Followers

Wednesday, May 12, 2010

SAMBAL GORENG JAWA

Malam ni kt masak sambal goreng jawa utk makan mlm kt sekeluarga….. resepi yang di berikan oleh Datin Faridah Ismail jiran kt….kat Ampang. Tapi kt dah ubah …pasal malas nak potong cili merah n kt tak bubuh cili padi….kt pakai sambal tumis aja….sori ye…..



Original recipe of Sambal Goreng Jawa

BAHAN2NYA:
2 kpg tempe—potong kecil2--digoreng
3 kpg tauhu-----potong kecil2—digoreng
1 ikat kacang panjang---potong pendek2
200 gram udang besar
2 ulas bawang besar --- hiris nipis
2 ulas bawang putih----hiris nipis
1 ruas halia----hiris nipis
1 ikat soon---direndam
Cili merah dan cili padi---ikut suka—hiris
Kicap, garam dan gula

CARANYA
Panaskan minyak di kuali, tumis bawang2, halia dan cili merah. Bila telah naik baunya, masukkan udang. Masukkan pula tempe dan tauhu yang telah digoreng tadi, kacau rata2, setelah rata masukkan sedikit air, kicap, kacang panjang, soon dan cili padi. Rasalah masin, manisnya. Bila dah sedap rasanya …angkat… dan hidangkan untuk dimakan……

Boleh digantikan udang dengan ikan bilis goreng, ayam atau daging yang dihiris kecil2 dan digoreng dahulu.

1 comment:

fa10 said...

kalau ada kenduri kat kg, mak mertua saya mmg akan simpankan sambal goreng ni utk saya, sedap sangat. kalau kuzie catering, dia masukkan santan. sedap juga cara tu...