada suami mereka? Benarkah mereka akan hidup aman damai? Inilah n3 yg kite nak kongsi bersama anda semua…

Sebelum ini kite ada n3 berkenaan jodoh... andainya telah menemui lelaki yang sesuai menjadi suami… adakah perkara di atas akan dilakukan oleh anda sang isteri…?

Ben Ashari ada berkata dalam blognya… ada lima perempuan yang menjadi pesaing kepada sang isteri dalam alam perkahwinan:

1) ibu mertua
2) adik beradik perempuan suami
3) sahabat wanita suami atau isteri
4) bekas kekasih
5) rakan sekerja wanita
6) jiran sebelah (Ben)
7) orang gaji-kalau ada (salah sorang pengomen Ben)

Jadi apakah yang patut anda lakukan….fikir fikirkanlah…..

Kite ada teman yg telah melakukan nasi kangkang pd suami dia... teman ni tinggal sebelah rumah masa kite baru saja berkahwin. Mereka berdua orang utara pun baru saja berumahtangga… begitu bahagia kite lihat… apa saja kehendak siisteri akan diikuti oleh suami… walaupun kadangkala suami tidak berduit… sisuami sanggup mintak dari ibubapanya atau pinjam dari kawan2nya.

Apa yg kite terharu sangat… bila isteri tak mahu anak sanggup mereka pergi …! walaupun mereka tahu itu kali pertama isteri dia mengandung. Tidak ada cacat celanya hubungan mereka… setiap hujung bulan mereka akan pulang ke kampung meskipun bukan cuti panjang. Tetapi bukan balek ke rumah ibubapa suami. Setiap yang dihajati oleh isteri akan tercapai dan terlaksana… emas wang ringgit siisteri sentiasa ada… bayangkan kadangkala kite pun tak dpt apa yang kita pinta.

Kite bertanya pada siisteri apa yg dilakukannya hingga suaminya begitu patuh dan tunduk padanya. Dia pun beritahu yang dia beri nasi kangkang pada suaminya… dan dia tunjukkan cara melakukannya. Sampai hari ini kite tak pernah buat apa yang diajarnya… terlalu takut pada balasan ALLAH… kerana ibu kite telah berpesan “…andai ada orang yang ajar perkara yang bukan2 jgn sesekali ikut… susah nak mati nanti dan tak cium bau surga…”

Akhirnya kehidupan mereka tidaklah panas sampai kepetang… setelah 10 tahun bersama akhirnya mereka bercerai. Sisuami telah bercerita yang ibunya pergi berubat dan mengubatinya. Sekarang dia telah pun berkahwin lain. Bekas isterinya masih sendirian hingga kini… (sisuami hanya mempunyai dua beradik sahaja).

Cerita yang kedua pula mengenai teman yang suaminya mempunyai adik beradik yang ramai. Dia bekerja dgn kerajaan sementara suaminya setelah berhenti kerja dgn kerajaan… bekerja pula dgn swasta bergaji belasan ribu. Bapa sisuami telah meninggal dunia… hanya dgn pencen dan pertolongan ketiga tiga kakak suami, ibu sisuami membesarkan anak2 yang masih bersekolah. Akhirnya anak2 ibu ini berjaya tanpa bantuan dari anaknya yang berduit itu…

Apa yang menyedihkan sisuami tidak ingat akan ibunya, adik beradik atau saudara maranya. Tetapi bila terserempak didepan mata barulah dia ingat… begitu sekali kuatnya ilmu teman ni. Bila siibu telefon nak bercakap dgn anaknya, siisteri akan beri berbagai alasan takut sangat siibu mintak duit ringgit mereka.

Mereka akhirnya berpindah keluar negara kerana suaminya mendapat tawaran kerja dgn gaji yang begitu lumayan. Telah hampir waktu naik kapalterbang baru siisteri memberitahu ibu suaminya. Betapa hancur hati siibu kerana tak dibenarkan bercakap dgn anaknya. Ketika siisteri ini telefon kite ada bersama ibu mertuanya semasa menghadiri kematian abangnya iaitu bapa saudara suaminya.

Kini telah hampir lima tahun mereka di luar negara, setahun hanya sekali mereka telefon ibu suaminya iaitu pada hari raya puasa. Jika ibunya telefon pasti tidak akan dapat mendengar suara anaknya. Begitulah……apakah siisteri merasa bahagia dgn apa yang dilakukannya...?

Berita terkini yang kite dapati mengenai teman ni… beliau tidak gembira tinggal di sana dan ingin kembali ke sini… tetapi suaminya tidak mahu. Beliau tidak mahu bercerai kerana sesuatu sebab yang tak dapat diberitahu. Semoga beliau insaf dan bertaubat lagipun beliau anak seorang ustazah dan bapanya bekas seorang pengarah badan berkanun kerajaan.

4 comments:

Ibu Sayang said...

Nauzubillah hi min zaliq, mintak Allah jauhkan kita dari melakukkan perkara2 pelik sebegini.

Cute Oven said...

itulah yg nak kite kongsi bersama.... peringatan bagi kita semua...Insyaallah kita akan terhindar dari melakukan perkara begitu.

Opah said...

Salam Maria, mudah-mudahan kita dijauhkan dari pekara-perkara yang sangat dimurkai Allah ini.

Cute Oven said...

Salam Opah, thanks 4 ziarah n doa semuga kita selamat dunia dan akhirat...amin.