Followers

Wednesday, December 7, 2011

Donut Keledek

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Keenakan dan kegebuan Donut memang tidak dapat dinafikan...bila kita dapat buat gebu terasa amat seronok tapi bila bantat...aaii rasa nak baling aje ke dinding...marahh...rasa nak menangis pun ada....
tapi kenalah reda kannn...cari dimana silapnya....

Kali ni kite nak kongsi Donut Keledek yang kite dapat resepinya dari blog Mas Duniaku...tqvm Mas..


Donut Keledek

Sumber : Kak Nor
Resepi: Mas Duniaku
Bahan :
• 500 gram tepung gandum
• 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
• 4 sudu besar susu tepung - tak letak -kite pun tak letak(CO)
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• 200 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer Mas guna susu segar suam(ikut Mas-CO)
• 3 sudu besar marjerin
• 3 sudu besar gula - gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
• 3 sudu kecil yis
Caranya :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut keledek bersama serbuk gula . Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..











4 comments:

anymz said...

tidak dinafikan donut keledek memang antara yang terbaik..:)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kita dah lama mengidamkan donut keledek ni.. tapi takde orang buatkan, nak buat sendiri tgh mood "M" pulak... lahaiii laparnyaa.

Unknown said...

SALAM,
SUKA DONUT TAPI PLAIN DONUT ... TAK ADA GULA

Malinda said...

assalam...

adoi dah lame x mkn donat camni kekadang tu bila susah nak carik keledek sy guna kentang jew...hihihihi