Followers

Saturday, May 29, 2010

Ayam Masak Merah Memanda

Assalamulaikum....dipagi ini kite nak tayang apa yang kite dah masak malam tadi..nak tau jam berapa kite masak......jam 1 pagi...datang rajin la tu... Kite masak ayam masak merah memanda sempena nama tempat kite tinggal....jom layan....

AYAM MASAK MERAH MEMANDA


BAHAN2NYA
1 1/2 ekor ayam - disiang, bersihkan, digaulkan garam, kunyit dan sedikit jintan halus
15 tangkai cili kering - direbus dan dikisar halus
8 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
sedikit halia
6 biji buah tomato merah
garam, gula dan sedikit asam jawa

CARANYA
Bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Panaskan minyak dikuali, setelah panas, gorengkan ayam tadi. Setelah semuanya habis digoreng letakkan ketepi.

Dengan minyak goreng ayam tadi, tumiskan bahan yang telah dikisar halus hingga garing. Masukkan tomato yang telah dipotong empat, kacau hingga tomato hancur, masak lagi hingga pekat.

Setelah pekat masukkan gula, garam dan asam jawa, gaul rata2 baru masukkan ayam, gaul lagi. Kecilkan apinya biarkan ayam sebati dengan bumbu (perencah atau awas) nya.
Angkat dan hidangkan.

Friday, May 28, 2010

INFO SIHAT - Khasiat Durian Belanda

Assalammualaikum…selamat sejahtera...

Mari kita kongsi bersama info yang dipetik dari chukaiwithlove.blogspot dari Chef Norzailina Nordin. Minta izin yer chef...tq.

Khasiat Durian Belanda


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?  Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.

Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.  Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini:

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.  Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah:

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser: Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawabnya adalah: Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini: kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan: sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan!

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?  Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.  Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini. Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. 

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo! 

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Wednesday, May 26, 2010

Natra Oreo Layered Cake

Assalamualaikum.....selamat sejahtera to all my friends.

Its quite a busy day for me today.....managed to make these two layered cakes....Natra oreo layered cake (new in my order list) and the other one, Yam layered cake.  Lets view these pictures.........

NATRA OREO LAYERED CAKE
~ Layered with Oreo Biscuit ~



YAM LAYERED CAKE
~ with yam paste ~

Monday, May 24, 2010

Sambal Telor Puyuh

N3 ari ni kite nak masak sambal telor puyuh dgn belimbing buloh…..mai la cuba…


SAMBAL TELOR PUYUH
Bahan2 nya:
12 tangkai cabai kering
3 butir bawang besar
3 butir bawang putih
Kesemuanya dikisar halus
Sedikit belacan, assam jawa, gula dan garam
30 biji telor puyuh – direbus dan dibuang kulitnya
20 biji belimbing buloh – dibelah dua

Cara2 nya:
Panaskan kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan belacan sekali. Setelah garing masukkan air asam jawa, kacau sebatikan, baru masukkan telor puyuh dan belimbing buloh. Kacau lagi.

Bubuh garam dan gula. Rasalah masin, manis dan masamnya barulah diangkat.

Friday, May 21, 2010

Warna Disebalik Waktu Solat

Assalamualaikum…Selamat Sejahtera


Jumaat yang mulia ini saya nak berkongsi ilmu yang dipetik dari blog ceriterasangmurabbi.blogspot untuk renungan kita bersama. Minta izin dari yg empunya diri dan ucapan ribuan terima kaseh.  Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan kebaikan dari maklumat ini...insya Allah.

Warna Disebalik Waktu Solat

SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

ASAR
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah kewarna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Sumber: www.zahazan.net

"...tiada yang sia-sia pada ciptaan dan perintah Tuhanmu..."

Thursday, May 20, 2010

Layered Cakes - Aireen and Princess Ann

Salam untuk semua... hari nie kite layan gambar jer la yer...

Order terbaru dari Sue:
~ 12 nos Aireen and 12 nos Princess Ann ~

AIREEN LAYERED CAKE
~ Layered with haw flakes


PRINCESS ANN LAYERED CAKE
~ Layered with cheese and choc button

Wednesday, May 19, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

1. HEADER BLOG BEN ASHAARI....as below:


2. Nama samaran dan nama blog saya

Maria adalah nama saya.  Nama samaran: Khem atau Kay atau mak long atau... yg ini tak payah la bagi tau sebab hanya utk my hubby call… dan ini adalah blog kepunyaan saya 885cuteoven.blogspot.com baru aja berada di persada siber.

Thanks Mr Ben Ashaari…may Allah Bless you.

3. Tentang blog saya

Baru sahaja dibina pada 3 April 2010 lepas. Selama ini saya selalu menjelajah di alam siber mencari info dan merasai kehidupan rakan rakan blogger dibumi (dibumi la kan tak kan dilangit pulak kan kan...) dimana mereka berada. Keterujaan untuk bersama mereka membuatkan saya menubuhkan blog saya sendiri dan saya ingin mencari sahabat seberapa ramai yang boleh..itu pun dgn kesudian mereka.

Memang banyak yang dapat dipelajari dari menyelusuri alam maya ni. Berbagai perkara dapat diinputkan dalam blog saya untuk menambahkan pengetahuan saya dan untuk anak cucu serta keluarga saya. Disamping itu saya dapat ramai kenalan baru dari serata dunia…alangkah indahnya dunia saya setelah sekian lama bertapa (sebenarnya kesihatan tak mengizinkan...)

Disamping itu saya juga dapat berkongsi resepi masakan dan kuih muih yang menjadi kegemaran saya. Harapan saya agar dapat rakan rakan blogger menerima saya seadanya untuk memeriahkan lagi dunia blogger. Sama samalah kita menjalinkan silaturrahim dan bersatu padu.

4.  Dari mana anda tau mengenai Segmen ini

Saya tahu segmen jelajah blog versi 4.0 Ben Ashaari melalui blog Ben Ashaari sendiri dimana saya menjadi follower… tetapi sebelum itu saya dapat tahu blog beliau dari Cek Mat Gebu.

Sekian. Mr Ben Ashaari…harap tuan tidak keberatan untuk singgah jelajah blog saya yer…terima kasih.

Tuesday, May 18, 2010

Happy Birthday

Wishing a very Happy Birthday to our beloved daughter Elis Suhaili @chicfashionmall.com

May Allah bless you with His rahmat, taufeek and hidayah & grant you with great health and wealth....Ameen....

Rindu itu Indah atau Seksa

Assalammualaikum…

Dipagi hari ni, marilah kita sama2 renungkan artikel di bawah ini yang dipetik dari blog coretanmayaku.blogspot.com. ‘Rindu Itu Indah Ke Seksa?’..tak kiralah rindu kat siapa…… APABILA RINDU DATANG MENYERANG TAK ADA APA YANG DAPAT DILAKUKAN….

Rindu Itu Indah Ke Seksa?

Bila kita dah menyayangi atau menyintai seseorang pastinya akan terbit rasa rindu kepada sidia kan. Tipulah kalau anda katakan tidak. Melainkan anda dah tak sayangkan dia lagi.

Mempunyai perasaan rindu memang sesuatu yang unik & pastinya bagi sesetengah orang ia adalah satu perasaan yang indah dan teramat indah. Betul ke?...betul bagi yang telah mangalaminya atau sedang mengalaminya atau pernah mengalaminya.

Kalau dua2 belah pihak sama2 sayang & merindui, memanglah indah. Tapi apa kesnya pula kalau anda bertepuk sebelah tangan. Merindui seseorang yang anda cintai…secara senyap2 sorang2. Indahkah rindu tu? Maybe juga kan……itupun mengikut pandangan masing…...tapi tidakkah itu memudaratkan diri namanya.

Kadang2 perasaan rindu ni menyeksakan juga. Lebih2 lagi bila si dia yang kita sayang jauh di mata & agak payah nak jumpa or tak akan jumpa…bahaya tu kalau tak akan jumpa lagi. Atau sidia adalah kepunyaan orang….apa yang perlu di buat…huhuhuhu menangis ajalah jawabnya. Namun kena kawal juga rindu tu, jangan sampai kerja terganggu. Nanti parah pula.

Kepada coretanmayaku maaf yer… ada tambahan pd artikel.

Monday, May 17, 2010

Pindang Udang

I like to share with u all….nice recipe from the state of Perak, given to me by my Perakian friend. Usually they serve this dish during a wedding ceremony or kenduri. And this is the recipe...

PINDANG UDANG

BAHAN2NYA
600 g udang sedang
1 camcateh garam
4 camcabesar minyak
7 ulas bawang merah – dihiris
8 btg serai – dihiris halus dgn pisau yg tajam(saya titik saja)
3 biji cili merah – dihiris serong
1 in kunyit hidup – digiling(saya hiris saja)
4-5 biji belimbing-dibelah dua(saya guna mangga muda)
½ biji kelapa parut(ambil 1 cawan santan)
½ camcateh garam

CARA2NYA
1.Udang dibuang kulitnya kecuali dibahagian ekor. Keluarkan uratnya dan dilumurkan dgn garam.
2.Pijarkan minyak dalam kuali, goreng bawang merah cili merah serai dan kunyit giling tadi.
3.Masukkan udang dan goreng sambil dikacau selalu. Campurkan belimbing atau mangga muda, tuangkan santan dan didihkan perlahan lahan.
4.Biarkan beberapa ketika, dan rasalah masinnya.
5.Angkat dan hidangkan.

Tanda Kenangan dari Tom Nakashima Kureno

Tanda Kenangan dari Tom Nakashima Kureno. Thank you very much.

Blog Paling Menyengat!

Sunday, May 16, 2010

Happy Teacher's Day

Assalamualaikum…Selamat Sejahtera
Today is TEACHER’S DAY….
HAPPY TEACHER’S DAY to all the teachers…may ALLAH BLESS YOU

Happy Teacher’s Day to my beloved daughter…Norhezrin(SMKSS Arau Perlis)

Happy Teacher’s Day to my DIL…Suhazarina (SMK Telok Panglima Garang Selangor)

Happy Teacher’s Day to my brother…Abd Shukor (SK Tampok Benut Johor)

HappyTeacher’s Day to my sister….Norazah (SM Aminudin Baki KL)

I would like to share this article with u all… taken from ‘kembara seorang penulis’. Thanks Nik Fauziah-muslimah.blogspot.com for sharing.

Da’ieyah, Murabbiyah dan Mursyidah!

Hmm tengok tajuk entry, bunyinya macam berat kan? Mendengarnya sahaja, pasti ramai yang akan mengatakan bagaimana mungkin untuk menjadi da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah sedangkan kita bukannya berlatar belakangkan pendidikan agama. Atau tegasnya kita bukan ustaz atau ustazah!

Namun sedar atau tidak, setiap wanita yang melahirkan anak (malah setiap wanita sebenarnya) adalah da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah! Dengan kata lain wanita adalah penyampai, pendidik dan penunjuk ajar kepada anak-anaknya (atau anak saudaranya).

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang sempat dikutip sewaktu kuliah Zohor, Jumaat 14 Mei 2010, kelas Dr. Robiah K.Hamzah, bersesuaian dengan hari guru yang disambut dalam hari ini (after all we are also teachers in our own ways, right?).

Sebenarnya suka atau tidak, bagi kita yang bergelar ibu, kita sebenarnya menjadi da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah kepada anak-anak. Selepas ‘dilantik’ menjadi isteri maka menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan hak kita sebagai isteri solehah dan kemudiannya menggalas jawatan sebagai ibu solehah.

Dan di sinilah bermulanya tugas kita sebagai da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah, untuk melahirkan dan membina anak-anak solehah. Memang menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah, namun apakah bentuk pengisian yang kita berikan kepada anak-anak?

Mengapa tanggungjawab mendidik anak itu terletak di bahu ibu? Bahkan kita sering mendengar ungkapan bahawa ibu adalah madrasah atau sekolah pertama bagi anak. Dengan sifat lembut dan sabar yang dianugerahkan Allah, maka tugas sebagai pendidik, pendakwah dan penunjuk ini sangat sesuai buat mereka.

Apabila disebut murabbiyah atau pendidik, ia bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari supaya mengenal pencipta-Nya. Dengan kata lain ia membangunkan keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya.

Justeru, untuk mengisi keperluan tersebut, sudah semestinya ia memerlukan kepada pengisian ilmu. Ilmu untuk mendidik dan ilmu untuk dipraktikkan. Maka, bertepatanlah dengan hadis bahawa, menuntut ilmu tidak terhenti apabila sudah graduate atau tamat persekolahan sahaja. Proses pembelajaran itu terus berjalan dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad – proses yang berterusan sepanjang kehidupan. Barulah dengannya melayakkan kita menjadi seorang mursyidah!

Mengapa kita lihat hari ini, anak-anak tidak mengikut kebaikan yang dibuat oleh ibu bapanya? Contoh biasa, mengapa kita melihat, ibu bapa yang bersolat tetapi anak tidak bersolat? Jawapannya kerana ibu bapa gagal menjadi da’ie, murabbi dan mursyid! Bagaimana kita ingin menjadi pendidik yang berjaya sedangkan kita sendiri gagal menghayati tugas dan tanggungjawab yang terpikul!

Sesungguhnya proses menjadi da’ieyah, murabbiyah dan mursyidah ini memerlukan kita terus menuntut ilmu, dan kemudiannya belajar menjadi pendengar dan sahabat yang baik, mudah didekati, bersifat positif, dapat mendorong ke arah kebaikan dan seterusnya dapat mewariskan ilmu. Melalui proses menimba ilmu, kemudiannya diamalkan dan seterusnya diwariskan, maka akan berjalanlah proses pendidikan.

Semoga kita semua dapat membangunkan jiwa-jiwa murabbi tanpa mengira latar belakang pendidikan kita!

Friday, May 14, 2010

Mee Siam

Ari ni kt masak mi siam aja…jom lihat resepinya…..


MEE SIAM

Bahan2 nya:
2 paun udang kecil-sedang, dibuang kulit dan dibersihkan
½ ct garam + 1 ct kicap cair + sedikit lada sulah digaulkan dgn udang
30 tangkai cili kering- direndam dgn air suam
10 biji bawang merah + 2 in belacan-dikisar dgn cili kering
3 cb taucu
1 ½ cawan santan
6 kpg tahu
10 auns taugeh
5 auns kucai
1 paun beehoon
1 biji timun-dikupas dan dimayang
2 butir telor rebus-dipotong
2 biji cili merah- dimayang halus
10 biji limau kasturi-dipotong dua

Cara2nya:
Panaskan minyak di kuali dan goring bahan-bahan yang digiling sehingga wangi, campurkan sedikit santan. Masukkan udang dan goreng hingga elok, masukkan lagi santan. Campurkan tahu dan goreng lagi. Campurkan santan yang lebih dan biarkan mendidih.

Masukkan taugeh dan gaulkan hingga rata. Campurkan kucai dan kacau cepat-cepat. Akhir sekali masukkan bihun dan kacau hingga rata.

Letakkan di dalam pinggan hidang hiaskan dengan timun mayang, telur potong dan cili mayang. Hidangkan dengan limau kasturi.

CERITA CERITA MENARIK

ASSALAMUALAIKUM teman teman blogger sekelian…apa khabar dipagi Jumaat ini…AHAMDULILLAH semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya….

Today I like to share a true story of my friend’s experience….

Malam telah lama melabuhkan tirainya, tapi mataku tidak mahu lelap. Hatiku rasa tak sedap aja, berdebar debar, ntah kenapa agaknya….aku menoleh keanak-anakku yang sedang lena, terlalu lena… terlalu penat, disebabkan petang tadi bermain kejar kejaran. Terhibur hatiku bila melihatkan keriangan mereka.

Sendirian di rumah ibu mertuaku tanpa suami, sungguh tidak menyenangkan hati….walaupun bukan pertama kali, aku ditinggalkan sendirian bersama anak anak….tetapi kali ini hatiku benar benar resah. Perasaan bimbang, takut, rusuh silih berganti….dari sebelum datang ke sini pagi tadi lagi, aku dah berperasaan begini…didalam perjalanan dari KL ke KB, aku tak henti berzikir.

Dari datang tadi aku tidak menemui suamiku, kunci rumah pun aku ambil dari jiran ibu mertuaku yang selang dua bidang tanah dari rumah ibu mertuaku. Jiran yang baik hati yang sentiasa menolongku bila aku perlukan pertolongan…maklumlah aku tak biasa hidup di kampung. Di kiri kanan rumah ibu mertuaku tidak ada rumah hanya tanah semak yang tidak bertuan….hampir menjadi hutan.

Suamiku menemankan ibunya di hospital KB…ibunya yang jatuh di dapur terpaksa dimasukkan ke hospital kerana patah kakinya. Bila dia telefon ku pagi tadi dan menyuruhku balik ke sini….hatiku berat benar…malasnya. Dahlah kena drive sendiri…mana anak anak yang masih kecil lagi…kerja sekolah yang tak siap… rumah yang belum berkemas …..segalanya aku terpaksa urukan sendiri….tapi apa boleh buat aku terpaksa ikutkan juga.

Telah hampir lima tahun aku hidup begini, sendirian menguruskan anak anak dan rumahtangga… kadang kadang aku rasakan bagai tidak bersuami. Berbagai perasaan melanda hatiku…tapi disebabkan ibunya tidak mahu tinggal dengan anak yang lain, terpaksalah suamiku menjaganya….tambahan pula suamiku anak bongsu. Sudahlah begitu ibunya hanya nak tinggal di rumahnya… suamiku hanya balek kerumah ku selang tiga minggu sekali, kadang kadang sampai sebulan setengah baru balek…apa boleh buat, terpaksalah aku berkorban. Kesian diriku dan anak anak…mungkin ini yang dinamakan bermadu dengan ibu mertua, seperti apa yang pernah ku baca di akhbar.

Mempunyai anak sebelas orang, lima lelaki dan enam perempuan, sepatutnya ibu mertuaku tidak perlu tertumpu pada suamiku seorang, dia boleh bergilir gilir kerumah anak anaknya. Selama ini hanya suamiku, abang Amin, Kak Amah, Kak Mimi dan Kak Ani saja yang mengambil dia tinggal atau membelanya. Abang Edham iaitu abang yang kedua pernah tinggal bersama dengan ibunya berbelas tahun sebelum suamiku….sanggup meninggalkan isteri dan anak anaknya. Tapi oleh sebab satu sengketa antara dia, suamiku dan abang Amin dia meninggalkan ibunya di rumah kak Amah…kembali kepada isterinya. Kemudian kak Amah menyerahkan ibunya kepada suamiku kerana ibunya tak mahu tinggal di sana lagi.

Ibunya memang tak dapat tinggal di rumah anak lelaki sulongnya, abang Salim, kerana dia dah uzur selalu sakit. Lagipun dia hanya tinggal di flat dan mempunyai anak cucu yang ramai…macam mana dia nak tinggal dengan mereka. Dari muda lagi dia memang tak mahu atau jarang pergi ke rumah abang Salim, mungkin kerana abang Salim bergaji kecil.

Tetapi apa yang aku herankan kenapa abang Naim, anak lelaki yang ketiga tak pernah nak bawa ibunya ke rumahnya, jangankan nak bawa kerumah beliau, nak balek kampong menemani ibunya atau menjengok ibunya pun tak mahu…kenapa agaknya. Selalu aku bertanya dengan suamiku kenapa abang Naim begitu...tapi suamiku hanya diam sahaja. Dulu pernah aku menyuruh isterinya menjaga ibu mertua kami… tapi dia enggan, tak pula dinyatakan sebabnya. Setiap tahun pada hari raya, mereka hanya datang sekejap sangat…macam mintak mancis api …tak pernah membawa anak anaknya. Aku pun tak kenal anak anak mereka, macam mana rupa parasnya.…apa pekerjaan mereka…..kalau jumpa kat jalan pun memang tak kenal melainkan jika mereka bersama ibu bapa mereka.

Penat rasanya badan ni…tak terkatakan, aku beralih mengadap dinding. Aku melihat keluar dari tingkap kaca yang tidak berlangsir… kegelapan malam yang amat pekat…aku berkata dalam hati…kenapa malam ni lain sangat….tiada bintang dilangit …nak kata akan hujan tak terasa pulak bahang panas hari nak hujan.. tapi kenapa ya…memang menjadi kelaziman aku sekeluarga tak pernah pasang lampu bila tidur malam. Perasaan rindu pada suami tak dapat ditahan-tahan…dah hampir sebulan kami tak bersua…

Tiba tiba aku terpandangkan sesuatu….. kelihatan api pelita berjalan meliang liuk ditiup angin. Mulanya agak jauh dari rumah tapi makin lama makin dekat. Aku terus duduk…hatiku berkata kata siapakah malam malam begini yang datang kerumah ibu mertuaku, pakai pelita pulak tu. Seingatku mana ada orang pakai pelita dizaman letrik dan torch light ni…hatiku berdebar debar….

Api pelita tu semakin lama semakin dekat…..hampir benar dengan tingkap kaca tadi…seolah olah tau aku belum tidur lagi…..kemudian berjalan mengelilingi rumah ibu mertuaku. Rumah ibu mertuaku rumah bawah, kecil sahaja dengan dua bilik tidur, pintunya juga pintu kaca yang tidak berlangsir… jadi aku boleh nampak apa yang ada diluar rumah. Berkali kali api pelita tu mengelilingi rumah ibu mertuaku… macam bertawaf pulak.

Pelan pelan aku mengejutkan anak anak ku, sambil menyuroh mereka diam. …mereka bangun terpisat pisat. Aku tunjukkan api pelita yang sedang berjalan tu kepada mereka, mereka terus memelukku. Hanya dua orang anakku yang kecil sahaja, aku biarkan mereka tidur. Kami berpelukkan sambil mulutku tak henti berzikir dan membaca ayat ayat quran yang ku hafal. Api pelita itu menuju ke pintu rumah ibu mertuaku…..

YA ALLAH….api pelita tu masuk ke dalam rumah tanpa ada sesiapa pun memegangnya….aku terkedu…. Menggigil ketakutan….semakin erat pelukan kami bertiga…

Kepada rakan rakan blogger silalah sambung cerita ni……. Ini adalah cerita benar yang diceritakan kepada kite oleh sesaorang yang mengalaminya beberapa tahun yang lalu.

Apa kata kite mintak MR BEN ASHAARI untuk meneruskan cerita ni…..

Thursday, May 13, 2010

RENUNGAN

Assalamualaikum…..semoga semuanya didlm perlindungan ALLAH Subhanallahuwataala hendaknya…

HAPPY MOTHER’S DAY, HAPPY TEACHER’S DAY & HAPPY NURSES DAY….to all mothers, teachers and nurses…..you all deserved these special days.

Kepada yg telah Berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi…diucapkan tahniah...

Kepada yg belum Berjaya… cubalah berusaha lagi...

Kepada yg tidak Sehat….rajin2lah makan ubat...

Kepada yg mengalami Gundah Gulana…..marilah sama2 menghayati renungan di bawah ini….

Walau apa pun yg dihadapi…..selesaikan lah dgn bijak, tanpa membinasakan diri sendiri & orang di sekeliling ….. usahakanlah sebaik mungkin…semoga berbahagia di dunia dan di akhirat…amin.

Marilah kita sama sama merenung, menghayati dan mengambil iktibar daripada artikel yang diambil dari blog norahah, minta izin yer..Norahah.

BERMOHON HARAP HANYA PADA ALLAH SWT
~ "SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DI SERTAI KEMUDAHAN"~

Surah Al-Insyirah (Solace~peace in the heart~)
~(kelapangan hati)~

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?(4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).(8)
(Surah Al-Insyirah 94:1-8)

* Apabila semua serba tak kena, dan anda berada dalam keadaan tidak menentu, ingatlah... anda masih boleh berpaling dan bersandar pada DIA YANG SATU.
* Apabila h i d u p di selubungi kegelapan semuanya silap, carilah sinar itu, dari DIA YANG MEMBERI CAHAYA.
* Apabila di belenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada DIA YANG MAHA PENGASIH.
* Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, janganlah berputus asa kerana DIA MAHA MELIHAT SEGALA-GALANYA.
* Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan dari DIA YANG MAHA PERKASA.
* Apabila h i d u p ini dirasakan seperti beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan cekal ,dan ingatlah bahawa itulah IRADATNYA.
* Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa yang sudi meneranginya, carilah jalan yang lurus dari DIA PEMBERI CAHAYA.
* Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhan mu, jangan kecewa, kerana DIA MAHA PENDENGAR.
* Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada DIA YANG MAHA KAYA.
* Apabila dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada DIA YANG MAHA ESA.
* Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada DIA.... satu-satunya tempat yang boleh di gantungkan harapan.
* Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kembali, ingatlah bahawa DIA SENTIASA BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YANG SABAR.



B E R U S A H A , B E R D O ' A D A N B E R T A W A K K A L



K E P A D A TUHAN Y A N G M A H A B E R K U A S A,
ALLAH HU RABBI.

Wednesday, May 12, 2010

SAMBAL GORENG JAWA

Malam ni kt masak sambal goreng jawa utk makan mlm kt sekeluarga….. resepi yang di berikan oleh Datin Faridah Ismail jiran kt….kat Ampang. Tapi kt dah ubah …pasal malas nak potong cili merah n kt tak bubuh cili padi….kt pakai sambal tumis aja….sori ye…..



Original recipe of Sambal Goreng Jawa

BAHAN2NYA:
2 kpg tempe—potong kecil2--digoreng
3 kpg tauhu-----potong kecil2—digoreng
1 ikat kacang panjang---potong pendek2
200 gram udang besar
2 ulas bawang besar --- hiris nipis
2 ulas bawang putih----hiris nipis
1 ruas halia----hiris nipis
1 ikat soon---direndam
Cili merah dan cili padi---ikut suka—hiris
Kicap, garam dan gula

CARANYA
Panaskan minyak di kuali, tumis bawang2, halia dan cili merah. Bila telah naik baunya, masukkan udang. Masukkan pula tempe dan tauhu yang telah digoreng tadi, kacau rata2, setelah rata masukkan sedikit air, kicap, kacang panjang, soon dan cili padi. Rasalah masin, manisnya. Bila dah sedap rasanya …angkat… dan hidangkan untuk dimakan……

Boleh digantikan udang dengan ikan bilis goreng, ayam atau daging yang dihiris kecil2 dan digoreng dahulu.

Tuesday, May 11, 2010

PRINCESS ANN LAYERED CAKE

I was in Singapore in the late 1980’s, that time my hubby was attached to the Malaysian Government Naval Base in Singapore……I met a lady….a very nice, kind n joyful person. She is a Sarawakian…if I’m not mistaken….gave me few books that contained recipies of Sarawak layered cake and asked me to copy. I’m very thankful to her because of her willingness to share those recipies without asking me to pay a single cent.

Even though our husband were not in the same rank…(her husband was a sargent in medical corp…) but we were close. I’ve lost contact with her…before her husband retired from the service, she told me that she would be moving to Kluang. To her son or daughter who might be reading my blog…..please send my best regards to her….Kak Jamilah Yassir….Yassir is her husband….Sargeant Yassir. Semoga sihat sejahtera dan dilimpahi rahmat hendaknya…amin.

During that era all the Sarawak layered cakes must be steamed, taste nice but sweet. Some of the cakes that I made… I gave to my friends because its too sweet for me. Most of the recipes must have milk, kaya, horlicks or biscuit flour. And it took hours to cook. Nowadays the cooking method has changed, from steaming to baking method…..which is more easier.

After so many years the recipe book that I copied being abandoned…..(it was kept in the drawer in my room…) yesterday, I took it out. And I decided to bake some cakes…I baked 2 different types of layered cakes.

And here’s what we got…

ZAQUA CHOC CHIP LAYERED CAKE
- Layered with kandos chocs and raisins

PRINCESS ANN LAYERED CAKE
- Layered with cheese and choc button

If you want to know the taste…..come gimme a shout and just place the order ya...its marvelous...I bet you'll never forget...

Monday, May 10, 2010

JEMPUT2 ROTI CHEESE

Assalamualaikum, pagi2 lagi dah bangun...seawal jam 4.30 pg.... sambil menanti subuh menjelang. laptop dionkan....memblog walking sambil mencari idea apa yang nak disediakan untuk pagi ini.

Hai...malas betul nak masak pagi2 ni .....tapi disebabkan ada yang nak pergi ke sekolah terpaksalah kita masak...siapa lagi kalau tidak dua orang teman gurau dan teman gaduh di rumah ini. Apa yang penting mereka membawa bekal ke sekolah.... buntu.....kena ikut selera mereka. ....kekadang apa yang dibekalkan tidak berusik.

Banyak resepi yang menarik untuk sarapan pagi, tapi bahan2 nya tak ada di rumah kita. Jadi kita buatlah apa yang ada aja.....tengok atas meja ada roti 3 keping.....nak goreng ngan telor tak cukup.....tengok dalam fridge ada cheese slice so kita buatlah jemput2.


Jom tengok apa yang kita masak untuk pagi ini, inilah dia....
JEMPUT2 ROTI CHEESE


Bahan2-nya:
3 kpg roti - disiat2 direndam dgn air atau susu cair (kita guna air aja)
4 sendok kecil tepung gandum
1 st baking powder
3 kpg cheese slice - disiat kecil2
sedikit gula

Caranya:
Gaulkan kesemua bahan, perap sebentar. Panaskan minyak dikuali, setelah panas ambil sebesar bola pingpong lalu digoreng.
Setelah kuning diangkat. Boleh dimakan dengan susu pekat atau sos cili.


p/s jemput2 ni sedap dan harum baunya apalagi kalau dicicah dgn susu.....emmm...

Sunday, May 9, 2010

Award and Greetings Day

Thanks to Kelly's Life for sharing this Award.


Thanks also to Siti Rahayu from Citarasa Rinduan for sharing this....

And Thanks too...to Yatie from Sinar Kehidupanku for this beautiful Card....

REUNION

Meeting old friends at wedding reception is something that I always look forward to... last night was one of those things. Hosted by Laksamana Pertama (Maritim) Saharani and wife, Puan Umi Kalsom held at Putrajaya. Here's some of the captured memories....

Updating info with an old friend... rindu sesangat ngan dia ni.... Puan Sri Kamariah Bakar (wife of Tan Sri Abu Bakar Jamal - former Chief of Navy)

One for the album...with Puan Sri Sarah Tun Gaffar (wife of Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar - present Chief of Navy), Puan Nani (w/o Cdr Yaacob Ali), Puan Hjh Norlida (w/o Cdr Hj Jalal) and Puan Bibi (w/o Cdr Raja Mohammad)



Friday, May 7, 2010

Nasi Lemak Carrot

Assalamualaikum, hai everybody....how is your day today...is it okay....hope everybody will be alright...today is my cooking day, for a few days busy folIowing my hubby to ING office...I didnt cook, so today I cook Nasi Lemak mixed with carrot, Sambal Tumis Udang and Ikan Goreng.


There's a story of my nasi lemak.....I've friend, Siti Syed Amir ... everytime when I meet her, (usually we meet during special occasion), eventhough after so many years we didnt see each other, she always ask about my nasi lemak and sambal tumis. She used to take my nasi lemak way back in 1987 when my sister was selling nasi lemak at Sitiawan Pasar Cina. But...till now she still remembers my nasi lemak n sambal tumis.
 So come n lets look my nasi lemak...


NASI LEMAK CARROT
Nasi lemak ni kita gunakan beras Basmathi, boleh juga menggunakan beras biasa. Untuk kali ini kita gunakan resepi CMG...nasi lemak hijau...saja saja nak mencuba tapi kita tukar kepada carrot yang di sagat... thanks Cek Mat ...sedap....(Tiffinbiru.blogspot.com) tak payah lah kita bagi resepi...jalan2 lah keblog CMG...

IKAN KEMBONG GORENG
SALAD TELOR



SAMBAL TUMIS UDANG

Terliur tak tengok sambal tumis kita..........emmmmmmm


SEPINGGAN NASI LEMAK


BUDAK TEMBAM tengah makan nasi lemak setelah balek dari Solat Jumaat...terlalu lapaaaaarrrrr...

Monday, May 3, 2010

Aireen Layered Cake

Dua hari cuti dari bersiaran....so today very very busy...I must complete my mission...

24 nos Aireen Layered Cakes,
24 nos Zaeqa Layered Cakes,
24 nos Musqa Layered Cakes n
24 nos Princess N Layered Cakes...

All have to be delivered tomorrow......mua...mua...mua..tak tidor malam la jawabnya....

Aireen Layered Cake
~layered with haw flakes, very special taste n moist...u must try.........




Zaeqa Choc
~ layered with chocolate kandos and raisins



Ordered by Sue and Halinie




sesiapa yang nak order.....silalah tel ye.....