Followers

Friday, May 14, 2010

CERITA CERITA MENARIK

ASSALAMUALAIKUM teman teman blogger sekelian…apa khabar dipagi Jumaat ini…AHAMDULILLAH semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya….

Today I like to share a true story of my friend’s experience….

Malam telah lama melabuhkan tirainya, tapi mataku tidak mahu lelap. Hatiku rasa tak sedap aja, berdebar debar, ntah kenapa agaknya….aku menoleh keanak-anakku yang sedang lena, terlalu lena… terlalu penat, disebabkan petang tadi bermain kejar kejaran. Terhibur hatiku bila melihatkan keriangan mereka.

Sendirian di rumah ibu mertuaku tanpa suami, sungguh tidak menyenangkan hati….walaupun bukan pertama kali, aku ditinggalkan sendirian bersama anak anak….tetapi kali ini hatiku benar benar resah. Perasaan bimbang, takut, rusuh silih berganti….dari sebelum datang ke sini pagi tadi lagi, aku dah berperasaan begini…didalam perjalanan dari KL ke KB, aku tak henti berzikir.

Dari datang tadi aku tidak menemui suamiku, kunci rumah pun aku ambil dari jiran ibu mertuaku yang selang dua bidang tanah dari rumah ibu mertuaku. Jiran yang baik hati yang sentiasa menolongku bila aku perlukan pertolongan…maklumlah aku tak biasa hidup di kampung. Di kiri kanan rumah ibu mertuaku tidak ada rumah hanya tanah semak yang tidak bertuan….hampir menjadi hutan.

Suamiku menemankan ibunya di hospital KB…ibunya yang jatuh di dapur terpaksa dimasukkan ke hospital kerana patah kakinya. Bila dia telefon ku pagi tadi dan menyuruhku balik ke sini….hatiku berat benar…malasnya. Dahlah kena drive sendiri…mana anak anak yang masih kecil lagi…kerja sekolah yang tak siap… rumah yang belum berkemas …..segalanya aku terpaksa urukan sendiri….tapi apa boleh buat aku terpaksa ikutkan juga.

Telah hampir lima tahun aku hidup begini, sendirian menguruskan anak anak dan rumahtangga… kadang kadang aku rasakan bagai tidak bersuami. Berbagai perasaan melanda hatiku…tapi disebabkan ibunya tidak mahu tinggal dengan anak yang lain, terpaksalah suamiku menjaganya….tambahan pula suamiku anak bongsu. Sudahlah begitu ibunya hanya nak tinggal di rumahnya… suamiku hanya balek kerumah ku selang tiga minggu sekali, kadang kadang sampai sebulan setengah baru balek…apa boleh buat, terpaksalah aku berkorban. Kesian diriku dan anak anak…mungkin ini yang dinamakan bermadu dengan ibu mertua, seperti apa yang pernah ku baca di akhbar.

Mempunyai anak sebelas orang, lima lelaki dan enam perempuan, sepatutnya ibu mertuaku tidak perlu tertumpu pada suamiku seorang, dia boleh bergilir gilir kerumah anak anaknya. Selama ini hanya suamiku, abang Amin, Kak Amah, Kak Mimi dan Kak Ani saja yang mengambil dia tinggal atau membelanya. Abang Edham iaitu abang yang kedua pernah tinggal bersama dengan ibunya berbelas tahun sebelum suamiku….sanggup meninggalkan isteri dan anak anaknya. Tapi oleh sebab satu sengketa antara dia, suamiku dan abang Amin dia meninggalkan ibunya di rumah kak Amah…kembali kepada isterinya. Kemudian kak Amah menyerahkan ibunya kepada suamiku kerana ibunya tak mahu tinggal di sana lagi.

Ibunya memang tak dapat tinggal di rumah anak lelaki sulongnya, abang Salim, kerana dia dah uzur selalu sakit. Lagipun dia hanya tinggal di flat dan mempunyai anak cucu yang ramai…macam mana dia nak tinggal dengan mereka. Dari muda lagi dia memang tak mahu atau jarang pergi ke rumah abang Salim, mungkin kerana abang Salim bergaji kecil.

Tetapi apa yang aku herankan kenapa abang Naim, anak lelaki yang ketiga tak pernah nak bawa ibunya ke rumahnya, jangankan nak bawa kerumah beliau, nak balek kampong menemani ibunya atau menjengok ibunya pun tak mahu…kenapa agaknya. Selalu aku bertanya dengan suamiku kenapa abang Naim begitu...tapi suamiku hanya diam sahaja. Dulu pernah aku menyuruh isterinya menjaga ibu mertua kami… tapi dia enggan, tak pula dinyatakan sebabnya. Setiap tahun pada hari raya, mereka hanya datang sekejap sangat…macam mintak mancis api …tak pernah membawa anak anaknya. Aku pun tak kenal anak anak mereka, macam mana rupa parasnya.…apa pekerjaan mereka…..kalau jumpa kat jalan pun memang tak kenal melainkan jika mereka bersama ibu bapa mereka.

Penat rasanya badan ni…tak terkatakan, aku beralih mengadap dinding. Aku melihat keluar dari tingkap kaca yang tidak berlangsir… kegelapan malam yang amat pekat…aku berkata dalam hati…kenapa malam ni lain sangat….tiada bintang dilangit …nak kata akan hujan tak terasa pulak bahang panas hari nak hujan.. tapi kenapa ya…memang menjadi kelaziman aku sekeluarga tak pernah pasang lampu bila tidur malam. Perasaan rindu pada suami tak dapat ditahan-tahan…dah hampir sebulan kami tak bersua…

Tiba tiba aku terpandangkan sesuatu….. kelihatan api pelita berjalan meliang liuk ditiup angin. Mulanya agak jauh dari rumah tapi makin lama makin dekat. Aku terus duduk…hatiku berkata kata siapakah malam malam begini yang datang kerumah ibu mertuaku, pakai pelita pulak tu. Seingatku mana ada orang pakai pelita dizaman letrik dan torch light ni…hatiku berdebar debar….

Api pelita tu semakin lama semakin dekat…..hampir benar dengan tingkap kaca tadi…seolah olah tau aku belum tidur lagi…..kemudian berjalan mengelilingi rumah ibu mertuaku. Rumah ibu mertuaku rumah bawah, kecil sahaja dengan dua bilik tidur, pintunya juga pintu kaca yang tidak berlangsir… jadi aku boleh nampak apa yang ada diluar rumah. Berkali kali api pelita tu mengelilingi rumah ibu mertuaku… macam bertawaf pulak.

Pelan pelan aku mengejutkan anak anak ku, sambil menyuroh mereka diam. …mereka bangun terpisat pisat. Aku tunjukkan api pelita yang sedang berjalan tu kepada mereka, mereka terus memelukku. Hanya dua orang anakku yang kecil sahaja, aku biarkan mereka tidur. Kami berpelukkan sambil mulutku tak henti berzikir dan membaca ayat ayat quran yang ku hafal. Api pelita itu menuju ke pintu rumah ibu mertuaku…..

YA ALLAH….api pelita tu masuk ke dalam rumah tanpa ada sesiapa pun memegangnya….aku terkedu…. Menggigil ketakutan….semakin erat pelukan kami bertiga…

Kepada rakan rakan blogger silalah sambung cerita ni……. Ini adalah cerita benar yang diceritakan kepada kite oleh sesaorang yang mengalaminya beberapa tahun yang lalu.

Apa kata kite mintak MR BEN ASHAARI untuk meneruskan cerita ni…..

1 comment:

pilot vs said...

apa yg jadi...cite x abis..geram btul la.......